Menerusi satu muat naik di akaun Instagram rasminya tengah malam tadi, Starbucks Malaysia mungkin bakal menawarkan minuman berbentuk Nasi Lemak tidak lama lagi.
Adakah ia bersempena dengan Hari Raya Aidilfiti yang akan menjelang bulan Mei ini?
Ataupun ia adalah minuman istimewa bagi menyambut Hari Kebangsaan ke 64 pada tahun ini? Itu tidak dapat dipastikan.
Malah, REMAJA juga kurang pasti sekiranya Starbucks Malaysia benar-benar akan mengeluarkan minuman berintikan nasi lemak ini.
Iyalah, hari ini kan hari sambutan April Fools. Jadi, tidak mustahil taktik seperti ini digunakan mereka bagi tujuan pemasaran jenama.
Hanya tanda pagar #akandatang berserta caption berbunyi, “Makanan yang begitu dekat dengan hati rakyat Malaysia akan mempunyai pendekatan baharu. Boleh kamu teka namanya?”
Apa yang pasti, warganet berbelah bahagi sekiranya mereka dapat menerima minuman nasi lemak seperti ini.
Malah, Starbucks sempat menjawab satu pertanyaan warganet.
Sambil itu, ramai tampil kreatif dengan pengenalan nama baru sekiranya minuman nasi lemak ini dilancarkan.
Antara yang dicadangkan mereka termasuklah Lemak Latte, Starice, Santan Frappe, Starnasi Bucklemak dan Nasi Lemak Frappe With Upside Down Sambal Drizzle With Timun & Telur On Top.Amboi, berbelit lidah nak pesan!
Ads
Sebelum ini, sudah ada beberapa jenama yang pernah mengenalkan menu berasaskan Nasi Lemak. Antaranya termasuklah Nasi Lemak Burger oleh McDonald’s, Nasi Lemak Gelato oleh Cielodolci, Nasi Lemak Sushi oleh Ruyi & Lyn, Nasi Lemak Spaghetti oleh LuckyBoKL dan hey, Nasi Lemak sneakers oleh Asics Malaysia!
*
*
Terdahulu, Starbucks Malaysia telah menobatkan gadis bernama Loh Cheah Ying sebagai pemenang utama pertandingan Starbucks Sip & Win yang pernah dibuka kepada orang ramai bermula dari 1 September hingga 30 November 2020.
Dalam majlis penyampaian hadiah tersebut, saudari Cheah Ying telah membawa pulang sebuah kereta jenis Peugeot 3008 SUV Plus setelah mengenepikan hampir 80,000 penyertaan dari seluruh Malaysia.
Beberapa pemenang lain yang dipilih kelmarin juga pulang dengan hadiah menarik seperti Sony WH-1000MX Wireless Headphones dan tumbler Starbucks Holiday Swarovski.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung awal pagi tadi telahpun menyaksikan ketibaan 206 buah negara dan pasukan dalam perarakan di sepanjang Sungai Seine dalam bot persiaran pelbagai jenis dan saiz; bergantung kepada saiz sesebuah kontinjen tersebut.
Sekiranya kontinjen Malaysia yang mendapat sokongan padu daripada rakyat di tanah air yang memuat naik hantaran di platform media sosial, lain pula ceritanya dengan kontinjen Israel yang dicemuh ramai pihak baik di lokasi pembukaan mahupun di siaran langsung acara terbabit.
Tular sewaktu siaran langsung di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) apabila pengulas sukan yang bertugas mengemudi siaran langsung acara pembukaan enggan mengumumkan ketibaan Israel sekaligus tidak mengiktiraf kehadiran pasukan itu untuk temasya berkenaan.
Sebaik sahaja kamera menunjukkan ketibaan kontinjen seterusnya iaitu Itali, pengulas sukan berkenaan kembali menjalankan tugasnya bagi mengumumkan ketibaan para atlet dan pegawai seterusnya.
Bukan hanya pengulas tempatan yang bertindak ‘memalau’ Israel, malah kru produksi siaran langsung yang menyediakan visual kepada seluruh penduduk dunia juga dilihat mengalihkan kamera agar tidak merakam ketibaan kontinjen itu. Sebaliknya, kamera diteleng ke bahagian atas bagi menampakkan pemandangan kotaraya Paris.
