Selain berlakon, bintang meningkat naik, Atiq Azman juga dilihat aktif berkongsi rutinnya melakukan aktiviti workout di gimnasium. Tubuhnya yang dilihat semakin ‘sado’ itu sekaligus meraih perhatian netizen terutama pengikutnya di media sosial.
Niatnya melakukan senaman hanya untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan gaya hidup sihat, namun lain pula yang ada difikiran segelintir netizen.
Oleh kerana bertubuh sasa, ada segelintir mulut ‘celupar’ mendakwa pelakon drama popular Nur itu ‘tidak lurus’.
ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf Jelaskan Mengapa Tubuhnya Kini ‘Fit’ Semacam, Siap Bawa Dumbbell Lagi Dalam Kereta!
Menerusi satu perkongsian terbaharu di Instagram, terdapat seorang jejaka yang meninggalkan komen ringkas iaitu ‘gay’, apabila foto yang dimuat naik Atiq itu dilihat dirinya sedang menunjuk biceps
dan sixpacknya.Tidak berdiam diri dengan tuduhan tersebut, Atiq tampil membalas komen berkenaan dengan menyatakan mahu bertindak untuk menyaman individu yang menyebarkan berita palsu tersebut.
“Standby tau nak saman. Jangan padam dan sekat pula ya,” balas pelakon itu semula beserta emoji.
Menjengah ke komen lain, rata-rata pengikutnya turut menzahirkan rasa berang terhadap komen yang tidak berasas pengguna berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Atiq Azman