Bukan mudah untuk kita capai apa yang kita mahu, kalau nasib baik dapatlah cepat…siapa nasib tak baik, makan masa bertahun juga.
Semua itu membuatkan ramai yang putus asa dengan kehidupan, sering mengeluh bila agaknya turn mereka untuk berjaya. Ada juga yang meluahkan kekesalan mereka di laman media sosial.
Baru-baru ini, seorang individu meluahkan rasa putus asanya di laman twitter, lebih bahaya apabila dia turut terfikir untuk mengambil jalan mudah dengan mengambil nyawanya sendiri.
“Berapa banyak dose pain killer perlu aku ambil kalau nak mati?,” soal individu tersebut.
Ads
Perkara itu mendapat perhatian pengacara, Hazeman Huzir apabila dia sempat memberi nasihat deep kepada individu tersebut.
“Saya berumur 17 tahun, gagal kehidupan sosial, pelajaran, rasa rendah diri sangat. Orang lain semua berjaya dengan mudah. Bunuh diri kelihatan macam jalan yang mudah tapi saya memilih untuk tidak melakukannya.
“Hari ini, saya ada degree, karier dan orang yang saya tidak kenal memberikan sokongan dan berdoa untuk kejayaan saya.
Ads
“Stay, it’s worth it,” tulisnya.
I was 17. Failed social life, education; lacking self-worth entirely. Everyone else succeed easily. Suicide was an easier option. But chose to stay anyways.
Today, I have a degree, career and people who I dont know personally support & pray for my success.
There are reasons I chose this Quran 3:139 ayat for you. To see you inspiring and supporting others with this essence make me proud on who I chose to stan! Thank you Haze pic.twitter.com/n6JlKo80Wt
Sesungguhnya memang sangat deep nasihat yang diberikan Hazeman itu. Ya, bukan mudah untuk hadapi segala ujian ini namun, pasti ada hikmah disebalik semua ini kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Filem Pulau menerima pelbagai reaksi dan kecaman hebat warganet susulan treler yang dilancarkan baru-baru ini walau karya itu belum pun ditayangkan di pawagam. Ia kerana memperlihatkan beberapa adegan yang didakwa tidak sesuai untuk tontonan umum.
Susulan daripada itu, Lembaga Penapis Filem (LPF) tampil memberi kenyataan berhubung isu yang semakin hangat diperkatakan orang ramai di media sosial.
Menurut kenyataan, LPF memaklumkan karya tersebut adalah sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan.
“Filem Pulau adalah merupakan sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gamburkan. LPF mendapat bahawa terdapat perbezaan antara kandungan treler yang dikangsikan di dalam media sosal dengan kandungan yang dikemukan untuk penapisan,” katanya.
Selain itu, LPF turut mendapati terdapat perbezaan antara kandungan treler filem ‘Pulau’ yang dikongsikan di media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk penapisan.
Mengambil maklum isu berbangkit setelah promosi filem itu dibuat melalui perkongsian poster dan sedutan treler filem menerusi media sosial, LPF juga memaklumkan, kandungan treler yang ditayang secara dalam talian adalah di luar bidang kuasa LPF.
“LPF yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan tugas berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] yang menetapkan fungsi penapisan filem dan bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum di Malaysia, kecuali melalui Internet,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Pulau terbitan WebTVAsid dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio arahan Euno itu menampilkan barisan pelakon popular termasuk Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Annuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Vi dan Vikar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu Cikgu Azizan yang dibebas tanpa dilepaskan kerana menampar seorang pelajar berusia 11 tahun atas kesalahan menghidu gam dan cuba mempengaruhi pelajar lain menjadi topik hangat minggu ini.
Rata-rata netizen menyalahkan ibu bapa sebab terlalu memanjakan anak. Betul, tak salah kerana semua orang berhak untuk memberikan pendapat peribadi.
Namun, sebelum masing-masing menyuarakan hak khususnya di media sosial, fahami Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) yang telah meluluskan Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2016 bagi tujuan melindungi kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.
