Satu perkhabaran yang amat mendukacitakan pada hari ini apabila seorang staf bergelar penolong kesihatan bertindak untuk terjun dari tingkat tiga Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh Perak.
Lelaki berusia 32 tahun itu dilaporkan berdepan dengan masalah kesihatan dan enggan lagi membelengu ahli keluarga dengan sebarang isu. Mangsa yang ditemui di kawasan parkir motosikal pada jam 6.45 petang semalam dipercayai mati setelah mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Dalam nota yang ditinggalkan olehnya di dalam beg, dia mengakui tidak mampu lagi bertahan dengan masalah kesihatan tersebut dan tidak mampu untuk berfikir secara waras.
Mangsa juga menitipkan permohonan maaf kepada ahli keluarga dan rakan-rakannya yang pasti sedang bersedih dengan tragedi ini.
Asst Comm. A Asmadi Abdul Aziz.
Ads
Menurut laporan rakan media di NST, beberapa rakan mangsa yang ditemui di unit forensik berkata mangsa berdepan dengan depresi, baru-baru ini. Dia hanya sempat untuk berkhidmat di hospital berkenaan selama lebih setahun.
*
Dalam pada itu, kebanyakan hospital di seluruh negara mengadakan sesi memperingati petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia baru-baru ini; sebelum kembali bertugas pada hari yang baharu.
Jelas, petugas kesihatan kini semakin lemah kudrat untuk mengharungi waktu-waktu mencabar ini di hospital. Kadangkala waktu makan dan rehat juga tidak mampu diselitkan dalam jadual mereka, apatah lagi masa untuk berborak dengan ahli keluarga mahupun rakan-rakan sendiri.
Ads
Penulis sempat berhubung dengan seorang rakan yang sedang berkhidmat di sebuah hospital kerajaan bagi mengetahui keadaan semasa di sana.
Doktor lelaki yang memilih untuk tidak mendedahkan dirinya itu berkata, penangan gelombang kedua COVID-19 di Malaysia kali ini adalah sesuatu yang terpaksa mereka hadapi; sama ada mereka sudah 100 peratus bersedia ataupun tidak.
“Katil di hospital memang tidak cukup, apatah lagi sumber serta alatan perubatan yang terhad. Kami di sini juga perlu ‘memaksa’ diri untuk terus berkhidmat walaupun ada hari di mana kami tidak sanggup lagi. It is turning into a tiring routine.
“Tapi, itulah hakikat tugas kami dan tugas petugas kesihatan di seluruh dunia pada waktu ini. Jumlah kes tidak menampakkan penurunan. Setiap kali tengok laporan jumlah kes baharu pada setiap hari, kami hanya boleh memandang kepada wajah masing-masing dan mengeluh.
Ads
“Apa yang kami perlukan adalah sokongan dari pihak atasan bagi memastikan semua sumber perubatan mencukupi bagi berdepan dengan situasi COVID-19 sekarang.
“Dan kepada rakyat Malaysia sendiri, anda juga boleh membantu kami dengan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan kerajaan sekarang. Arahan tersebut bukan untuk mengekang ekonomi negara tetapi untuk memastikan semuanya kembali normal secepat mungkin.
“Jika anda ingin menolong kami (petugas kesihatan), itu caranya,” jelasnya dengan nada kecewa.
*
Jumlah kes baharu sebanyak 4,008 kes dan 11 kematian yang diumumkan semalam oleh Tan Sri Dr Noor Hisham nyata merupakan perkhabaran yang menggusarkan. Ini bukan lagi masa untuk kita menunding jari ke arah faktor Pilihan Raya Kecil, ahli politik, pelancong asing yang membawa wabak, pekerja asing atau sesiapa lagi.
Ini adalah masa untuk kita benar-benar memastikan diri kita berdisplin sebelum kita ‘mendisplinkan’ pihak lain di media sosial.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kit Ujian Kendiri COVID-19 digunakan sebagai ujian saringan yang dilakukan sendiri oleh individu. Ia jauh lebih mudah kerana korang tidak lagi perlu membuat ujian swab di klinik atau hospital untuk mengesan virus COVID-19.
Individu hanya perlu mengambil sampel (air liur, nasal swab dan lain-lain) secara kendiri seperti yang telah dinyatakan dalam arahan kit tersebut.
