Berita baik buat peminat Starbucks, korang mesti happy gila bila dengar tawaran ni. Dengan harga 20 sen saja, korang boleh menikmati minuman Starbucks Frappuccino pada 20 Disember ini.
Sempena sambutan ‘20 years of brewing moments together’, Starbucks menjual minuman dengan harga promo 20 sen untuk pembelian kedua mana-mana Frappuccino. Untuk cawan yang pertama tu korang beli dengan harga asal, tapi untuk pembelian kedua cuma berharga 20 sen saja. Gila kan?
Promosi ini hanya untuk satu hari saja, iaitu 20 Disember 2018, bermula jam 5 petang hingga 8 malam. Sah di semua cawangan Starbucks di seluruh Malaysia kecuali Genting Highland dan kiosk Sunway Lagoon.
Dannn.. Tawaran ini hanya untuk members saja ya. Cepatlah jadi sign up. Hiks!
Uishh, meleleh dah air liur ni..
Drama Spontan Youtube Popularkan Dua Rakan Istimewa Ini!
Penglibatan dua anak istimewa dalam satu drama spontan di Youtube ternyata memberi tuah kepada mereka.
Muhammad Asyiff Suhaimi, 17 tahun dan rakannya, Muhammad Ashrul Hakim Lukman, 21 tahun merupakan dua individu istimewa yang bekerjasama dengan Youtuber popular, Muhammad Syahmi Sazli, 24 tahun di mana tontonan di setiap video yang dilakonkan mereka mencecah jutaan view.
Menggunakan dialog spontan dengan dialek Kelantan, topik-topik yang dipaparkan pun sememangnya dekat dan orang ramai boleh relate dengan situasi tersebut.
Bagaimanapun, dalam penerimaan positif orang ramai terhadap dua anak muda istimewa itu tetap terselit komen negatif netizen apabila ada yang mendakwa Syahmi hanya menggunakan mereka berdua.
Susulan itu, memetik Sinar Harian, Syahmi memberikan penjelasan mengenai perkata tersebut.
“Niat saya ajak Asif berlakon bukan untuk diri saya tetapi saya mahu dia berinteraksi dengan masyarakat dan tidak lagi menyendiri.
“Sebelum bergiat aktif dalam dunia lakonan, Asif yang menghidap Autisme akan mengelak daripada bergaul dengan orang ramai,” katanya.
Untuk pengetahuan, Syahmi dan Asif adalah sepupu.
Dalam pada itu, Syahmi juga nyata terharu dengan sokongan netizen terhadap video-videonya bersama Asif dan juga Yoe.
“Syukur Alhamdulillah, terima kasih buat semua yang tak henti-henti support video ini hingga trending #1,” tulisnya di Youtube.
Sememangnya memang tak kering gusi bila melihatkan gelagat kedua-dua mereka dalam video tersebut. Apa-apapun, syabas kepada Syahmi dan team!
Banjir Seperti ‘Tsunami Kecil’ Di Kedah, Sedekahkan Doa Ini Bagi Mangsa Musibah
Amaran cuaca bahaya akibat hujan lebat yang dijangka berlaku di seluruh negara terutamanya di negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Perak hingga hari Jumaat minggu ini telahpun dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Menurut laporan BERNAMA, kawasan di Kedah yang mungkin terlibat dalam situasi tersebut ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.
Di Perak pula, ia membabitkan Kerian, Larut, Matang, dan Selama serta Manjung. Sementara seluruh kawasan Pulau Pinang terlibat dengan amaran tersebut.
Ini berikutan berlakunya fenomena kepala air semalam di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai. Keadaannya amat mengejutkan sehingga diumpamakan seperti ‘tsunami’ kecil oleh penduduk setempat ekoran keadaan air pasang sehingga mengakibatkan pokok serta jambatan runtuh dengan sekelip mata.
“Sepanjang saya membesar di kampung ini, ini kali pertama berlaku kejadian seperti ini. Kepala air sudah biasa berlaku tetapi tidaklah sehingga titi dan jalan runtuh, kereta hanyut dan ada mangsa yang meninggal. Saya rasa sangat takut,” kata salah seorang penduduk kepada pemberita di Kampung Setol malam tadi.
Setakat operasi pada 1 pagi tadi, tiga mangsa ditemukan maut di beberapa lokasi sekitar kawasan Gunung Jerai, Yan yang dilanda banjir.
Doakan Saudara Kita
Sebagai saudara sesama agama dan sebagai rakyat Malaysia secara amnya, wajarlah untuk kita sampaikan satu doa khusus yang boleh diamalkan semasa melihat orang lain ditimpa musibah.
