Baru-baru ini Netflix telah mengumumkan bahawa siri drama popular Squid Game akan muncul untuk musim kedua. Namun, apa yang menariknya drama ini bakal menjadi realiti kerana Netflix dikatakan sedang merekrtu peserta dari seluruh duia bagi menyertai siri realiti itu.
Pertandingan tersebut akan mencari 456 pemain, merangkumi cabaran-cabaran yang diilhamkan daripada siri asal dengan penambahan baharu yang pasti akan mengejutkan. Pemenang bakal memperoleh hadiah bernilai AS$4.56 juta (RM20.16 juta).
Ads
Antara syarat-syarat yang diperlukan adalah seperti berikut:
Mestilah berumur 21 tahun ke atas
Fasih bahasa Inggeris
Boleh ambil cuti sebulan pada tahun 2023 selama permainan dijalankan
Miliki pasport yang sah
Bukan kakitangan Netflix
Siri itu akan ditayangkan sebanyak 10 episod dan difilemkan di Britain. Mereka akan bertanding untuk menjadi satu-satunya wakil perserta yang terselamat dan membawa pulang hadiah wang tunai. Walau bagaimanapun, korang tidak perlu risau kerana menang atau kalah, semua pemain tidak akan dicederakan.
Ha, apa tunggu lagi inilah masanya korang merebut peluang untuk memenangi wang tunai lebih RM20 juta serta berpeluang untuk muncul dalam siri Squid Game.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk masyarakat berbangsa Cina di seluruh dunia, tarikh 2 Februari 2020 adalah tarikh bertuah menurut kepercayaan mereka. Ini memandangkan bacaan 02022020 meletakkan posisi nombor yang sama tetapi terbalik.
Namun, lain pula ceritanya di China apabila tarikh ‘ong’ ini tak membawa tuah kepada negara mereka.
China sedang dibelengu isu penularan wabak virus corona dan kini jangkitan yang sedang menular ke negara lain itu berpunca daripada pelawat dari China.
Lalu, segala urusan yang membabitkan masyarakat China buat masa ini terganggu dan perkara tersebut memberi impak besar kepada mereka.
Ini termasuklah urusan perkahwinan pada tarikh 2 Februari 2020.
Kerajaan China telah meminta agar pasangan yang merancang untuk berkahwin pada hari ini disebabkan tarikh bertuah itu untuk menunda majlis perkahwinan demi mengurangkan risiko penularan wabak.
Kementerian di China mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan servis perundingan perkahwinan untuk sementara waktu dan meminta rakyat China agar tidak menganjurkan resepsi.
Fokus sebaliknya diberikan kepada upacara pengebumian mangsa wabak virus corona dalam skala yang kecil dan ringkas.
Staf yang mengendalikan pengebumian diwajibkan memiliki pakaian keselamatan seperti sarung tangan dan topeng muka. Mereka juga perlu mengambil ujian suhu badan untuk mengelak daripada risiko jangkitan.
Kasihan, nak kahwin pun tak senang..
Setakat ini, laporan rasmi menunjukkan peningkatan kes kematian virus corona kepada 259 orang manakala kes di China saja sudah mencatat angka 12,000 mangsa.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebuah majlis penghormatan untuk mangsa insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand telah diadakan semalam orang orang ramai semalam.
Dalam majlis yang dihadiri oleh masyarakat berbilang kaum dan agama itu, mereka semua berdiri untuk mendengar beberapa ucapan dan alunan bacaan ayat suci Al-Quran bagi memperingati mangsa dan sebagai tanda solidariti.
Suasana sayu jelas dapat dirasa ketika menonton sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Mohd Shahrizan. Di dalam video tersebut, Shahmi Aiman yang merupakan seorang pelajar Universiti of Christchurch, New Zealand memperdengarkan bacaan surah Al-Baqarah ayat 155-156.
Pelajar yang berasal dari Pasir Mas Salor, Kelantan itu nyata meruntun jiwa netizen yang menonton di media sosial apabila mereka akui bertambah sebak sebaik habis menonton.
REMAJA kongsikan terjemahan ayat tersebut di sini.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (Al-Baqarah 2:155)
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Al-Baqarah 2:156)
Upacara pengebumiaan para mangsa dijadualkan berlangsung bermula hari ini.
