Selain berlakon, bintang meningkat naik, Atiq Azman juga dilihat aktif berkongsi rutinnya melakukan aktiviti workout di gimnasium. Tubuhnya yang dilihat semakin ‘sado’ itu sekaligus meraih perhatian netizen terutama pengikutnya di media sosial.
Niatnya melakukan senaman hanya untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan gaya hidup sihat, namun lain pula yang ada difikiran segelintir netizen.
Oleh kerana bertubuh sasa, ada segelintir mulut ‘celupar’ mendakwa pelakon drama popular Nur itu ‘tidak lurus’.
Menerusi satu perkongsian terbaharu di Instagram, terdapat seorang jejaka yang meninggalkan komen ringkas iaitu ‘gay’, apabila foto yang dimuat naik Atiq itu dilihat dirinya sedang menunjuk biceps dan sixpacknya.
Tidak berdiam diri dengan tuduhan tersebut, Atiq tampil membalas komen berkenaan dengan menyatakan mahu bertindak untuk menyaman individu yang menyebarkan berita palsu tersebut.
Ads
“Standby tau nak saman. Jangan padam dan sekat pula ya,” balas pelakon itu semula beserta emoji.
Ads
Menjengah ke komen lain, rata-rata pengikutnya turut menzahirkan rasa berang terhadap komen yang tidak berasas pengguna berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Aktres popular, Datin Intan Najuwa tampil memberi penjelasan selepas timbul dakwaan bahawa dia tidak mempunyai ‘bonding’ yang erat dengan puteri sulungnya, Imane Lunara.
Menerusi Instastory miliknya, Intan dengan tegas menjelaskan bahawa dia tidak pernah meninggalkan Imane walaupun untuk ke kedai runcit yang hanya terletak 10 meter dari kediamannya.
“Tengah masak pun dia duduk dapur tau sebelah Mommy. Ish jahat ya mulut acik. Ingat kita tak sayang anak ke.
“Kalau boleh nak masuk perut balik ni ha senang bawak gi mana-mana tak nak jauh,” tambah Intan lagi.
Sekadar info, Intan Najuwa dan suaminya, Ahmad Asraf, telah mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023 dalam sebuah majlis yang diadakan di One And Only Desaru Coast, Johor.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara, yang dilahirkan pada 15 Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Intan Najuwa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ya, wabak influzenza A kini semakin merebak ke seluruh negara.
Jangkitan virus influenza bermusim hanya mengakibatkan demam selesema yang ringan pada individu biasa namun boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada kumpulan berisiko tinggi antaranya kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan individu yang berpenyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lelah.
Arah lakukan solat hajat
Menurut Sinar Harian, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Shamsudin telah mengarahkan agar semua surau dan masjid kerajaan di negeri Johor melakukan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan daripada virus Influenza A.
Dilakukan selepas solat Jumaat
Surat rasmi yang ditulis dalam tulisan jawi itu juga memberitahu bahawa solat hajat akan dilakukan pada esok hari iaitu selepas solat Jumaat diadakan.
Ramai yang beri sokongan
Sehubungan dengan itu, menerusi Facebook sumber, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan yang dilakukan. Hal ini kerana dlam kegawatan menghalang virus tersebut daripada terus menular, doa memohon kesembuhan kepada Sang Pencipta adalah jalan yang paling utama untuk dilaksanakan.
Justeru itu, orang ramai digesa untuk sentiasa berjaga-jaga dan jika korang mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan hidung tersumbat, segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya gejala-gejala tersebut bertambah teruk.
Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika korang mempunyai simptom-simptom seperti yang disenaraikan.
Jangan ingat virus ini hanya dijangkiti oleh kanak-kanak sahaja, orang dewasa juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa serangan Influenza A.
Moga virus ini cepat hilang di negara kita. Take care guys!
“Abg puji saya cantik.Tiap kali keluar, abg romantik, selalu nak pegang tangan, takut orang lain usik. Saya jatuh hati kerana dia selalu call dan whatsapp. Saya mmg syg abis padanya.
Abg siap puji body saya menggiurkan. Sebab cinta sangat, saya tak kisah pun tidur dengannya walaupun tahu dia suami orang. Bila ngandung, abg mula cakap mcm-mcm dan mula jauhkan diri. Saya buntu, nasib baik Kak Pah sudi bantu saya,” kata Siti, 21 tahun.
Hanya berbekalkan air liur, menabur janji-janji manis, mahu sehidup semati, menggapai bulan bintang bersama-sama, sudah ramai gadis remaja terpedaya dengan janji manis suami orang.
Tak perlu bayar apa-apa, hanya ungkapkan sedikit kata-kata manis, abang sayang adik, adik paling cantik dan hanya nama adik di dada abang, ada gadis sanggup serahkan dara masing-masing kerana berasakan diri mereka gadis pujaan si abang temberang.
