Setiap kali Starbucks membuat promosi minuman mereka, sudah pasti ramai yang excited dan tidak melepaskan peluang untuk turut sama ‘beratur’ di restoran mereka.
Satu lagi berita baik yang korang kena tahu, Starbucks sekali lagi melakukan promosi ‘gila’ dengan menawarkan promosi beli 1 percuma 1 pada 12 Julai 2019 (hari ini!).
Promosi happy hour ini akan berlangsung pada jam 5 petang sehingga jam 8 malam nanti.
Terma & syarat
1. Minuman percuma mestilah bernilai sama atau kurang dengan pembelian
2. Tidak sah dengan diskaun atau promosi lain
3. Tidak layak mendapat ganjaran kad Starbucks
4. Tidak sah untuk penghantaran
5. Sah di semua cawangan Starbucks di Malaysia kecuali Sunway Lagoon
Ayuh, apa lagi guys. Jom serbu cawangan Starbucks yang terdekat petang ni. Hm, ada yang nak belanja kami tak? Hiks!
George Clooney Beri Malaysia Amaran Berkenaan Hukum LGBT, Netizen Balas ‘Jaga Hal Sendiri Boleh?’
Isu hukuman yang ditentukan oleh syariah seperti hukuman sebat, rejam dan gantung seperti yang diketahui ramai Muslim bukanlah dilakukan secara terburu-buru.
Syarat-syarat agar hukuman itu dilaksanakan terhadap seorang pesalah amatlah ketat. Jika syarat yang disebut tidak cukup ‘korum’, maka hukuman itu jarang sekali akan dilaksanakan secara mandatori. Hanya apabila pesalah telah dibuktikan dengan sahih melakukan kesalahan, barulah dia akan disabitkan dengan hukuman tertentu.
Brunei merupakan antara negara terawal yang tegas untuk melaksanakan hukuman mengikut ajaran Islam sementelah ia merupakan negara majoriti Muslim.
Salah satu daripada hukuman itu adalah berkenaan pesalah LGBT. Brunei tidak sesekali mengiktiraf pelaku hubungan di luar tabii dan ia merancang untuk mengenakan hukuman mati – termasuklah rejam – kepada pelaku hubungan seksual luar tabii dan luar nikah.
Bagaimanapun, setelah berdepan dengan tentangan daripada seluruh dunia, Brunei pada minggu lalu berkata hukuman tersebut tidak akan dilaksanakan.
Bagi masyarakat Barat termasuklah pelakon Hollywood George Clooney, penarikan semula hukuman itu adalah ‘kejayaan’ mereka atas tiket kemanusiaan.
Itu bukanlah isu yang utama kerana ramai Muslim yang turut berharap agar Brunei mempertimbangkan cadangan hukuman mati itu. Namun, apa yang menjadi isu adalah apabila dia dengan mudah memetik nama negara majoriti Islam iaitu Indonesia dan Malaysia.
“Penarikan hukuman itu adalah amaran kepada negara seperti Indonesia dan Malaysia – yang juga sedang mempertimbangkan hukuman ini. Golongan bisnes seperti bank besar (di 2 negara ini) akan menidakkan perancangan itu demi ekonomi masing-masing,” katanya semasa ditemubual oleh Ellen DeGeneres.
Whoa.
The Sultan of Brunei passed a law that made being gay punishable by death. George Clooney spoke up. I couldn’t be more grateful. pic.twitter.com/TYZNdrHMN8
— Ellen DeGeneres (@TheEllenShow) May 9, 2019
Adakah George begitu yakin dengan cara boikot ekonomi yang diperkenalkannya dan NGO lain ke atas Brunei pada awal tahun ini?
‘Amaran’ yang seakan mencabar masyarakat di Indonesia dan Malaysia itu juga dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak isu dalam negara berbanding menyelesaikan masalah.
Lihat saja komen yang direkodkan di kalangan netizen di Malaysia berhubung ‘amaran’ George Clooney ini.
Hhm, REMAJA tahu George dan isterinya, Amal Clooney begitu komited dengan isu kemanusiaan.
Tetapi sebelum memberi amaran kepada mana-mana negara semasa siaran langsung rancangan TV sepopular Ellen, mungkin George ingin memikirkan sentimen masyarakat di negara yang disebut itu terlebih dahulu.
Terlajak yatch perahu boleh diundur bro..
15 Universiti Tempatan Tersenarai Dalam THE Asia University Ranking 2021
Tahniah kami ucapkan kepada 15 universiti tempatan kerana telah meningkatkan kedudukan dalam Times Higher Education (THE) 2021 bagi universiti terunggul Asia.
