
Juara The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4), Stacy Anam mengakui bukan mudah untuk beraksi sebagai maskot Bunga Matahari.
Dedah penyanyi lagu popular Kasanova itu, dia beberapa kali mengalami sakit kepala selain lenguh seluruh anggota badan berikutan bebanan untuk membawa maskot sebesar itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali Puas Jadi Teratai & Tonjolkan Alter Ego Di Pentas TMSM4
“Memang mencabar, ada minggu tertentu saya mengalami sakit belakang badan dan migrain sebab kostum itu sangat berat, malah lebih teruk pernah hampir pitam atas pentas sebab terlalu panas dan oksigen yang terhad.
“Sebab itu saya kena kurangkan pergerakan ketika membuat persembahan dengan berikan lebih fokus kepada nyanyian sahaja.
“Berat maskot rasanya sama seperti saya pernah mendukung anak yang beratnya 12 kilogram,” katanya sejurus sahaja tamat rancangan tersebut.
Untuk info, isteri kepada penyanyi Akim Ahmad yang menyarung maskot Bunga Matahari itu diumumkan sebagai juara TMSMY4.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
9 Momen Menarik Konsert Siti Nurhaliza ‘Cinta Di Awan’

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan dirinya seorang pengibur yang berada dalam kelas tersendiri menerusi penganjuran konsert Siti Nurhaliza: Cinta Di Awan.
Konsert yang berlangsung selama dua hari berturut-turut pada hujung minggu lalu menyaksikan beliau meyampaikan lebih daripada 30 lagu setiap sesi dengan pelbagai rendisi menarik.
Ini corat-coret momen menarik yang REMAJA sendiri saksikan pada malam pertama konsert yang dianjurkan oleh Resort World Genting itu.
FULL HOUSE!
Konsert malam pertama menyaksikan jualan tiket sold out! Kira-kira 5’100 peminat memenuhi ruang auditorium mega itu sejak jam 7.00 petang bagi menonton konsert yang bermula pada jam 8.30 malam itu.
AWAN MENYELIPUTI PENTAS
Nama pun Cinta Di Awan, semestinya dekor yang dibawakan mengambarkan konsep konsert kali ini. Pentas Arena of Stars dipenuhi dengan ‘awan putih’ yang menampakkan keseluruhan pentas tampil dreamy dan meenawan. Penanda pembukaan konsert juga diserlahkan dengan bunyi kilat sabung menyabung.
LAUTAN MERAH, PUTIH DAN PINK
Peminat-peminat Siti Nurhaliza atau lebih mesra digelar Sitizoners sememangnya sporting. Mereka tampil menarik dalam helaian berona merah, putih dan pink seperti yang ditetapkan. Bermacam stail yang digayakan!
PENAMPILAN SULUNG SITI AAFIYAH
Siti Aafiyah Khalid membuat kemunculan di atas pentas dengan bermain piano mengiringi ibunya yang mendendangkan lagu baru bertajuk Nadi. Lagu tersebut berkisarkan kasih sayang Siti Nurhaliza kepada dua anaknya. Ketika persembahan itu, anak kedua Siti, Muhammad Afwa turut berada di atas pentas.
SUARA UMAI MAKIN MATANG
Anak saudara Siti Nurhaliza, Umai turut menjadi tetamu jemputan pada malam itu. Gadis berusia 13 tahun itu tampil setinggi ibu saudaranya. Mereka sama-sama mendendangkan lagu berbahasa asing iaitu Zheng Fu dan You Are The Reason. Apa yang jelas, seiring pendewasaan, suara Umai semakin lunak dan merdu tanpa terikut gaya nyanyian ibu saudaranya.
PERSEMBAH LEBIH 30 LAGU CINTA
Malam itu, Siti Nurhaliza membawakan 37 lagu bertemakan cinta untuk dihayati oleh penonton. Beliau membuka pentas dengan medley lagu ‘berhantunya’ seperti Jerat Percintaan, Wajah Kekasih dan Dialah Dihati.
LAGU ROCK 90-AN
Siti Nurhaliza membuat kejutan dengan mendendangkan beberapa lagu popular 90-an seperti Tak Mungkin Berpaling (Slam), Tiara (Kris) dan Hakikat Sebuah Cinta (Iklim). Seluruh Arena of Stars gamat apabila beliau membawakan lagu ini dengan penuh bertenaga.
CHAAN GANTI AUBREY SUWITO
Seperti yang kita tahu, kebiasaannya Aubrey Suwito menjadi maestro muzik pilihan Siti Nurhaliza untuk konsertnya. Namun kali ini Siti memilih Chaan untuk menggantikan Aubrey yang dikhabarkan sudah memiliki komitmen lain. Chaan bersama Leman Band mengiringi konsert tersebut dengan susunan muzik yang cukup bertenaga.
KONSERT SOLO PENUTUP 2024
Dalam perkongsiannya kepada media, konsert Cinta Di Awan menjadi konsert solo terakhir untuk tahun ini. Manakala untuk tahun hadapan pula masih belum dalam perancangan. Ujarnya, jika ada perancangan beliau akan berkongsi kepada umum.
Tuntasnya, Konsert Cinta Di Awan ini menjadi kenangan terindah buat peminat Siti Nurhaliza. Biarpun sudah hampir 30 tahun bergelar anak seni, aura anak jati Pahang ini masih unggul.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Syed Saddiq Kongsi Bagaimana Debat Boleh Kurangkan Pengangguran Pelajar

