ST12 Bakal Gegarkan Axiata Arena 11 Mac Tahun Hadapan

Share

Berita baik buat peminat tegar kumpulan popular negara seberang, ST 12 bakal mengadakan konsert konsert ST12 Reunion 20 Tahun Charly Berkarya di Kuala Lumpur.

Konsert yang dianjurkan oleh Menara Network Sdn Bhd juga bakal menggabungkan band yang dianggotal penyanyi berbakat besar, Charly ketika ini iaitu Setia Band dan band terdahulu yang di anggotainya laitu ST12.

Ketika ditemui pada sesi sidang media yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa, Charly memaklumkan persediaan menuju hari konsert berada dalam keadaan yang baik dan rapi.

“Tujuan kami membuat press conference tiga bulan lebih awal agar kami ada kematangan (persediaan) daripada segala aspek termasuk sudut promosi, konsep dan sebagainya. Kami akan berikan semaksima mungkin.

“Kami mesti buat yang terbaik untuk penonton Malaysia, sebab belum tentu akan ada lagi untuk yang kedua atau seterusnya. Persediaan semua setakat ini berjalan dengan lancar, harapnya sampai ke hari konsert dipermudahkan,” ujarnya.

Selain ST12 dan Setia Band, konsert berkenaan turut mengundang penyany hebat Malaysia iaitu Jaclyn Victor dan Ezad Lazim sebagai penyanyi jemputan.

Konsert ST12 Reunion 20 Tahun Charly Berkarya bakal berlangsung pada 11 Mac 2023 dan memilih Stadium Arena Bukit Jalil sebagai lokasi. Tiket sudah mula dibuka kepada orang ramai bermula 20 Disember 2022 dan boleh didapati di https://www.ticket2u.com.my. . Tiket bermula serendah harga RM99, RM152, RM252, dan RM282.

Nantikan kemas kini terbaharu di media sosial rasmi Menara Network dan ST12. Fuh, mesti ramai yang dah tak sabar!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Charly& Setia Band


Published by
Fath