Setiap tahun, Times Higher Education (THE) akan mengeluarkan senarai-senarai universiti terbaik di seluruh Asia. Dan kedudukan yang telah dikeluarkan semalam menyaksikan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang merekodkan lonjakan besar pada edisi tahun ini dengan menduduki tangga 200 teratas dari Malaysia di dalam carta ini.
Berbanding tahun lalu, 15 buah universiti tempatan tersenarai dalam Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2021 berbanding hanya lapan pada tahun lalu. Ini menunjukkan penngkatan sebanyak 13 anak tangga dan ia bolehlah dikatakan sebagai penanda aras untuk intitusi pengajian tinggi di Malaysia berdasarkan kedudukan dan status semasanya.
Lima daripada enam universiti berprestasi di Malaysia juga memperbaiki serta mengekalkan kedudukan.
Antaranya ialah Universiti Teknologi Petronas (UTP) naik 13 tangga kepada kedudukan 111, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mengekalkan kedudukan di tangga ke-119.
Manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) mendaki sembilan anak tangga ke-136 dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) naik 10 tangga untuk berada di kedudukan ke-150.
Walaupun Universiti Malaya (UM) turun enam tangga, namun ia tetap berada dalam kumpulan 50 teratas.
Jelas Ketua Pegawai Ilmu Times Higher Education, Phil Baty, kedudukan ini penting untuk mengukur kekuatan institusi pendidikan tinggi serantau. Beliau juga menyatakan perkara ini sangat menakjubkan melihat kedudukan universiti di Malaysia semakin meningkat dan ada juga mengekalkan kedudukan walaupun persaingan semakin hebat.
Menurut Phil mencapai kedudukan 50 teratas iaitu Universiti Malaya adalah satu kejayaan besar terutama untuk empat tahun berturut-turut membuktikan kekuatannya di peringkat tempatan, serantau mahupun global.
Tahun ini, sebanyak 551 universiti dinilai berbanding 489 pada tahun 2020. Tsinghua University dan Peking University di China menduduki tangga pertama dan kedua kedudukan tahun ini. Manakala National University, Singapura berada di tempat ketiga.
Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa institusi pengajian negara kita juga setanding universiti di luar negara dan Malaysia juga mampu melahirkan para graduan yang berkualiti.
Apa-apa pun, sekali lagi kami mengucapkan syabas buat semua universiti yang tersenarai.
McD Singapura Ambil Keputusan Tutup Hingga 4 Mei, Bagaimana Dengan Malaysia?
Oh, we are not lovin’ this..
Setelah mendapat nasihat penuh daripada Kementerian Kesihatan Singapura, francais makanan popular di negara itu iaitu McDonald’s telah mengambil keputusan untuk menutup operasi di kesemua cawangan sehingga 4 Mei 2020,
Tentunya, rakyat Singapura mengeluh dengan berita ini kerana McDonald’s merupakan di antara restoran yang menyediakan menu familiar untuk mereka lebih-lebih lagi dalam situasi pemutusan rantaian Covid-19 ataupun circuit breaker di sana.
Lebih mendukacitakan adalah apabila mengenangkan nasib pengurus, pekerja dan penghantar makanan McDonald’s Singapura yang terpaksa berundur daripada tempat kerja untuk sementara waktu.
Menurut Pengarah Pengurusannya, Kenneth Chen, keputusan ini diambil dengan rasa berat hati tetapi ia perlu dibuat dalam usaha untuk mengawal jumlah kes wabak Covid-19 daripada terus melarat.
“Ini adalah waktu yang kita tak jangkakan. Kami telah melakukan yang terbaik untuk mendahulukan keselamatan para pekerja dan pelanggan, dan akan terus melakukan tugas kami untuk menangani jangkitan.
“Kami tak sabar untuk bertemu dan melayan kamu semula bermula 5 Mei,” kata beliau yang mengawasi lebih 135 buah restoran di sana.
Justeru, REMAJA tertanya sekiranya McDonald’s Malaysia juga perlu mengambil langkah yang sama?
Mengikut tinjauan di laman web dan media sosial mereka, masih belum ada perkhabaran mengenai penutupan sementara cawangan di sini. Malah, McDonald’s Malaysia juga sedang giat mempraktikkan kempen #SafeWithMekdi di mana penghantar McDelivery mematuhi syarat dan prosedur ketat semasa mengambil dan menghantar pesanan korang.
Mereka juga mengesyorkan agar kita mengelak daripada mengunjungi restoran. Sebaliknya, adalah lebih baik jika kita memesan secara online ataupun menerusi aplikasi mereka
Berita baik untuk semua, McDonald’s Malaysia sedang menawarkan beberapa promosi menarik untuk set sarapan dan McCafe yang lebih berbaloi sekarang.
Jangan lepaskan peluang ini okay.