Hal ini didedahkan oleh seorang aktivis masyarakat, Natipah Abu, 44 yang melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan di utara tanahair sejak beberapa tahun ini
Remaja mudah mempercayai janji-janji manis lelaki yang taburkan kasih sayang – Natipah Abu
Baru menubuhkan sebuah perlindungan atas nama Rumah Jariah (bermaksud sedekah) di Sungai Petani sejak tiga bulan lalu namun jumlah remaja yang “keluar masuk’ ke rumah ini agak membimbangkan. Kebanyakan mereka mengandung dan kemudian ditinggalkan oleh kekasih.
“Dari perbualan dengan mereka, boleh dikatakan semua remaja ini datang dari keluarga yang bercerai berai. Anak-anak kurang mendapat perhatian. Bila bertemu lelaki hidung belang, khususnya suami orang, kebanyakannya rasa sudah cukup bahagia.
“Pada pandangan saya, mereka ini masih naif dengan masa depan. Pada diri remaja, bila ada orang mahu jadikan mereka kekasih, itu dianggap satu kebanggaan. Tanpa sedar, itulah perangkap awal untuk diri mereka.
“Dibawa makan ke sana sini, diberikan sedikit wang saku, lama-kelamaan, mereka sanggup serahkan dara. Bila dah mengandung mulalah tak tentu arah kerana tak tahu hendak tutup malu,” dedahkan kepada Majalah Remaja.
Dedah aktivis masyarakat ini lagi, kebanyakan remaja yang kurang kasih sayang, adalah remaja yang paling tinggi mencatatkan jumlah kehamilan anak luar nikah kerana mereka mempercayai cinta itu wujud.
Tapi sayangnya, mereka meletak cinta pada lelaki yang salah. Lelaki yang suka memperdaya perempuan. Lelaki yang bernafsu buas. Lelaki yang hanya mahu sedap tapi tak mahu bertanggungjawab.
Remaja pula, bila tahu diri sudah mengandung, mulanya tak tahu nak buat apa. Bila kejar lelaki yang membuatkan mereka mengandung, macam-macam alasan didengar.
Tak sanggup ceraikan isterilah, kasihan pada anak-anak yang ada. Bini mula mengamuk. Gaji tak cukup untuk punya dua bini. Akhirnya, ditinggalkan begitu saja.
Remaja ini dididik mengenal Al-Quran bagi memantapkan jiwa dan nurani
Gadis duduk dalam reban ayam
Tidak hanya gadis terpedaya janji manis lelaki miang, Natipah Abu pernah menyelesaikan satu kes remaja yatim piatu yang pada hari ini bakal berkahwin secara sah dengan pasangannya selepas tinggal serumah selama tiga tahun sehingga lahir seorang anak luar nikah.
Kesnya agak menyedihkan kerana kedua ibu bapanya meninggal dunia selang seminggu. Bermula dari ibunya ditangkap kerana tiada permit kerja, ayahnya jatuh sakit kerana terperanjat. Selang beberapa hari suaminya meninggal, isteri mengikut kerana kesedihan.
Dari cerita remaja ini kepadanya, kongsi Natipah Abu hidupnya tak tentu arah. Hanya harap ehsan kawan-kawan sampailah dapat boyfren yang kerjanya biasa-biasa saja.
Sebab sama-sama hidup susah, mereka pernah tinggal dalam reban ayam dalam keadaan gadis ini sarat mengandung. Majikannya membantu menyediakan rumah kerana kasihan.
“Dia lahirkan anak pada usianya 17 tahun. Berpantang pun sendiri-sendiri sebelum orang menghantar dia ke Rumah Jariah ini,’ kata Natipah yang mesra disapa Kak Pah oleh remaja yang tinggal di rumah ehsan orang ramai ini.
Rumah ini didirikan atas bantuan orang ramai, dari rakan-rakan fb yang tahu kerja-kerja kebajikan yang Kak Pah buat. ada yang bagi tilam, ada bagi kerusi, ada bagi beras, ada bagi duit. Semuanya orang sedekahka
Menyelami remaja-remaja bermasalah ini, seperti kata Kak Pah, dia dahulu ada satu persepsi negetif tentang mereka yang mengandung anak luar nikah. Tetapi bila sudah duduk bersama, berbual dengan mereka, ada satu saja jalan penyelesaiannya iaitu KASIH SAYANG.
Ya! KASIH SAYANG. Inilah keywordnya. Inilah perkataan yang hati mereka inginkan. Bila diselidik, semua remaja bermasalah adalah anak-anak yang kurang kasih sayang. Jadi mereka mudah terperangkat bila ada orang taburkan kata-kata cinta.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.