Warganet Kongsi Cerita Memalukan ‘Spot Check’ Semasa Haid Di Sekolah

Share

 

Kalau teringat zaman sekolah dulu-dulu, setiap kali pelajar berada di tapak perhimpunan dan ‘spot check’ dilakukan, mesti perasaan gemuruh akan datang. Lagi-lagi yang pernah tinggal di asrama.

Iyalah, bermacam-macam cerita sering didendangkan bagaimana pelajar perempuan kononnya disuruh buat macam-macam semasa mereka datang bulan.

Betul tak?

Bagaikan tradisi turun-temurun,  amalan ‘spot check’ ataupun memeriksa tubuh pelajar perempuan demi membuktikan mereka sememangnya datang bulan baru-baru dikatakan telahpun berlaku sejak 20 tahun lalu.

Hal ini sangat mengejutkan dan memalukan bukan saja bagi pelajar perempuan tetapi juga masyarakat yang tidak percaya ia masih terjadi.

Rata-rata pengguna Twitter boleh relate dan turut mencipta bebenang Tweet untuk berkongsi kisah mereka mengenai isu pemeriksaan badan.

Warganet berkata, pemeriksaan itu selalunya dilakukan para guru, warden asrama dan pengawas. Pelajar diminta menunjukkan kesan darah pada tuala wanita, melakukan calitan pada kemaluan dengan kapas, tisu atau jari mereka untuk membuktikan mereka tidak boleh bersolat jemaah kerana datang haid.

Pandangan Pakar

Menurut laporan, pakar obstetrik dan ginekologi dan Pendidikan Perubatan (Pengajaran Klinikal) dari Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM, Dr Harlina Halizah Siraj berkata tindakan sedemikian mengganggu privasi wanita.

Sementara itu, Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita PKR Fadhlina Sidek berkata dia menentang keras perbuatan memalukan seumpama itu.

Reaksi pertubuhan wanita

Mengulas isu itu, All Women Action Society (AWAM), Sisters In Islam (SIS) dan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN: Girls) menuntut Kementerian Pendidikan (KPM) menangani isu gangguan seksual, perlecehan fizikal dan kecam badan (body shaming).

Katanya, perbuatan itu dilakukan dengan alasan tindakan disiplin terhadap pelajar, namun sebenarnya merupakan satu bentuk gangguan dan salah guna kuasa.

Ada lagi rupanya isusebegini berlaku di Malaysia. Sewajarnya, REMAJA rasakan amalan memalukan itu dihentikan. Betul tak?

Published by
Nana