Ye, jika betul-betul rajin dan berusaha, kejayaan pasti akan menyebelahi kita. InsyaAllah!

SPM Hanya 2A Bukan Pengakhiran, Selepas 7 Tahun Lelaki Ini Konvo Dengan  Anugerah Pelajaran DiRaja

Seperti yang dilalui oleh graduan daripada Universiti Malaya (UM), dikenali sebagai Madhi Budiman, perkongsiannya mengenai kejayaan meraih Anugerah Diraja UM walaupun dahulu keputusan SPM hanya 2A, membuatkan ramai terinspirasi.

Menerusi entri di laman Instagram, Madhi telah menceritakan serba sedikit perjalanan hidupnya bangkit semula daripada kegagalan.

 

View this post on Instagram

 

[Anugerah Pelajaran DiRaja Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-59] Setiap daripada kita pasti akan diuji. Saya bersyukur kerana dibesarkan oleh kedua ibu bapa dengan didikan, makan & pakai dalam keadaan serba cukup. Namun, saya diuji dengan keputusan 2A SPM daripada 11 matapelajaran yang diambil. Dunia terasa gelap pada waktu itu seolah-olah berakhir masa depan yang cerah buat saya. Bermula saat itu, saya nekad untuk menebus kesilapan lalu walaupun terpaksa menempuhi jalan yang lebih panjang & berliku. Saya sentiasa berdoa agar ditemukan dengan hikmah atas apa yang terjadi kerana akal manusia itu terhad untuk menilai sesuatu hikmah di atas setiap ketentuanNya. Alhamdulillah. 7 tahun kemudian saya berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti No.1 Malaysia. Kejayaan ini terasa lebih manis apabila saya dianugerahkan dengan Anugerah Pelajaran DiRaja. Saya melihat ia sebagai amanah dari Allah jua Universiti untuk saya terus menabur bakti kepada agama & negara. Saya bersyukur saya pernah gagal satu masa dulu. Itu harga yang perlu dibayar untuk saya menghargai manisnya sebuah kejayaan pada hari ini. Kalau saya tidak gagal sewaktu SPM, usaha saya dalam hidup ini pasti biasa-biasa sahaja yang akan menghasilkan keputusan yang biasa-biasa. Penghargaan buat kedua ibu-bapa saya atas doa & sokongan yang diberikan. Terima kasih buat para guru & pensyarah atas tunjuk ajar serta rakan-rakan yang sentiasa membantu dalam menempa kejayaan pada hari ini. Ucapan tahniah buat rakan-rakan graduan. Amalkan budaya menggali ilmu pengetahuan dalam apa jua cara kerana ilmu itu cahaya; Cahaya yang mengeluarkan seseorang daripada kejahilan, kemiskinan harta, miskin jiwa & miskin adab. Selamat maju jaya buat semua !!

A post shared by Madhi Budiman (@madhibudiman) on

SPM 2A Daripada 11 Matapelajaran

Pernah mendapat 2A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyebabkan Madhi terasa sedikit down ketika itu dan terasa dunianya gelap. Namun, Madhi terus berusaha dan tekad untuk berjaya.

“Setiap daripada kita pasti akan diuji. Saya bersyukur kerana dibesarkan oleh kedua ibu bapa dengan didikan, makan & pakai dalam keadaan serba cukup. Namun, saya diuji dengan keputusan 2A SPM daripada 11 matapelajaran yang diambil. Dunia terasa gelap pada waktu itu seolah-olah berakhir masa depan yang cerah buat saya.

Ads

SPM Hanya 2A Bukan Pengakhiran, Selepas 7 Tahun Lelaki Ini Konvo Dengan  Anugerah Pelajaran DiRaja

Bermula saat itu, saya nekad untuk menebus kesilapan lalu walaupun terpaksa menempuhi jalan yang lebih panjang & berliku. Saya sentiasa berdoa agar ditemukan dengan hikmah atas apa yang terjadi kerana akal manusia itu terhad untuk menilai sesuatu hikmah di atas setiap ketentuanNya,”

Bangkit Semula Selepas Kegagalan

SPM Hanya 2A Bukan Pengakhiran, Selepas 7 Tahun Lelaki Ini Konvo Dengan  Anugerah Pelajaran DiRaja

“Bermula saat itu, saya nekad untuk menebus kesilapan lalu walaupun terpaksa menempuhi jalan yang lebih panjang & berliku. Saya sentiasa berdoa agar ditemukan dengan hikmah atas apa yang terjadi kerana akal manusia itu terhad untuk menilai sesuatu hikmah di atas setiap ketentuanNya,”

Ads

Anugerah Pelajaran Diraja Dalam Genggaman

Akhirnya, setelah tujuh tahun berusaha dan berdoa akhirnya Madhi berjaya menamatkan pengajian sekaligus merangkul Anugerah Pelajaran Diraja.

” Alhamdulillah. 7 tahun kemudian saya berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti No.1 Malaysia. Kejayaan ini terasa lebih manis apabila saya dianugerahkan dengan Anugerah Pelajaran DiRaja. Saya melihat ia sebagai amanah dari Allah jua Universiti untuk saya terus menabur bakti kepada agama & negara.

SPM Hanya 2A Bukan Pengakhiran, Selepas 7 Tahun Lelaki Ini Konvo Dengan  Anugerah Pelajaran DiRaja

Ads

Bersyukur Penah Gagal Dahulu

Bagi Madhi, kegagalan lalu telah mengajarnya erti sebuah kejayaan yang sebenar, dan percaya setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah disebaliknya. Pendidikan merupakan salah satu cara yang boleh mengubah kehidupan masa depan. Percaya kejayaan akan diperolehi jika tak putus harapan.

“Saya bersyukur saya pernah gagal satu masa dulu. Itu harga yang perlu dibayar untuk saya menghargai manisnya sebuah kejayaan pada hari ini. Kalau saya tidak gagal sewaktu SPM, usaha saya dalam hidup ini pasti biasa-biasa sahaja yang akan menghasilkan keputusan yang biasa-biasa,”

“Penghargaan buat kedua ibu-bapa saya atas doa & sokongan yang diberikan. Terima kasih buat para guru & pensyarah atas tunjuk ajar serta rakan-rakan yang sentiasa membantu dalam menempa kejayaan pada hari ini.

“Ucapan tahniah buat rakan-rakan graduan. Amalkan budaya menggali ilmu pengetahuan dalam apa jua cara kerana ilmu itu cahaya; Cahaya yang mengeluarkan seseorang daripada kejahilan, kemiskinan harta, miskin jiwa & miskin adab,”

Moga perkongsian lelaki ini mampu memberi inspirasi buat remaja diluar sana. Korang sebenarnya ada pontensi pada diri. Perlu berubah dan berani mencuba berkali-kali untuk mencapai kejayaan.

Sumber : Madhi Budiman

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI