Terbaru, gadis yang tular membawa guni semasa pendaftaran universiti, Rafida Zaiddin terus menjadi inspirasi apabila aktivis masyarakat dan pempengaruh, Adrian Edy mendedahkan bahawa dia merupakan seorang harapan keluarga dan juga pelajar cemerlang.
Menerusi Instagram milik Adrian, beliau baru-baru ini berkongsi gambar bertemu dengan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu untuk menyerahkan hadiah komputer riba dan tablet yang difahamkan pemberian dari rakyat Malaysia bagi memudahkan urusan pembelajaran gadis itu di universiti.
“Syukur hari ini ke UMS bertemu dengan Rafida. Terharu dengan kisahnya yang tular dan menyampaikan hadiah daripada rakyat untuk Rafida berupa sebuah komputer, tablet dan sedikit wang”
“Saya juga sempat berikan kata-kata semangat kepada adik Rafida untuk terus berjaya dalam pengajian seterusnya dapat capai cita-cita sebagai akauntan. Ternyata, Rafida anak yang baik dan taat kepada ibu bapa. Walaupun hidupnya susah dia tetap mahu bahagiakan keluarga dan ingin bantu lebih ramai yang memerlukan,” ujar Adrian menerusi perkongsian yang sama.
Menurut Adrian, keputusan yang diraih Rafida bukan calang-calang. Mahasiswa Fakulti Perniagaan, Ekonomi Dan Perakaunan itu mempunyai rekod pendidikan yang membanggakan.
Ads
“Rafida merupakan pelajar cemerlang sewaktu di sekolah apabila memperoleh 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 sewaktu menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan,” kongsinya.
Dalam pada itu, Adrian menambah, gadis guni itu juga berpewatakan ceria dan murah dengan senyuman. Beliau sempat mencungkil kisah karung guni, keluarga dan perjalanan gadis itu ke UMS yang menjadi tular.
Ads
“Rafida berasal dari Kampung Sim Sim, Sandakan telah menaiki bas bersama bapanya dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Beliau anak kedua dari dua beradik dan bercita-cita mahu menjadi seorang akauntan. Bapanya merupakan peniaga sayur di Sandakan manakala ibunya adalah suri rumah,” katanya.
“Abangnya terpaksa berhenti belajar kerana faktor kewangan, kini Rafida lah menjadi satu-satunya harapan keluarga untuk berjaya di menara gading,” jelas Adrian.
Ads
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai dan masyarakat turut mengucapkan terima kasih kepada Adrian kerana menjadi pengantara memudahkan urusan Rafida di universiti. Pada masa yang sama, ada yang turut menitipkan doa agar gadis berkenaan terus cemerlang dan dapat membanggakan keluarga.
Sebelumnya, gambar karung guni yang berisi barangan keperluan milik pelajar tersebut ketika hari pendaftaran tular di media sosial sehingga mendapat perhatian Menteri Pelajaran Malaysia, Fadhlina Sidek.
Rafida menjelaskan membawa barangan di dalam guni adalah idea bapanya bagi memastikan barang yang dibawa tidak tercicir memandangkan mereka menaiki bas dan akan menempuh perjalanan selama enam jam untuk sampai ke universiti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam, tular di media sosial video sekumpulan pelajar di Sandakan, Sabah dikatakan bergaduh di tempat awam. Menurut Sinar Harian, polis sedang mengenal pasti mereka yang terlibat dan siasatan mendapati kejadian itu berlaku di Jalan Elopura sekitar pukul 2 petang.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, punca pergaduhan sedang dikenal pasti dan pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan.
Sumber: TikTok
Dalam video tular itu kelihatan sekurang-kurangnya 10 pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah menengah bergaduh dan turut kelihatan beberapa orang lelaki dewasa cuba meleraikan pergaduhan.
Pihak polis juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes itu, Inspektor Michael Goh menerusi talian 016-8741216 atau 089-203223.
Diharap agar tindakan sewajarnya diambil bagi membendung masalah pergaduhan pelajar sekolah ini daripada terus berleluasa. Remaja-remaja ini mungkin bakal menjadi pelapis dan pemimpin negara di masa hadapan, tetapi sekiranya kelakuan remaja seperti ini, bagaimana agaknya untuk kita membentuk seorang pemimpin akan datang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak sedih apabila melihat jumlah kes harian Covid-19 setiap hari bertambah dan sudah pun melebihi 5 angka. Tambahan lagi varia baru yang muncul membuatkan rakyat Malaysia dan dunia mulai penat dengan semua ini.
