‘Squid Game’ Popularkan Mainan Kanak-Kanak Korea Selatan, Arab Saudi Bakal Anjurkan

Share

Squid Game , drama siridi saluran Netflix menjadi fenomena apabila masih lagi hangat diperkatakan di seluruh dunia walaupun hampir sebulan tanyangannya.

Mengambil inspirasi drama Squid Game ini,  Pusat kebudayaan Korea dia Abu Dhabi dikatakan telah menganjurkan rancangan Squid Game dengan misi memperkenalkan permainan kanak-kanak dari masa lalu sehingga sekarang.

Foto Via Insider

Menurut Nam Chan-woo, pengarah Pusat Kebudayaan Korea, mengatakan tentang acara tersebut: “Di tengah populariti Squid Game, kami telah mempersiapkan acara ini untuk merasa sendiri pengalaman budaya bermain di Korea bersama orang ramai di Emiriah Arab Bersatu.

Antara permainan yang akan dipertandingkan juga adalah sama seperti yang dipertandingkan dalam drama tersebut iaitu :

1. Lampu hijau, lampu merah
“Permainan ini adalah permainan masa kecil yang sangat popular di Korea. Secara peribadi, saya selalu bermain semasa kecil bersama rakan sekolah dan rakan di kawasan kejiranan saya. Dalam bahasa Korea kami memanggilnya, ‘Bunga mawar Sharon telah berkembang,’ dan bukannya Lampu Hijau dan Lampu Merah. Orang yang dikesan bergerak akan kalah,” kata Nam.

2. Batu loncatan kaca
Untuk pusingan ini, KCC merancang untuk melakukan batu loncatan di lantai, dengan mengatakan ia akan “berjalan sama seperti dalam siri Squid Game.”

3. Dalgona
“Selepas sekolah dalam perjalanan pulang, anda akan melihat pembuat dalgona di hadapan sekolah anda. Anak Korea membayar Dh1 atau Dh2 10 hingga 20 tahun yang lalu, jadi mungkin Dh5 hingga Dh10 sekarang, untuk satu permainan dalgona.

“Mereka semua berkumpul dengan rakan-rakan mereka dan berusaha mengeluarkan bentuk yang ditandai. Sekiranya anda berjaya mendapat bentuknya tanpa ada cacat cela, anda akan mendapat satu lagi secara percuma, ”kata Nam.

4. Guli
“Dua pemain diperlukan untuk bermain permainan dengan guli, dan mereka yang menghabiskan semua guli akan kalah. Namun, KCC akan melakukan permainan lain atau ganjil dengan guli, ”kata Nam. “Ini juga permainan anak-anak yang sangat umum di kalangan orang Korea.”

5. Ttakji
Sama seperti permainan yang dimainkan dalam episod pertama rancangan ini, pemain yang berjaya membalikkan kertas tebal itu akan menjadi pemenang.

“Ini adalah permainan tradisional Korea; kami bermain ttakji dengan rakan dan keluarga semasa cuti, seperti Hari Tahun Baru atau Hari Kesyukuran,” kata Nam. “Orang Korea menggunakan kalendar lama untuk membuatnya kerana mereka biasanya cukup keras untuk membuat ttakji yang tahan lama.”

Salah satu permainan dalam Squid Game ialah Dalgona

Jika dalam drama Squid Game, mereka sanggup mempertaruhkan nyawa semata-mata merebut hadiah lumayan berupa 45.6 bilion Won (kira-kira RM161 juta). Hanya seorang saja yang akan bergelar juara dan bagi yang tidak berjaya pula, matilah jawabnya.

Jangan risau, Pusat Kebudayaan Korea menyatakan bahawa perbezaan yang ketara dari drama Squid Game adalah tiadanya elemen bunuh membunuh, kejam dan dramatik. Permainan yang dianjurkan oleh organisasi ini akan lebih terarah kepada menyampaikan serta mendidik masyarakat UAE mengenai budaya yang terdapat di Korea.

Memetik laporan The National, dua kumpulan yang akan disertai oleh 15 peserta telah dipilih untuk menyertai permainan tersebut. Para peserta juga akan memakai pakaian yang sama seperti para pelakon Squid Game – manakala staf pula akan mengenakan baju warna merah dengan topeng muka.

Wah…macam menarik je kan? Agak-agaknya bila di Malaysia nak buat?

SUMBER 

Published by
Nana