Memasuki tahun 2022, budaya filem drakula atau watak ‘vampire’ yang popular di Hollywood nampaknya masih terus diingati masyarakat sehinggakan ia dipetik sebagai inspirasi di sebalik koleksi fesyen terbaru di Paris.
Jenama fesyen Belanda, Viktor&Rolf baru-baru ini telah menarik perhatian dunia setelah mempamerkan koleksi musim bunga 2022 couture-nya bersempena Minggu Fesyen Paris. Apa yang membuatkan ramai orang bercakap mengenainya adalah inspirasi pakaian drakula yang ikonik dalam filem-filem Hollywood lampau untuk kembali diinterpretasikan sebagai pakaian abad ke-21.
Dalam satu kenyataan mengenai koleksi ini, gandingan Pengarah Kreatifnya iaitu Viktor Horsting dan Rolf Snoeren berkata mereka mengimbas semula stail ala drakula yang pernah mereka hasilkan bagi koleksi yang digelar ‘Hyeres’ pada tahun 1993.
Untuk versi 2021 pula, Viktor&Rolf cuba menimbulkan ‘rasa takut’ menerusi siluet busana.
Sebagai contoh, gaunnya tidak mengikut bentuk tubuh seperti kebiasaan bagi wanita. Bahagian bahu pula dinaikkan sehingga mencecah paras kepala. Kata Viktor&Rolf, ia adalah cerminan idea mereka berdua terhadap ‘rasa takut’ yang masyarakat kita hadapi sekarang dalam konteks fesyen moden.
REMAJA terus teringatkan kepada tempoh dua tahun pandemik yang terpaksa dunia hadapi dengan perasaan gusar dan berhati-hati bagi melangsungkan hidup dlam norma baharu. Mungkin itulah yang cuba disampaikan secara bijak dan fashionable menerusi elemen ‘thrill’ dan suspen pada koleksi couture kali ini.
Apapun, tidak semuanya menakutkan ketika pertunjukan fesyen Viktor&Rolf ini. Masih wujud ciri-ciri elegan dan old-Hollywood glam yang memberikannya percikan glamor biarpun kelihatan ibarat drakula.
Stail baru terangkat hingga ke atas seakan ‘pendinding’ bagi bahagian leher yang sering menjadi spot sasaran drakula. Ada juga beberapa busana mempamerkan kemeja putih dengan garisan kolar lantang dan besar; sinonim dengan kemeja yang dipakai drakula.
Rona warna yang lebih ‘muted’ termasuklah hitam, putih dan krim pula mendekatkan lagi koleksi ini kepada inspirasi drakula tadi.
Korang boleh terima tak stail drakula oleh Viktor&Rolf ini? Hehe..
REMAJA memahami tidak semua insan boleh menerima rekaan Viktor&Rolf. Sebagai pereka duo yang tidak gentar dengan pandangan serong dan kritikan, mereka sentiasa cuba untuk mengolah dunia fesyen dengan revolusi idea baharu.
Sebagai contoh, idea ‘gaun sarung bantal’ pada tahun 2018, ‘gaun slogan’ pada tahun 2019 dan ‘gaun penjarakan sosial’ sewaktu musim pandemik 2020.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.