Tindakan protes terhadap kontinjen Israel ini berkait rapat dengan sentimen orang ramai terhadap konflik yang tercetus antara Israel dan Palestin serta bagaimana Israel masih meneruskan kekejaman menerusi rejim ketenteraannya terhadap rakyat Palestin yang tidak bersalah.
Dalam pada itu, kontinjen Malaysia segak dan anggun dalam busana rekaan Rizman Ruzaini yang direkan khas untuk acara pembukaan kali ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu pelitup muka Sirim heboh diperkatakan di media sosial dek kerana tular sebuah video produk pelitup muka pereka fesyen Jovian Mandagie putus sewaktu bintang nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza ingin menggayakannya.
Sebelum ini, Jovian telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa perakuan Sirim ini adalah penting untuk membanteras pelitup muka hauk yang dijual dipasaran. Namun, apa yang menjadi pendebatan setelah video tular itu memperlihatkan bahawa pelitup muka keluaran pereka fesyen itu putus dan membuktikan ia juga tidak begitu berkualiti.
Rentetan daripada isu tular itu, ramai yang melakukan troll tentang pelitup muka Sirim dan pusat membeli-belah Mydin juga tidak terkecuali membuat troll mengenai pelitup muka di akaun twitter mereka.
Walau bagaimanapun, kerajaan telah pun menangguhkan penguatkuasaan perakuan dan penandaan MS SIRIM bagi pelitup muka bukan perubatan yang dijadual bermula 4 Julai ini kepada 1 Januari tahun depan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tahniah kami ucapkan kepada 15 universiti tempatan kerana telah meningkatkan kedudukan dalam Times Higher Education (THE) 2021bagi universiti terunggul Asia.
Setiap tahun, Times Higher Education (THE) akan mengeluarkan senarai-senarai universiti terbaik di seluruh Asia. Dan kedudukan yang telah dikeluarkan semalam menyaksikan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang merekodkan lonjakan besar pada edisi tahun ini dengan menduduki tangga 200 teratas dari Malaysia di dalam carta ini.
Berbanding tahun lalu, 15 buah universiti tempatan tersenarai dalam Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2021 berbanding hanya lapan pada tahun lalu. Ini menunjukkan penngkatan sebanyak 13 anak tangga dan ia bolehlah dikatakan sebagai penanda aras untuk intitusi pengajian tinggi di Malaysia berdasarkan kedudukan dan status semasanya.
Lima daripada enam universiti berprestasi di Malaysia juga memperbaiki serta mengekalkan kedudukan.
Antaranya ialah Universiti Teknologi Petronas (UTP) naik 13 tangga kepada kedudukan 111, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mengekalkan kedudukan di tangga ke-119.
Manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) mendaki sembilan anak tangga ke-136 dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) naik 10 tangga untuk berada di kedudukan ke-150.
Walaupun Universiti Malaya (UM) turun enam tangga, namun ia tetap berada dalam kumpulan 50 teratas.
Jelas Ketua Pegawai Ilmu Times Higher Education, Phil Baty, kedudukan ini penting untuk mengukur kekuatan institusi pendidikan tinggi serantau. Beliau juga menyatakan perkara ini sangat menakjubkan melihat kedudukan universiti di Malaysia semakin meningkat dan ada juga mengekalkan kedudukan walaupun persaingan semakin hebat.
Menurut Phil mencapai kedudukan 50 teratas iaitu Universiti Malaya adalah satu kejayaan besar terutama untuk empat tahun berturut-turut membuktikan kekuatannya di peringkat tempatan, serantau mahupun global.
Tahun ini, sebanyak 551 universiti dinilai berbanding 489 pada tahun 2020. Tsinghua University dan Peking University di China menduduki tangga pertama dan kedua kedudukan tahun ini. Manakala National University, Singapura berada di tempat ketiga.
Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa institusi pengajian negara kita juga setanding universiti di luar negara dan Malaysia juga mampu melahirkan para graduan yang berkualiti.
Apa-apa pun, sekali lagi kami mengucapkan syabas buat semua universiti yang tersenarai.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, menegaskan bahawa Gegar Vaganza adalah sebuah jenama yang kukuh dan berprestij, yang bertujuan untuk mengangkat semula nama penyanyi...