Bagi yang masih ingat lagi kisah tular seorang nenek membaca surah Yasin dan berzikir sambil menunggu cucunya yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ini.

Ikhtiarnya kini membuahkan hasil apabila pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Lenggong, Perak itu berjaya meraih keputusan cemerlang 9A bagi semua mata pelajaran.

Menurut Muhammad Afif Syakirin Rahimi (18), beliau tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila melihat hasil usahanya kini menjadi satu kejayaan boleh dibanggakan.

BACA: Baca Yasin & Berzikir Sambil Tunggu Cucu Jawab SPM, Gelagat Nenek Ini Buatkan Ramai Terharu

SPM 2024: Pernah Tular Nenek Baca Yasin Di Luar Dewan Peperiksaan, Kini Cucu Raih Keputusan Cemerlang 9A
Mek Nab yang pernah tular di media sosial kerana membaca yasin sambil menunggu cuuc di luar dewan peperiksaan.

Pelajar itu turut mengakui tidak menyangka menerima keputusan sedemikian walaupun pihak sekolah memang meletakkan sasaran semua A bersama 35 rakan-rakan lain.

Ads

“Pada awalnya selepas habis peperiksaan saya rasa hanya dapat 9A sahaja kerana ada mata pelajaran yang sukar dan tak pasti jawapannya betul atau tidak”

“Alhamdulillah, selepas tengok keputusan itu saya tak sangka dapat empat subjek A+ manakala selebihnya 5A,” katanya.

“Ini mungkin berkat doa nenek, keluarga, guru-guru dan rakan-rakan,” ujarnya lagi.

Ads
SPM 2024: Pernah Tular Nenek Baca Yasin Di Luar Dewan Peperiksaan, Kini Cucu Raih Keputusan Cemerlang 9A
Kredit foto: Sinar Harian
SPM 2024: Pernah Tular Nenek Baca Yasin Di Luar Dewan Peperiksaan, Kini Cucu Raih Keputusan Cemerlang 9A
Kredit foto: Instagram @rizalhakimm_punyer

Dalam pada itu,  Afif Syakirin juga memasang impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang profesional seperti kejuruteraan, perniagaan dan perubatan.

Sementara itu, neneknya, Mek Nab Abdul Rahman (82) juga meluahkan rasa gembira atas kejayaan cucunya kerana memang sudah menjadi amalannya untuk mendoakan anak serta cucu.

Meskipun kini tinggal di Kelantan, beliau kerap datang meluangkan masa ke Lenggong jika berkelapangan untuk menjenguk anaknya di rumah sambil melawat cucu di MRSM.

Ads

Sementara itu, bapa kepada Afif, Rahimi Ashari (56), meluahkan rasa syukur apabila anak bongsunya telah melakukan yang terbaik sekaligus membanggakan keluarga dengan keputusan cemerlang.

“Rumah kami ke sekolah dekat sahaja dalam 15 minit. Jadi saya memang kerap ke MRSM Lenggong untuk lawat anak, bagi semangat kalau pihak sekolah benarkan,” katanya.

Sumber: Sinar Bestari

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI