Starbucks Lancar Minuman Nasi Lemak? Atau Sekadar Cubaan April Fools

Share

 

Adakah ini benar atau sekadar cobaan?!

 

Menerusi satu muat naik di akaun Instagram rasminya tengah malam tadi, Starbucks Malaysia mungkin bakal menawarkan minuman berbentuk Nasi Lemak tidak lama lagi.

Adakah ia bersempena dengan Hari Raya Aidilfiti yang akan menjelang bulan Mei ini?

Ataupun ia adalah minuman istimewa bagi menyambut Hari Kebangsaan ke 64 pada tahun ini? Itu tidak dapat dipastikan.

Malah, REMAJA juga kurang pasti sekiranya Starbucks Malaysia benar-benar akan mengeluarkan minuman berintikan nasi lemak ini.

Iyalah, hari ini kan hari sambutan April Fools. Jadi, tidak mustahil taktik seperti ini digunakan mereka bagi tujuan pemasaran jenama.

ARTIKEL BERKAITANinnisfree ‘Bergurau’ Henti Keluaran Serum Green Tea – REMAJA

Hanya tanda pagar #akandatang berserta caption berbunyi, “Makanan yang begitu dekat dengan hati rakyat Malaysia akan mempunyai pendekatan baharu. Boleh kamu teka namanya?”

Apa yang pasti, warganet berbelah bahagi sekiranya mereka dapat menerima minuman nasi lemak seperti ini.

 

Tak Boleh Terima!

Ada yang sudah dapat mengagak taktik ini?

 

Malah, Starbucks sempat menjawab satu pertanyaan warganet.

Sambil itu, ramai tampil kreatif dengan pengenalan nama baru sekiranya minuman nasi lemak ini dilancarkan.

Antara yang dicadangkan mereka termasuklah Lemak Latte, Starice, Santan Frappe, Starnasi Bucklemak

dan Nasi Lemak Frappe With Upside Down Sambal Drizzle With Timun & Telur On Top. Amboi, berbelit lidah nak pesan!

Sebelum ini, sudah ada beberapa jenama yang pernah mengenalkan menu berasaskan Nasi Lemak. Antaranya termasuklah Nasi Lemak Burger oleh McDonald’s, Nasi Lemak Gelato oleh Cielodolci, Nasi Lemak Sushi oleh Ruyi & Lyn, Nasi Lemak Spaghetti oleh LuckyBoKL dan hey, Nasi Lemak sneakers oleh Asics Malaysia!

Asic;s GEL-KAYANO 5 OG ‘Nasi Lemak Shoe’ pernah dijual pada harga RM599.

*

*

Terdahulu, Starbucks Malaysia telah menobatkan gadis bernama Loh Cheah Ying sebagai pemenang utama pertandingan Starbucks Sip & Win yang pernah dibuka kepada orang ramai bermula dari 1 September hingga 30 November 2020.

Dalam majlis penyampaian hadiah tersebut, saudari Cheah Ying telah membawa pulang sebuah kereta jenis Peugeot 3008 SUV Plus setelah mengenepikan hampir 80,000 penyertaan dari seluruh Malaysia.

Beberapa pemenang lain yang dipilih kelmarin juga pulang dengan hadiah menarik seperti Sony WH-1000MX Wireless Headphones dan tumbler Starbucks Holiday Swarovski.

Published by
FZ