
Sejumlah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah telah disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada kediaman pasangan serta pengasas platform e-dagang Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Ia susulan siasatan berterusan terhadap kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM43.9 juta.
Serbuan berkenaan disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi.
Memetik laporan Astro Awani, pasangan tersebut hadir ke pejabat SPRM sekitar jam 1 petang semalam meneruskan rakaman keterangan sejak hari Selasa.
Kemudian, pasangan itu dibawa pula ke kediaman mereka di Mont Kiara, Kuala Lumpur bagi tujuan pembongkaran dan penggeledahan pada jam 5.30 petang.
Serbuan yang dihadiri oleh 12 pegawai SPRM dan disertai oleh peguam pasangan itu berakhir kira-kira jam 8 malam tadi.
Antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah. Anggaran nilai bagi kesemua barangan tersebut adalah kira-kira RM200,000.
Dalam pada itu, SPRM juga mengesahkan telah membeku 11 akaun bank persendirian dan enam akaun syarikat FashionValet di bawah selian pasangan itu yang bernilai kira-kira RM1.1 juta.
Pembekuan ini difahamkan bagi membantu siasatan yang terhadap isu kerugian yang dialami oleh Khazanah dan PNB di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Vivy dan Fadza dijadualkan untuk sekali lagi hadir ke pejabat SPRM pada 10 pagi ini untuk meneruskan rakaman keterangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bintang Ant-Man Dipilih Lelaki Terseksi 2021 Menurut “People”, Ini 4 Fakta Paul Rudd

Akhirnya pelakon kesayangan ramai Paul Rudd dinobatkan ‘Lelaki Paling Seksi’ 2021 menurut Majalah People.

Kacak. Menawan. Menggoda. Kelakar. Kaya Semua pakej itu dimiliki Paul Rudd . Ya, penulis akui dia memang seorang lelaki yang serba sempurna di mata setiap gadis yang melihatnya.
Siapa yang tidak kenal dengan Paul Rudd, antara pelakon yang paling disayangi di dunia. Paul Rudd melakonkan watak superhero Ant-Mant, aka Scott Lang, dalam sejumlah filem Marvel yang berjaya membuat penonton ketawa dengan kegembiraan atas aksi lucu itu.
Malah, dari mula-mula dia berlakon dalam filem Clueless, menjadi pasangan Pheobe dalam sitkom Friends,kini bintang berusia 52 tahun itu langsung tidak menua, maintain awet muda hingga kini.
Nah ini 5 fakta tentang lelaki awet muda dan ‘Lelaki Paling Seksi’ 2021 menurut Majalah People.
Paul Rudd sebenarnya adalah Paul Rudnitzky.
Walaupun Paul Rudd dilahirkan di Passaic, New Jersey, kedua ibu bapanya berasal dari London – bapanya berasal dari Edgware dan ibunya berasal dari Surbiton. Ibu bapanya adalah kedua-dua keturunan pendatang Yahudi yang berpindah ke England dari Rusia dan Poland. Nama keluarga Rudd sebenarnya adalah Rudnitzky, tetapi dia ditukar oleh datuknya.
Ibu bapanya adalah sepupu
Dalam edisi 2017, Finding Your Roots. Rudd mengetahui bahawa ibu bapanya sebenarnya adalah sepupu kedua. Rudd menjawab penemuan itu dalam fesyen komedi biasa: “Apakah yang menjelaskan mengapa saya mempunyai enam puting?” Dia juga tertanya-tanya apa maknanya untuk keluarganya sendiri. “Adakah itu menjadikan anak saya bapa saudara saya?”
Dia suka komik semasa kecil.
Semasa Rudd membaca Komik Marvel sebagai seorang kanak-kanak, dia lebih suka Komik Archie dan cerita lucu yang lain. Sepupu Britishnya juga akan menghantarnya komik Inggeris, seperti Beano dan Dandy yang disukai.
Rudd mahu memainkan peranan sebagai Kristen dalam Ahnungslos. Dan Murray.
Clueless akan menjadi filem yang sama sekali berbeza, sebelum dia berlakon sebagai Cher Beau, dia terlebih dahulu mahukan watak Kristen “Ringa Ding Kid”.
“Saya fikir watak Justin Walker, Christian, adalah bahagian yang sangat bagus,” kata Rudd kepada Entertainment Weekly 2012.
Inspirasikan Paul Newman.
Dalam temu bual dari 2008 untuk ‘Role Models’ yang ditulis dan dibintanginya, Rudd ditanya tentang inspirasinya dalam bidang lakonan yang sebenar, dia menjawab Paul Newman dan mengagumi pelakon legenda itu kerana banyak berjasa kepada dunia sebelum dia pergi.
Romeo + Juliet bukanlah langkah pertama Rudd sebagai pelakon Shakespeare.
Satu lagi watak untuk ikon 90-an Rudd ialah dalam Baz Luhrmann. Romeo + Juliet tetapi ia adalah jauh daripada pelakon pertama bersama Shakespeare. Rudd belajar selama tiga tahun di Teater Jacobin di Oxford, England, dan membintangi produksi Twelfth Night yang disifatkan oleh pengarah Sir Nicholas Hytner sebagai “tidak pasti dari segi emosi dan intelektual. ” Pujian Hytner adalah perkara yang besar, memandangkan dia adalah pengarah Teater Nasional London dari 2003 hingga 2015.
Hmm…dah berusia 52 masih ‘hot’. Makan apa la dorang ni, tak ditelan usia dan waktu betul…huhu
Sumber : Mentasfloss , Majalah People.
l
Nilai Ibadah Sama Banyak Dengan Kes Bunuh, Fedtri Yahya Kongsi Hadis Beri Peringatan Tanda Akhir Zaman