Doa ini adalah bagi kita meminta perlindungan daripada Allah SWT agar terhindar daripada sebarang musibah fizikal yang boleh menimpa kita. Ia juga boleh diucapkan jika kita melihat bala penyakit melanda sesebuah kawasan ataupun jika kekufuran di kalangan masyarakat jelas dapat dilihat.
Riwayat Ibnu Umar dari ayahnya, Umar Radhiyallahu ‘Anhuma, bahawa Rasulullah SWT bersabda:
“Alhamdulillahilladzi ‘aafaani mimmab talaaka bihi, wa faddhalanii ‘ala katsiirim mimman khalaqa tafdhilaa.”
(Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari musibah yang menimpamu dan benar-benar memuliakanku dari makhluk lainnya.)
“Jika kalimah ini diucapkan, maka ia akan diselamatkan dari musibah tersebut, musibah apa pun itu semasa ia hidup.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
*
Pengajaran yang kita boleh dapati daripada bacaan doa tersebut adalah untuk mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana kita masih diselamatkan oleh-Nya daripada bala bencana atau penyakit yang sedang melanda orang lain.
Bukanlah untuk kita merasa ‘selamat’ kerana dikecualikan. Kita seharusnya merasa gentar jika musibah yang sama melanda diri kita. Ia mengingatkan kita untuk tidak pernah melupakan Allah SWT di saat senang mahupun susah.
Pada masa yang sama, kita seharusnya bersyukur kita masih dipelihara oleh-Nya dan masih berpeluang kembali ke jalan yang benar.
BACA LAGI: Penuntut Universiti Hilang Dan Bapa Mangsa Pertama Banjir Di Pahang – REMAJA
Sumber : Bernama, Youtube TV3
Seoul & Hat Yai Bukan Destinasi Paling Diminati Pelancong Malaysia Untuk 2024, Sebaliknya..
Hanya kira-kira 16 hari sahaja lagi sebelum kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2023. Tempoh ini seringkali dihabis pakai oleh orang ramai untuk bercuti bersama keluarga, pasangan mahupun rakan-rakan.
Sama ada korang memilih destinasi antarabangsa mahupun dalam negara, inilah momen terbaik untuk korang abadikan bersama yang tersayang.
Kongsi platform perjalanan digital Agoda, di antara destinasi antarabangsa paling popular dalam kalangan pelancong Malaysia pada tahun ini terdiri daripada (mengikut susunan daripada destinasi paling popular) Hat Yai, Bangkok, Singapura, Taipei dan Tokyo di tangga kelima.
Nampaknya, ramai betul yang menggemari negara Thailand atas beberapa faktor penting termasuklah mudah untuk mencari makanan halal, kadar pertukaran mata wang yang masih boleh diterima dan jarak perjalanan yang tidaklah terlalu jauh.
Memasuki tahun 2024, Agoda bagaimanapun mendedahkan pelancong Malaysia mungkin sekali akan berubah fikiran dalam pemilihan destinasi antarabangsa mereka.
Menurut mereka, Taipei kini mendahului senarai sebagai destinasi paling popular berdasarkan butiran awal. Dikenali dengan pasar jalanan meriah, kekayaan budaya dan promosi makanan Halal bagi pelancong Muslim; Taipei adalah kota yang menggabungkan tradisi dan kemodenan.
Di tangga kedua ialah Tokyo yang semakin popular dalam kalangan pelancong Malaysia; mungkin sekali hasil kandungan-kandungan menarik di media sosial oleh mereka yang bercuti di sana.
Bangkok berada di tangga ketiga manakala Hat Yai di tempat keempat. Paling mengejutkan, Seoul hanya berada di tangga kelima walaupun penangan K-tourism, K-drama & K-pop cukup dirasai di Malaysia.
Sementara itu, Singapura bukan lagi destinasi pilihan pelancong Malaysia memandangkan kadar pertukaran wang yang meningkat baru-baru ini (RM1 – SG$3.5). Oh well..
Beralih kepada destinasi dalam negara pula, Kuala Lumpur terus menjadi tarikan utama orang ramai demi pelbagai tujuan termasuklah melancong, bekerja dan belajar.
Menariknya, Langkawi mengatasi Melaka sebagai salah satu daripada lima destinasi percutian dalam negara paling popular. Tiga destinasi lain yang tersenarai terdiri daripada Pulau Pinang (2), Kota Kinabalu (3) dan Johor Bahru (4).
Sebagai info, butiran destinasi utama tahun 2024 ini direkod berdasarkan tempahan yang dibuat di platform Agoda antara Oktober dan pertengahan November bagi perjalanan pada tahun 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.