4 Kerabat Diraja Denmark Hilang Gelaran, Dilucut Demi Kehidupan Tanpa Rasa Tertekan

Share

Keluarga Diraja sering mendapat perhatian masyarakat kerana mungkin ramai yang begitu kagum dengan kemewahan dan gaya hidup mereka.

Namun, dunia baru-baru ini dikejutkan dengan khabar berita mengenai empat cucu kepada Ratu Margrethe dari kerajaan Denmark iaitu Nikolai, Felix, Henrik, dan Athena tidak lagi akan dirujuk sebagai Yang Teramat Mulia mulai 1 Januari 2023.

ARTIKEL BERKAITAN : Dua Putera Diraja Denmark Pilih Bidang Peragaan, Pewaris Takhta Ini Jadi Buruan Jenama Mewah

Nikolai, Felix, Henrik, dan Athena Foto: Instagram

Permaisuri membuat keputusan itu dengan harapan empat beradik itu dapat membentuk kehidupan mereka tanpa rasa tertekan oleh tugas atau peraturan rasmi diraja.

Permaisuri Margrethe membuat keputusan mengejutkan untuk melucutkan empat cucunya daripada Duli Yang Teramat Mulia. Permaisuri Denmark berharap ia akan membebaskan keturunannya daripada pemerintahan atau tugas diraja. Pun begitu, nampaknya perkara ini tidak dibincangkan terlebih dahulu sehingga mengejutkan puteri dan putera raja.

Ratu Margrethe II kini monarki Eropah paling lama bertakhta

Respon Putera Nicolai

Putera Nikolai juga bercakap tentang keputusan neneknya. Pemuda yang dikenali sebagai model itu berkata, dia sedih, terkejut, dan keliru walaupun mereka masih akan menerima gelaran Tuan Yang Terutama Count daripada Monpexat dan memasuki takhta kerajaan Denmark.

Putera Nikolai Foto Via prinsnikolaidior

“Semua keluarga dan saya sudah tentu sangat sedih. Ibu bapa kami juga berkata, terkejut dengan keputusan ini dan betapa cepatnya gelaran kami dimansuhkan,” kata putera raja kepada Extrabladet.

“Saya sangat keliru mengapa ia harus berlaku seperti ini,” tambah cucu Ratu Margrethe kepada anak keduanya, Putera Joachim.

Foto Via (Photo by Patrick van Katwijk/Getty Images) Foto: Getty Images/Patrick van Katwijk

Countess Alexandra, isteri pertama Putera Joachim yang merupakan ibu kepada Nikolai dan Felix, sendiri turut mengakui terkejut dan mempersoalkan keputusan itu. Dia kecewa mengapa Ratu Margaret tidak menunggu sehingga hari perkahwinan mereka. “Dia tidak boleh percaya kenapa dan mengapa sekarang kerana ia tidak berasas,” kata setiausaha Countess Alexandra kepada CNN.

Sementara itu, Putera Joachim, yang berkata dia hanya dimaklumkan mengenai keputusan itu lima hari lalu, merasakan bahawa ini telah menyakiti anak-anaknya. Tetapi ibunya mengakui keputusannya dibuat untuk kebaikan masa depan mereka. “Ia adalah satu pertimbangan yang saya fikirkan sejak sekian lama dan saya fikir ia akan baik untuk mereka pada masa hadapan. Itulah sebabnya,” kata Ratu Margrethe.

Sekelip mata status bertukar, pastilah terkejut. Namun, mesti ada sebab mengapa nenek mereka bertindak demikian.

Untuk info, selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II baru-baru ini secara tidak langsung menjadikan Ratu Margrethe II dari Denmark ini sebagai monarki yang paling lama bertakhta di Eropah, lapor laman berita Wion News kelmarin. Margarethe, 82, menaiki takhta pada tahun 1972 dan telah menerajui Denmark sebagai Ratu selama 50 tahun.

BACA : 5 Putera Raja Arab Berwajah Kacak, Bakal Buat Wanita ‘Cair’

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana