‘Squid Game’ Musim 2 Bakal Kembali Disebabkan ‘Tekanan’ Peminat, 10 Fakta Drama Trending Ini

Share
Berita baik untuk peminat drama Korea paling trending di seluruh dunia pada tahun ini; apa lagi kalau bukan ‘Squid Game’ .
Pengakhirnya drama tersebut yang sedikit tergantung apabila watak Gi hun tidak jadi menaiki pesawat dan berpatah balik untuk mencari gerangan insan yang membalas panggilan telefonnya telah membuatkan ramai penonton menggesa dan memberi tekanan kepada pengarah Hwang Dong Hyuk bagi meneruskan musim kedua Squid Game.
Oleh yang demikian, Squid Game bakal kembali untuk musim kedua menurut penulis dan pengarahnya, Hwang Dong-hyuk.
“Disebabkan banyak tekanan, permintaan dan sokongan daripada peminat untuk mewujudukan musim kedua, jadi saya tiada pilihan. Boleh saya katakan di sini bahawa memang akan ada musim kedua,” lapor agensi berita Yonhap.

Sebelum ini, perancangan itu hanyalah sekadar ura-ura apabila pihak produksi tidak mengesahkan sekiranya musim kedua akan dirancang oleh mereka. Hanya bayangan kasar saja yang diberikan.

Biarpun kini ia telah disahkan, beliau berkata, “Masih terlalu awal untuk beritahu bila dan bagaimana ia akan dibuat. Tapi saya janji kepada anda semua bahawa watak Gi-hun akan kembali dan dia akan lakukan sesuatu untuk dunia,” katanya.

Disebalik tabir pengambaran Netflix’s ‘Squid Game’ bersama creator/director Hwang Dong-hyuk. COURTESY OF NETFLIX

Drama original Netflix Korea itu mengisahkan tentang 456 peserta yang terperangkap dengan hutang dunia dan perlu bersaing dalam cabaran misteri dan menakutkan berbentuk permainan kanak-kanak. Kepada yang menang, wang sebanyak $45.6 won akan dimenangi. Manakala 455 peserta lain akan mati dibunuh.

Berikut ialah 10 fakta mengenai Squid Game yang tidak diketahui ramai:

1. Hwang Dong Hyuk memastikan bahawa Seong Gi Hun iaitu pemilik nombor bersiri 456 akan kembali bagi musim 2.

2. Pengarahnya juga berkata Squid Game diilhamkan daripada komik Korea yang dibacanya.

3. Penggambaran Squid Game bermula pada 17 Jun 2020. Namun, ia harus dihentikan pada Ogos 2020 kerana penularan wabak Covid-19 di Korea Selatan. Penggambaran disambung semula pada bulan September 2020.

4. Kelihatan seperti mereka melakukan penggambaran sepenuhnya dengan teknologi ‘green screen’. Namun drama ini menggunakan set bersaiz sebenar seperti yang dipaparkan dalam drama berkenaan. Hanya sedikit efek imej janaan komputer atau CGI digunakan.

5. Patung dalam episod pertama drama tersebut juga dicipta dengan saiz sebenar.

ARTIKEL BERKENAAN : Sebabkan Patung Squid Game Ini Tular, Muzium Terpaksa Bungkusnya! – REMAJA

6.Selain set lakonan yang realistik, mereka juga telah memilih seramai 456 pelakon untuk betul-betul terlibat dalam drama Squid Game. Menurut Dong-hyuk, semasa semakin ramai pelakon yang ‘tersingkir’, set penggambaran benar-benar menjadi sunyi dan kelihatan kosong seperti dalam drama tersebut.

7.Pemilihan warna seragam hijau untuk pemain dan merah bagi pengurus dipilih dengan teliti. Kata Dong-hyuk, warna itu menggambarkan penghapusan dan perjuangan para peserta.

8.Skrip Squid Game difahamkan telah lama siap iaitu pada tahun 2009 tetapi tidak diterbitkan kerana konsep drama survival thriller sukar diterima ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN : 7 TEORI Jalan Cerita SQUID GAME Yang Tidak Ramai Sedari, Baru Tahu! – REMAJA

BACA LAGI : Squid Game VS Alice In Borderland : Mana Lebih ‘Thrill’? – REMAJA

Published by
Nana