Menurut Public Health Malaysia, saringan menggunakan air liur sebenarnya sensitif, pantas dan mampu dilakukan dengan mudah. Namun, ia bergantung kepada kualiti sample dan teknik yang digunakan.
Berikut adalah contoh sample air liur yang tidak berkualiti:
• Air liur bercampur dengan bahan asing lain
• Air liur terlalu sedikit (dibawah 1.0 ml)
• Perubahan warna akibat sisa minuman/makanan (sepatutnya jernih)
• Gumpalan makanan, lendir atau sisa lain
• Berbuih-buih, sisa ubat gigi
Jadi, penting untuk korang memastikan untuk tidak melakukan perkara-perkara dibawah, satu jam sebelum melakukan ujian saringan air liur.
• Jangan makan dan minum
• Jangan merokok dan vape
• Jangan kunyah gula-gula getah
• Elakkan berus gigi atau berkumur dengan pencuci mulut/air garam
• Kumur dengan air kosong untuk mengeluarkan sisa makanan dan minuman (kopi)
Take note ya guys! Nanti result korang tak valid pula.
Pada zaman ini, terdapat pelbagai produk makanan berasal dari luar negara yang dijual di Malaysia. Dengan kemasukan banyak produk makanan dari Jepun dan Korea, maka muncullah kedai-kedai yang menjual barangan keluaran negara mereka sahaja.
Persoalannya, sebagai seorang pembeli yang beragama Islam; kadangkala kita gusar dengan kandungan yang ada pada produk makanan tersebut kerana tidak memahami oleh kandungan yang dipapar pada pek bungkusan snek kerana ia menggunakan bahasa asing yang tidak kita fahami.
Bukan saja soal halal saja yang jadi isu, malah sekiranya jika ada bahan yang membuatkan kita alah pun kita tidak akan mengerti.
Sekiranya berlaku sebarang masalah, adakah tukang import yang membawa masuk ke Malaysia yang akan bertanggungjawab?
Kongsi Public Health Malaysia, lambakan snek yang diimport dari Jepun, Korea dan China yang dijual di pasaran Malaysia tetapi tidak mempunyai label dalam bahasa Melayu atau inggeris sebenarnya adalah satu kesalahan di bawah akta Makanan 1985.
Jika ada peniaga yang menjual produk sebegini, pengguna boleh melaporkannya kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan berhampiran. Di sini, peniaga boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Hmm, rasanya ramai yang baru tahu tentang akta ini kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika korang merupakan peminat drama televisyen Melayu, pastinya korang pernah menonton drama Sweet Dreams yang kini hangat dimainkan.
Memasuki minggu kedua ia ditayangkan, penulis percaya Sweet Dreams menjadi popular atas beberapa sebab utama.
Antaranya termasuklah teknik sinematografinya yang berlainan dengan ‘drama Melayu tipikal’ dan membuatkan penonton terbuai untuk menantikan babak seterusnya.
Jalan ceritanya yang tak membosankan dan pemilihan pelakon seperti Ben Amir, Mira Filzah dan Sean Lee juga membuatkan Sweet Dreams lebih dekat dengan penonton remaja dan young adults yang kini jujurnya hanya memilih saluran atas talian seperti Netflix sebagai medium hiburan. Right?
Bercakap mengenai Ben Amir, bekas finalis pencarian Hero Remaja 2011/12 itu semakin mencuri tumpuan ramai disebabkan drama ini juga.
Walaupun Ben banyak membintangi drama bersiri dan telemovie, wataknya sebagai Qash Adam yang mempunyai kelebihan bermimpi perkara buruk yang bakal menimpa dalam drama ini membuatkannya menjadi kegilaan ramai penonton perempuan terutamanya.
Mungkin juga kerana rambutnya (!) serta cara Ben melayan komen peminat di laman Twitter dengan gaya ‘kerek’ mirip wataknya Qash.
Cer tengok antara jawapan balas Ben selepas episod semalam ditayangkan.
Pakai rantai sebab..
Mira Filzah..
Kena lempang..
Parents Qash..
Operation..
Kelakar lah Ben! Lagi-lagi apabila membalas komen tersebut pada jam 2 pagi.
Drama Sweet Dreams ditayangkan di saluran Astro Ria dan Ria HD setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...