Hiburan

Stacy Anam Dedah Pernah Pitam & Lenguh Dengan Bebanan Maskot Bunga Matahari

Share

Juara The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4), Stacy Anam mengakui bukan mudah untuk beraksi sebagai maskot Bunga Matahari.

Dedah penyanyi lagu popular Kasanova itu, dia beberapa kali mengalami sakit kepala selain lenguh seluruh anggota badan berikutan bebanan untuk membawa maskot sebesar itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali Puas Jadi Teratai & Tonjolkan Alter Ego Di Pentas TMSM4

“Memang mencabar, ada minggu tertentu saya mengalami sakit belakang badan dan migrain sebab kostum itu sangat berat, malah lebih teruk pernah hampir pitam atas pentas sebab terlalu panas dan oksigen yang terhad.

“Sebab itu saya kena kurangkan pergerakan ketika membuat persembahan dengan berikan lebih fokus kepada nyanyian sahaja.

“Berat maskot rasanya sama seperti saya pernah mendukung anak yang beratnya 12 kilogram,” katanya sejurus sahaja tamat rancangan tersebut.

Untuk info, isteri kepada penyanyi Akim Ahmad yang menyarung maskot Bunga Matahari itu diumumkan sebagai juara TMSMY4

.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Fath