Di dalam 54 artikel dan dua protokol pilihan, CRC telah menyatakan dengan terang apa yang patut dilakukan oleh pihak kerajaan di bawah undang-undang antarabangsa untuk memastikan semua kanak-kanak dapat membesar di dalam persekitaran yang bahagia, penuh dengan kasih sayang dan difahami serta bermanfaat dari segi penjagaan kesihatan, pendidikan dan perlindungan.
CRC ini juga menekankan bahawa setiap kanak-kanak – tidak kira di mana mereka dilahirkan, sama ada mereka lelaki atau perempuan, kaya atau miskin – mesti diberikan peluang untuk menjadi ahli masyarakat yang produktif dan mempunyai hak untuk bersuara serta pendapat mereka juga perlu didengar.
Baca pandangan Profesor Undang-Undang UKM, Prof Dato Noor Aziah Mohd Awal yang juga Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia dalam facebooknya hari ini. Beliau juga adalah wakil Malaysia ke Suruhanjaya Asean mengenai Promosi dan Perlindungan Hak Wanita dan Kanak-Kanak.
Ini coretannya
Kes Cikgu Azizan terpapar dalam khabar2 tempatan dan media sosial. Penyokong amat gembira Mahkamah melepaskannya dan disebut sebagai suatu kemenangan besar. NUTP minta minta wujudkan Kod Etika utk hubungan ibubapa-guru supaya guru diberi perlindungan dari sebarang tindakan undang2.
Kenapa guru yg dewasa yg tugasnya termasuk melindungi kanak-kanak perlu dilindungi??
Tenggelam lah cerita kanak-kanak 11 tahun yang dicederakan dengan ditampar. Semua menunding jari kepada kanak-kanak dan ibubapanya yg membuat laporan polis atas apa yg berlaku sehingga guru ini didakwa.
Soalan saya mudah – siapa mangsa dalam kes ini?
Malaysia selepas menanda tangani konvensyen Hak Kanak-kanak telah meluluskan Akta Kanak2 2001 pindaan 2016 bagi tujuan melindungi kanak2. Siapa kanak2? Yang berumur di bawah 18 tahun. Sesiapa yg mencederakan kanak2 boleh didakwa dan dijatuhkan hukuman yg membawa hukuman penjara dan denda. Tiada siapa terkecuali dari tindakan jika mencederakan kanak2. Ini bermakna ibubapa, penjaga, guru, jiran, keluarga dan lain2.
Apa bentuk deraan?
Apa-apa kecederaan fizikal mental dan seksual.
Banyak kes ke guru diserang ibubapa?
Adakah kes guru diserang jauh lebih banyak dari kes pelajar dicederakan oleh guru?
Guru adalah penjawat awam yg dilindungi undang-undang jika dia bertindak di bawah ruang lingkup bidangkuasanya. Jika guru melakukan sesuatu perkara yg di luar TOR tugasnya, maka dia tidak akan dilindungi oleh undang-undang.
Di sekolah hya guru besar dan guru disiplin boleh merontan pelajar. Merotan bukan di muka. Malah jika merotan yang mengakibatkan kecederaan, masih boleh didakwa bawah akta kanak-kanak. Peraturan sekolah juga telah ada mengawal selia kedatangan ibubapa ke sekolah.
Kita semua sebagai ahli masyarakat perlu jelas tentang isu ini. Bila kita dengar kes kanak2 dicederakan ibubapanya, kita terus kata mereka ibubapa tidak berhati perut. Kita jijik melihat bapa , bapa saudara atsu atuk merogol anak, anak saudara atau cucunya. Kita jijik melihat pedofil. Tapi bila guru cederakan murid sehingga pekak, patah atau guru rosakkan semangatnya, jatuhkan air mukanya dan sisih dia sehingga dia enggan ke sekolah, kenapa kita tidak cepat salahkan guru tetapi lebih suka salahkan kanak2 itu.
Kanak2 jika dia membunuh, merompak dan mencederakan orang, ia tetap kanak2. Perbicaraannya di Mahkamah Bagi Kanak2, prosidurnya berlainan dari mahkamah biasa. Hukumannya juga berbeza dari pesalah dewasa.