Kebelakangan ini, terdapat banyak perkara terjadi seperti kes bunuh yang menyayat hati melibatkan mangsa seperti Nur Farah Kartini, Zayn Rayyan dan beberapa mangsa sebelum ini.
Pada masa yang sama, ada diantara kita yang turut menumpang gembira di atas beberapa kisah penghijrahan selebriti atau mungkin orang sekeliling yang kini lebih memilih untuk fokus dengan menambah ilmu agama agar menjadi seorang hamba lebih baik.
Dalam pada itu, personaliti terkenal, Fedtri Yahya turut mengambil kesempatan dengan mengingatkan masyarakat terutamanya umat Islam bahawa dunia semakin hampir dengan kiamat susulan kes pembunuhan yang semakin meningkat.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi Tiktok, Fedtri berkongsi sebuah gambar dengan tajuk berita ‘Maraknya pembunuhan tanda akhir zaman’ dan berkongsi hadis mengenai perkara tersebut.

“Ketahuilah bahawa peristiwa pembunuhan merupakan antara isyarat yang semakin jelas kelihatan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: ‘Menjelang kiamat nanti, hari banyak dipenuhi dengan al-Harj. Saat itu ilmu menjadi hilang dan kejahilan tersebar di mana-mana. Abu Musa berkata: ‘al-Harj bermaksud pembunuhan menurut dialek orang Habsyi.’ (Hadis Riwayat al-Bukhari)”
Tambah Fedtri, antara punca seseorang bertindak di luar batasan waras manusia adalah disebabkan amalan gaya hidup yang tidak sihat dan apabila kita mengalami kecelaruan minda, ia mendorong sesetengah orang untuk bertindak di luar kawalan.
“Gaya hidup tak sihat, termasuk kurangnya aktiviti fizikal, pola tidur yang buruk dan membiasakan makan sajian tidak sihat, sekaligus menjadi faktor intelektual menurun. Apabila minda bercelaru dan pemikiran tidak stabil, ia mendorong seseorang bertindak di luar kawalan sehingga sanggup melakukan perkara ‘lari’ daripada batasan waras manusia”
Selain itu, personaliti televisyen itu juga turut berkongsi mengenai hadis yang menyatakan antara salah satu tanda-tanda akhir zaman adalah jumlah kes pembunuhan sama bilangannya seperti penghijrahan kepada Rasulullah SAW.

“Rasulullah SAW bersabda: ‘Ibadah pada saat terjadinya al-Harj (pembunuhan) adalah seperti orang yang hijrah kepadaku.’ (Hadis Riwayat Muslim)”
“Ungkapan hadis itu jelas memberitahu, nilai ibadah pada zaman banyaknya berlaku pembunuhan sama dengan nilai hijrah kepada Rasulullah SAW. Disebabkan itulah Islam begitu mengharamkan sebarang bentuk kemudaratan, kezaliman, penganiayaan dan pembunuhan ke atas orang lain tanpa hak,” jelasnya lagi.
Walau apa pun, jika dilihat semula, memang sudah banyak tanda akhir zaman yang sudah terjadi. Sebagai seorang muslim, semoga peringatan yang dikongsikan ini dapat dijadikan iktibar agar kita lebih muhasabah dalam menjadi seorang hamba yang taat kepada tuhan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Tak Pernah Saya Menangis Macam Itu..” Raysha Rizrose Sebak Di Akad Nikah Uqasha Senrose

Isi Kandungan
Toggle
Pengumuman ‘rahsia’ pernikahan di antara pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose semalam telah menggegarkan dunia hiburan. Ribuan ucapan tahniah telah mereka berdua terima menerusi akaun media sosial masing-masing.
Tentunya selain pasangan bahagia itu, antara insan paling gembira apabila mendapat tahu berita ijab kabul tersebut ialah ahli keluarga mereka sendiri yang turut terlibat dalam acara yang terpaksa dirahsiakan demi kontrak penggambaran secara eksklusif oleh penyiar rasmi.
Bercakap kepada adik Uqasha Senrose iaitu Raysha Rizrose, pelakon drama Terlerai Noktah itu berkata dia tidaklah terlalu terkejut apabila Uqasha dan Kamal memutuskan untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini juga.
Ini kerana persediaan daripada momen lamaran di pentas Anugerah MeleTOP Era sehingga ke majlis akad nikah sebenarnya telah memakan masa yang lama.
ARTIKEL BERKAITAN : “Yes..” Akhirnya Kamal Adli Temui Cinta, Uqasha Terima Lamaran LIVE – REMAJA