Terbaru, kita dikejutkan dengan kemunculan Covid-19 kelima yang diklasifikasikan sebagai jenis mutasi yang lebih bahaya dan membimbangkan.
Foto: REUTERS
Dikenali sebagai nama ‘MU’, menurut laporan The Straits Times ia disebut secara ilmiah sebagai B.1.621 dan telah diklasifikasikan sebagai “varian of interest” oleh WHO. Malah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga kini sedang giat memantau varian baru wabak COVID-19 tersebut. Varian Mu ini difahamkan pertama kali dijumpai di negara Amerika Latin, Colombia pada bulan Januari lalu.
Dalam laporan mingguan WHO, menjelaskan bahawa varian Mu mempunyai sifat mutasi yang menunjukkan potensi untuk melepaskan diri dari sistem imun. Kini varian Mu telah diletakkan di dalam kategori perhatian khusus WHO dan mula menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar serta orang awam di tengah-tengah situasi varian Delta yang belum habis menular.
Untuk info, Mutasi tertentu boleh mempengaruhi sifat wabak dan mempengaruhi seberapa mudah penyebarannya, serta keparahan penyakit yang ditimbulkannya.
Varian ‘Mu’ dikatakan mutasi yang menyebabkan virus menjadi lebih berdaya tahan dengan tindak balas vaksin, ubat-ubatan dan langkah pencegahan lain. WHO setakat ini telah mengenal pasti empat varian COVID-19 yang menjadi perhatian, iaitu Alpha, Beta, Gamma dan Delta. Saat ini lima varian baru, termasuk Mu, berada di bawah pemantauan khas oleh WHO.
Apa-apapun stay safe, kekal ikut SOP dan duduk dirumah jika tiada keperluan untuk keluar walaupun sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19.
Nama Bella Hadid memang tidak asing lagi di dunia fesyen. Siapa sangka, supermodel dan adik kepada Gigi Hadid ini mempunyai penyakit kronik yang serius.
Dalam satu perkongsian dilaman instagramnya, Bella memuat naik 3 keping gambar dirinya mendapatkan suntikan IV bagi melawan penyakit autoimun yang menyerang sel dalam badannya.
Untuk info, penyakit autoimun atau Lyme terjadi apabila sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri. Ia terjadi kerana sistem imun badan gagal membezakan sel atau tisu badan dan menanggap sel tersebut adalah sel asing. Disebabkan kegagalan tersebut maka ia boleh menyerang pelbagai organ dan tisu.
Menurut laporan BuzzFeed, sudah 10 tahun rupanya model jelita ini berlawan dengan penyakit autoimun kronik ini setelah didiagnosis pada tahun 2013.
Bukan Bella saya menghidap penyakit ini, namun ibu dan adiknya Anwar Hadid juga menderita dengan penyakit ini. Namun, Bella tidak pernah patah semangat dan tidak pernah berhenti menerima rawatan dan tetap menjaga kesihatan diri mengikut kemampuan diri sendiri.
Punca
Secara realitinya penyebab penyakit autoimun hingga saat ini belum diketahui meskipun beberapa teori telah diutarakan. Secara umumnya penyakit autoimun disebabkan oleh faktor-faktor berikut:-
Genetik keluarga yang ada sejarah penyakit autoimun.
Jantina dan status hormone (75% penyakit autoimun berlaku di kalangan wanita)
Jangkitan virus atau bakteria
Pendedahan kepada persekitaran dan bahan kimia toksik
Stress dan trauma
Merokok
Kekurangan nutrisi
Antara tanda korang menghidap menghidap penyakit autoimun
1. Sakit sendi, sakit otot atau kelemahan otot
2. Susut berat badan
3. Ruam yang berulang, amat sensitive pada cahaya matahari, ruam berbentuk rama-rama pada hidung dan pipi.
4. Sukar untuk memberikan perhatian atau tumpuan.
5. Rasa letih, berat badan bertambah atau tidak tahan sejuk.
6. Rambut gugur ataupun keputihan pada kulit.
7. Kekeringna pada bahagian mata, mulut dan kulit.
8. Kebas pada bahaian tangan dan kaki.
9. Kerap mengalami keguguran
Melalui gambar yang dikongsi menerima suntikan IV, membuktikan Bella tidak pernah berhenti merawat diri dan tetap memberi senyuman manis tatkala mengharungi masalah kesihatan.
Apapun, semoga Bella terus kuat melawan penyakit ini dan kembali sihat seperti sedia kala.
Jaguh Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar baru-baru ini mencuri perhatian apabila beliau menyifatkan hubungannya bersama kekasih...