Dalam hal ini, sebagai ibubapa adakah kita melindungi anak kita? Sebagai anggota masyarat, ikhlaskah kita dalam menangani isu GURU V Kanak-Kanak. Boleh kah seorang guru tumbuk/tampar kanak-kanak kerana kanak-kanak itu berkelakuan buruk? Siapa yg patut dipersalahkan???
Serious kah kita melindungi kanak-kanak dari didera secara fizikal, mental dan seksual??
Atau kita berpendirian mudah “ asal bukan anak kita, lantaklah!! “
Saya datang dari keluarga guru. Sentiasa menghormati guru dan sangat sayangkan kanak-kanak. Namun jika guru bertindak diluar bidangkuasanya, dia bukan lagi perlu dihornati. Adil kah kita kpd kanak-kanak????
Perkasa kan guru dengan ilmu mengenai hak kanak-kanak.
Sayangi kanak-kanak kita.
Wakil Malaysia ke Suruhanjaya Asean mengenai Promosi dan Perlindungan hak wanita dan kanak.
Fikir- fikirlah
Ini catatan Prof Dr Noor Aziah difacebooknya
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malaysia kehilangan seorang tokoh seni bina yang amat disegani, arkitek utama di sebalik pembinaan Masjid Negara hari ini.
Berita duka mengenai pemergian Allahyarham Datuk Baharuddin Abu Kassim telah dikongsikan oleh bekas Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, Profesor Sarly Adre Sarkum, melalui laman media sosial, Facebook.
“Kita telah kehilangan seorang tokoh yang sangat disegani dalam komuniti seni bina, Datuk Baharuddin Abu Kassim. Beliau adalah seorang arkitek negara dan tokoh yang sumbangannya telah membentuk struktur alam bina kita,” kata beliau pada Selasa.
Menurut Sarly, visi dan dedikasi Datuk Baharuddin, yang diterjemahkan melalui reka bentuk Masjid Negara, akan terus memberi inspirasi kepada generasi arkitek dan rakyat Malaysia.
Beliau turut mendoakan agar Allah SWT menempatkan Allahyarham di syurga tertinggi dan memberi kesabaran serta kekuatan kepada keluarganya untuk menghadapi kehilangan ini.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia seni bina tempatan dan antarabangsa, terutamanya dalam konteks seni bina Islam yang penuh dengan nilai estetika dan simbolisme.
Lima fakta menarik Masjid Negara
Reka Bentuk Ikonik: Masjid Negara direka dengan bumbung berbentuk payung dan menara setinggi 73 meter, yang mencerminkan gabungan elemen seni bina tradisional Islam dan moden. Bumbung utama yang berbentuk separa bintang bersegi 16 melambangkan 13 negeri di Malaysia serta Islam sebagai agama rasmi negara.
Siap Dibina pada Tahun 1965: Pembinaan Masjid Negara bermula pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965. Masjid ini dibina sebagai simbol kemerdekaan Malaysia dan keinginan negara untuk mencapai kemajuan tanpa melupakan identiti Islam.
Dibina oleh Tiga Arkitek Tempatan: Masjid Negara direka oleh sekumpulan arkitek tempatan yang terdiri daripada Datuk Baharuddin Abu Kassim, Howard Ashley, dan Hisham Albakri dari Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Mereka berjaya mencipta reka bentuk yang menggambarkan perpaduan antara seni bina Islam dan ciri-ciri tempatan.
Dibina di Atas Tanah Seluas 5.2 Hektar: Masjid Negara terletak di kawasan seluas 5.2 hektar di tengah-tengah Kuala Lumpur. Kawasan ini juga menempatkan taman-taman yang indah, yang memperkukuhkan suasana tenang dan damai di sekitar masjid.
Kapaciti Sehingga 15,000 Jemaah: Masjid Negara mampu menampung sehingga 15,000 jemaah pada satu-satu masa, menjadikannya salah satu masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini juga sering menjadi lokasi acara-acara besar Islam di Malaysia, termasuk solat Jumaat, solat Hari Raya, dan majlis keagamaan lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Langkah penyanyi rock tempatan, Yazid Lovehunters akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada minggu kelima, yang berlangsung malam...