Sebagai adik; besar harapan Raysha agar segala persediaan majlis akad nikah itu tidak akan terganggu dengan perubahan prosedur operasi standard (SOP) yang kerap berubah pada tahun ini.
“Kami sekeluarga okay saja apabila perlu ‘merahsiakan’ ijab kabul Kamal dan Uqasha. Cuma susah untuk kami tahan keterujaan dan berkongsi berita gembira ini dengan semua orang,” katanya sewaktu dihubungi oleh REMAJA.
Di majlis sidang media pengumuman tergempar semalam, Uqasha ada menyebut nama Nelydia, Raysha, Aprena dan Oktovia yang ada bersama-sama dengannya pada malam sebelum majlis akad nikah. Kata Qasha, mereka berada di biliknya untuk memastikan dia kekal tenang dan mudah tidur pada malam tersebut.

Penulis mendapatkan penjelasan daripada Raysha mengenai momen itu. Katanya, adik-beradik mereka seboleh mungkin enggan membuatkan Uqasha terlalu memikirkan hari akad nikah yang mendatang agar pelakon jelita itu tidak ‘overthinking’ dan mendapatkan waktu rehat secukupnya.
“The fact that she was getting married, kami tidak mahu pun sebut tentangnya. Kami enggan bersedih dan terlalu melayan perasaan. Malam itu sewaktu dia merasa cemas sedikit, kami menenteramkannya. Just relax and enjoy tomorrow. Kami beritahu dia bakal menjadi pengantin tercantik pada keesokan harinya,” kongsi Raysha.
“Tak Pernah Saya Menangis Macam Itu..”
Beberapa keping foto daripada majlis akad nikah Kamal Adli dan Uqasha Senrose pada 5 November lalu mula dikongsikan oleh ahli keluarga Senrose dan Rizrose di media sosial sejak semalam.
Tinjauan REMAJA terhadap foto (dan video) yang menampilkan Raysha memperlihatkan dirinya sering mengelap air mata sewaktu majlis dilangsungkan.

“Sejak Uqasha berjalan ke arah pelamin lagi, saya tidak tahulah mengapa saya terlalu beremosi. Mungkin kerana Uqasha amat ambil berat mengenai keluarganya mengalahkan ayah dan ibu kami. She is the anchor of our family.
“Uqashalah yang memastikan semua orang okay dan dialah insan yang paling tidak mementingkan diri yang pernah saya kenali dalam hidup. Dia akan sentiasa meletakkan ahli keluarga ke hadapan mendahului dirinya sendiri.”
“Apabila mengenangkan memori kami bersama, kesusahannya dan jasanya; saya pun mudah menjadi sebak lalu menitiskan air mata. Tidak pernah lagi saya menangis sebegitu rupa selama ini.”
“Bukan mudah untuk Uqasha mencari insan yang tepat bagi dirinya. Saya tahu dia selalu berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa tersebut,” jelas Raysha yang cantik mengenakan gaun merah rekaan Ezuwan Ismail sewaktu majlis tersebut.

Kalau korang masih ingat, Kamal Adli merupakan hos yang bertanggungjawab mengumumkan nama Raysha selaku juara Dewi Remaja 2014/2015. Siapa sangka, tujuh tahun kemudian takdir Allah tertulis rapi dan menyaksikan Kamal bergelar abang iparnya. “Begitulah hebatnya perancangan Allah, kan.”
Buat masa ini, masih terdapat dua buah majlis yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi. Kedua-dua majlis itu akan menjadi sebahagian daripada siri tiga episod perkahwinan Kamal Adli dan Uqasha Senrose sepanjang bulan Disember ini.
Bagi pihak keluarga Uqasha, mereka kini sedang rancak melakukan persediaan bagi malam berinai dan resepsi perkahwinan. Malah, Raysha pun terlibat menjalani latihan menari untuk malam berinai tau! Tak sabarnya nak tonton.
ARTIKEL BERKAITAN : “Kak Aina Ada Mesej..” Raysha Rizrose Tiada Masalah Cover Lagu AJL35 – REMAJA
Raysha Bila Lagi?
Satu-persatu adik-beradik Senrose dan Rizrose nampaknya telah menamatkan zaman bujang. Tentulah ramai yang ingin melihat Dewi Remaja ini pula menjadi gadis seterusnya yang menemui kebahagian bersama jejaka pilihan.

Tergelak sebentar apabila diajukan pertanyaan sekiranya Raysha sudah bersedia menamatkan zaman bujang, Raysha ringkas menjawab, “Buat masa ini, (berkahwin) belum lagi menjadi keutamaan saya. Saya pun tidaklah tergesa-gesa (untuk berkahwin). Kalau ada, adalah,” simpulnya.

BACA LAGI : Selebriti Melaram Di Resepsi Nelydia Senrose, Siapa Paling Wow? – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.