Starbucks Lancar Koleksi ‘Mooncake’ Bersama Christy Ng – Beg Mini Dia Memang Klasik!

Share

Setiap kali tiba bulan September je, mesti ramai rakyat Malaysia yang tercari-cari satu makanan ‘tradisional’ masyarakat Cina ini. Mooncake!!!

Kebiasaannya, perayaan ini akan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 mengikut kalendar Cina, iaitu pada akhir bulan Ogos. Hidangan istimewa dalam perayaan ini antaranya ialah kuih bulan.

Seperti setiap tahun, Starbucks meneruskan tradisinya dengan menambah kemeriahan perayaan kuih bulan ini. Untuk festival Mid-Autumn ini, selain menawarkan ‘mooncake’ perisa baharu Starbuck juga berkerjasama bersama pereka tempatan iaitu Christy Ng.

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dan kita tidak dapat pulang ke kampung. Starbucks datangkan idea kiriman kotak ‘mooncake’ buat tersayang penganti diri. Ia bagai  simbolik walaupun kita berada di mana sahaja kiriman ini sebagai peringatan kasih sayang, cinta dan ikatan antara keluarga dan rakan tetap utuh dan tidak terjejas.

Set ini didatangkan dengan dua pilihan. Set Mooncake Edisi Terhad Starbucks® x Christy Ng dalam warna Merah Burgundy dan Set Mooncake Edisi Terhad Starbucks® x Christy Ng dalam warna Biru Midnight.

Setiap set beg ada maknanya tersendiri, Set Midnight Blue (Edisi Terhad) mewakili unsur kayu dalam budaya Cina, serta keabadian dan kemajuan dalam kehidupan. Manakala,
set beg merah burgundy membawa makna yang berani, warnanya melambangkan keberuntungan, kegembiraan dan kebahagiaan dalam budaya Cina. Set ini dilengkapi dengan dua baucar minuman percuma untuk anda nikmati bersama orang tersayang.

Setiap beg berharga RM158 dan RM138

Mereka juga sediakan mooncake dalam sebuah kotak yang berisi 4 biji. Koleksi kuih bulan Starbuck ini dilengkapi dengan set 4 rasa baru yang menarik gabungan tradisional dan inspirasi daripada minuman di Starbucks. Keempat-empat perisa kuih bulan ini termasuk macchiato karamel, telur masin teratai , coklat hazelnut praline dan favourite

kami, teh hijau matcha adzuki mooncake.

Untuk keterangan lanjut klik disini.

Untuk info, yang beragama Islam dan Muslim jangan risau, hasil penelitian didapati perayaan ini adalah perayaan budaya masyarakat Cina. Ia bukan perayaan agama dan ia boleh disambut oleh muslim. Malah pada hari ini sudah terdapat banyak kuih bulan yang halal yang disahkan oleh JAKIM.

Published by
Nana