Squid Game VS Alice In Borderland : Mana Lebih ‘Thrill’?

Share

 

YA, semua sedang obses dengan siri K-drama terbaru di saluran penstriman, Netflix berjudul Squid Game. Ia gara-gara plot penceritaannya yang tidak klise dan lakonan mantap para pelakonnya termasuklah pelakon baharu, Jung Ho-yeon.

ARTIKEL BERKAITAN : Menyerlah Dalam SQUID GAME, Jung Ho-Yeon Asalnya Bergelar Peserta Top Model – REMAJA

Bajet besar yang dimiliki produksi Squid Game oleh Netflix untuk merealisasikan drama ini juga banyak membantu menjadikannya sebuah siri bualan ramai sejak 17 September lalu.

Cuma satu sajalah, timbul perbandingan antara drama ini dengan sebuah lagi drama yang pernah ditayangkan di Netflix pada Disember 2020 berjudul Alice in Borderland

.

Kedua-duanya mempunyai jalan cerita seakan sama iaitu melibatkan sekumpulan orang yang meletakkan nyawa mereka dalam risiko dan perlu berusaha menyelamatkan diri daripada terbunuh.

Kedua-dua drama ini juga menampilkan watak utama dengan latar belakang seakan sama iaitu Ryohei Arisu dan Seong Gi Hun yang tidak bahagia dengan kehidupan masing-masing.

Perbezaan utama adalah Alice In Borderland mengambil tempat di Tokyo, Jepun manakala Squid Game di Korea Selatan.

Seperkara lagi yang membezakan dua buah drama aksi ini adalah sebab utama pesertanya perlu bertanding. Dalam Alice In Borderland, pemainnya merebut peluang untuk membebaskan diri lalu meneruskan kehidupan.

Dalam Squid Game pula, mereka sanggup mempertaruhkan nyawa semata-mata merebut hadiah lumayan berupa 45.6 bilion Won (kira-kira RM161 juta). Hanya seorang saja yang akan bergelar juara dan bagi yang tidak berjaya pula, matilah jawabnya.

Dalam Alice in Borderland, ia menampilkan seorang gamer

dan dua rakannya yang terdampar di kota Tokyo kosong. Mereka seakan berada dalam satu bentuk permainan video. Kemudian, barulah mereka disertai beberapa watak lain dan harus menyelesaikan permainan ini untuk kekal hidup. Manakala dalam Squid Game, ratusan orang mencuba nasib dalam permainan tradisional Korea, ‘Squid Game’ with a twist.

Sebenarnya, sudah agak lama kita tidak memperoleh sebarang update mengenai musim kedua Alice in Borderland yang disahkan bakal menemui penonton. Maka, tidak hairanlah sejak Squid Game ditayangkan minggu lalu, drama Alice In Borderland turut menerima tempias tular terutamanya di platform Twitter berikutan rasa rindu peminat Alice In Borderland untuk menantikan sambungannya.

Khabarnya, produksi Alice In Borderland sudah memulakan penggambaran sejak Julai lalu dan akan teruskan penggambaran hingga bulan Disember. Ini bermakna, musim keduanya mungkin sekali akan ditayangkan pada separuh kedua tahun 2022. Namun hingga kini, masih belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada pihak Netflix Malaysia melainkan spekulasi peminat semata-mata.

Jujurnya pada pendapat penulis, baik Squid Game atau Alice In Borderland mempunyai keunikan tersendiri. Malah, setiap karakter yang diperkenalkan juga berlainan jalan ceritanya. Cuma mungkin disebabkan faktor thriller-nya, wujudlah beberapa titik persamaan antara kedua-dua drama ini pada pandangan penonton.

Yang penting, kedua-duannya merupakan siri original Netflix.

P.S : Ada juga yang membandingkan Squid Game dengan filem bergenre action thriller, Battle Royale (2000) dan filem Hunger Games.

BACA LAGI : 5 Filem Korea Berkisarkan Tentang Depresi, Sarat Dengan Mesej Berguna – REMAJA

Published by
FZ