Dahulu, tak semua pelajar yang berkeyakinan untuk berdiri di hadapan orang ramai dan berdebat.
Sebelum ini, penulis akui – hanya sekolah elit yang berstatuskan MRSM, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Agama (SBPA) saja yang mengungguli dunia berdebat ini di peringkat sekolah. Di universiti pula, beberapa nama besar seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaya (UM) umpamanya yang menjadi ‘kuasa’ di kalangan universiti lain.
Namun, budaya berdebat dilihat semakin disukai dan diterima ramai. Bukan sebab nak bergaduh cakap tau! Tetapi untuk melontarkan usul, pendapat dan pada masa yang sama, mencabar ketangkasan diri kita berfikir.
Nampaknya, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga merasakan sebegitu.

Ketika berada di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) baru-baru ini, beliau berkongsi pengalaman lalunya yang juga lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Hanya di penghujung Tingkatan 4, beliau mula mempelajari kemahiran berdebat.
“Setiap hari, saya akan berlatih dan ‘budaya’kan debat dengan kawan lain. Dan hasilnya, boleh juga cakap di depan crowd.
“Debat bagi saya adalah kemahiran yang sangat peting untuk kita mengelak isu anak muda menganggur yang berlaku sekarang. Bukan sebab mereka tidak bagus, tapi kebanyakannya tidak yakin bercakap di dalam Bahasa Inggeris. Malah, bercakap di dalam Bahasa Malaysia secara teratur juga sukar,” katanya.

Saddiq ingin melihat sesi debat diadakan setiap bulan, bermula dengan siri pertama di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada 18 September ini.
“Kita mula dengan siri bulanan, kemudian kita cuba setiap minggu pula. Topik semasa selalu bertukar, jadi tidak ada masalah untuk mencari topik. Daripada budaya ‘berdebat’ di media sosial dan parlimen, sekarang kita budayakan debat di peringkat ilmiah pula.”
Korang rasa dengan berdebat, majikan akan lebih yakin dengan pelajar dari institusi di Malaysia?
Seluruh Dunia Berduka, Adik Rayan Meninggal Dunia

Seluruh dunia memperkatakan tentang kisah adik Rayan yang terperangkap pada kedalaman 32 meter di dalam sebuah perigi sejak Selasa lalu dan misi menyelamatkannya.
Semalam, semua menarik nafas lega apabila pasukan menyelamat dilaporkan telah berjaya mencapai adik Rayan dan dalam proses membawanya keluar.
ARTIKEL BERKAITAN : Kronologi Tragedi Kanak-Kanak Terjatuh Perigi 32 Meter, Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku
Bagaimanapun, hayat adik Rayan nyata tidak panjang apabila kanak-kanak berusia lima tahun itu disahkan tidak bernyawa dan meninggal dunia.
BBC turut melaporkan kenyataan diraja semalam dengan mengumumkan pemergian Rayan sejurus selepas dia berjaya ditemukan dan dibawa keluar dari telaga tersebut.
Usaha menyelamatkan Rayan sebelum ini ‘menyentuh’ perasaan seluruh negara Maghribi apabila ratusan orang berkumpul di kawasan kejadian. Misi dan usaha menyelamat juga berdepan cabaran getir dengan kebimbangan berlakunya tanah runtuh.
Susulan kisah tragis yang mengorbankan nyawa kanak-kanak kecil, Ryan Oram ini, Raja Mohamed VI mengucap takziah kepada keluarga mangsa.
Rayan has passed away. 😭💔
You are a hero, and we’ll be forever remembered.🙏 pic.twitter.com/i1GlXTnlzE
— BRGoals (@BRGoals) February 5, 2022
Tular di media sosial pada pagi Ahad terutamanya di laman Twitter dengan tanda pagar #SaveRayan dengan masyarakat dunia menyatakan kesedihan mereka. Walaupun tidak mengenali Rayan secara peribadi, satu dunia tetap bersoladariti mendoakannya.
Ternyata, keperitan yang terpaksa dihadapi oleh Rayan amat dirasai. Al-Fatihah, sesungguhnya syurga buatmu si anak kecil.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.