Al-Fatihah
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka insiden tertukar bayi sebenarnya bukan rekaan dalam drama sahaja, tetapi benar-benar pernah berlaku di negara kita sendiri. Tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lalu, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
Kejadian itu baru disedari apabila Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, ‘kembarnya’ Adryana Iwani, 20 dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, pada September tahun lalu selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.
Ha, korang keliru tak?
Kejadian ini mula terbongkar ketika Adryani Iwani berada di tingkatan empat sewaktu mengikuti kem motivasi apabila secara tidak sengaja berjumpa dengan pelajar dari sekolah lain yang mendakwa mukanya seiras dengan rakan sekolah mereka, Noratirah.
Dia kemudiannya meminta gambar Noratirah daripada pelajar itu sebelum berkongsi akaun Instagram Noratirah yang dikatakan seiras dan sebaya dengannya.
Bagai sudah ditakdirkan, mereka bertemu buat pertama kali di Karnival Jom Masuk U di sebuah pasar raya di Kota Bharu pada Mac 2019 menyebabkan masing-masing terkejut apabila melihat persamaan ketara dari segi wajah dan bentuk badan.
“Saya terkejut, sebelum ini hanya dengar daripada kawan-kawan kata ada orang muka sama dengan saya, sekali tengok, eh…betullah ada orang muka serupa dengan saya. Belum pernah lagi saya berhadapan dengan perkara sedemikian,” katanya.
Akibat terlalu terkejut, masing-masing hanya berpandangan antara satu sama lain dan berlalu tanpa menyapa, namun perkara itu disedari oleh rakan-rakan yang lain.
Kejadian itu tidak berakhir di situ sahaja, sehinggalah Ogos tahun lalu apabila seorang rakannya memaklumkan tarikh lahirnya sama dengan Noratirah iaitu pada 19 Ogos selepas dia memuat naik foto majlis sambutan hari lahir di media sosial.
Noratirah kemudian menghubunginya melalui IG, banyak perkara yang dibincangkan dan mendapati terlalu banyak persamaan untuk disifatkan sebagai kebetulan. Mereka mengambil keputusan untuk melakukan DNA.
“Selepas berbincang, kedua-dua keluarga sepakat melakukan ujian DNA di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi mengenal pasti sama ada terdapat pertalian antara kami,” katanya.
Ujian DNA itu dilakukan menggunakan sampel darah membabitkan dirinya, ibunya (Siti Aminah Ismail, 66), Adryana Iwani, Noratirah dan ‘bapa’ Noratirah, Husin Omar.
“Apabila keputusan keluar, kami amat terkejut terutama mama yang terduduk dan menangis selepas mengetahui keputusan ujian DNA ialah 99.99 peratus menunjukkan saya dan Noratirah ialah pasangan kembar, anak kepada Ibeni Yanin Mohd Salleh dan Siti Aminah.
“Adryana Iwani yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasangan kembar saya pula ialah anak kandung kepada Husin Omar dan Rahmah Isa (meninggal dunia pada 2018) yang sebelum itu membesarkan Noratirah,” katanya.
Kakak kepada Adryani Iwani berkata, ibu mereka memaklumkan, doktor yang bertugas tidak pernah memaklumkan sama ada kembar yang dilahirkan ketika itu adalah kembar seiras atau sebaliknya. Tetapi disebabkan tag nama di kaki kedua-duanya nama mama mereka, jadi keluarga mereka tidak pernah terfikir tentang perkara itu dan beranggapan mereka kembar tidak seiras.
Berdasarkan rekod pada sijil kelahiran, Noratirah dilahirkan pada 1.14 pagi, diikuti Adryana Iwani (1.27 pagi) dan kemudiannya Adryani Iwani (1.34 pagi).
Tak dapat kami bayangkan bagaimana perasaan mereka dan keluarga menghadapi kebenaran ini. Setelah dibesarkan selama 20 tahun oleh bukan keluarga sendiri, pasti bukan mudah untuk mereka menerima hakikat ini, namun dalam masa yang sama tetap bersyukur kerana akhirnya segalanya telah terbongkar.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...