Berita

Stacy Angkat Tarian & Pakaian Tradisional Dari Borneo Ke Pentas THSS, Raih Markah Tertinggi Di Minggu 7!

Share

Penyanyi versatil, Stacy Anam telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama di minggu ketujuh menerusi program The Hardest Singing Show.

Penyanyi lagu popular Pelangi Senja itu tampil memukau para penonton dan juri dengan persembahannya yang diringi dengan gabungan pakaian tradisional dan tarian daripada etnik Kadazan Dusun iaitu

tarian buluh.

Artikel berkaitan: Stacy Dimarahi Bapa Gara-Gara Persembahan Tribute Buat Mendiang Abang

“Saya sangat gembira kerana dapat juga rasa berada di kedudukan pertama ini. Lagi membuatkan saya gembira apabila tema minggu ini, dapatlah saya membawa elemen dari Borneo. Alhamdulillah.

“Walau dah berada di kedudukan ini, kita tak mahulah buat ala kadar bagi minggu seterusnya. Minggu depan saya akan lakukan yang terbaik, Insya-Allah,” katanya kepada Remaja.

Artikel berkaitan:

Stacy Nasihatkan SMDX Belajar Untuk Diam, Jangan Main Cakap Sesuka Hati

Dengan tema Dunia Belagu, malam semalam telah menyaksikan Stacy menerusi lagu nyanyian asal, Puan Sri Tiara Jacquelina iaitu Asmaradana berjaya mengungguli kesemua tujuh bintang lain dengan markah 87.84% sekaligus membawa pulang RM2,000 untuk Anugerah The Hardest of Night.

Persembahan memukau daripada Stacy itu juga sekali lagi menjadi pilihan peminat dan penonton dengan meraih undian yang banyak sekaligus mendapat Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa untuk minggu kedua dan telah membawa pulang RM3,000.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Fath