“Stay Strong….” Hidap Kanser Limfoma Selama 10 Tahun, Berat Elyana Kini Hanya 40kg

Share

Ramai terkejut dengan berita yang dikongsi oleh penyanyi, Elyana tentang kondisi kesihatannya yang terkini yang hampir memasuki tahap lima kanser limfoma sejak 10 tahun bertarung dengan penyakit ini.

Kanser tersebut turut merebak ke organ dalaman yang lain seperti rahim, hati dan pangkal pehanya menurut laporan Kosmo Online.

“Semasa saya dimasukkan ke hospital pada bulan lalu, doktor memaklumkan sel kanser lama sudah berkurangan, ia merupakan satu berita gembira buat saya. Namun begitu, doktor mendapati kanser itu telah merebak ke bahagian lain itu rahim, hati dan pangkal peha”

Malah, penyanyi berusia 33 tahun itu juga berkata meskipun saiznya masih kecil namun boleh berisiko lumpuh sekiranya ia semakin membesar.

Selain itu, doktor juga menasihati agar segera melakukan rawatan kemote­rapi namun dia terpaksa tangguh atas faktor kesihatan.

“Saya hilang selera makan sejak beberapa bulan lalu sehingga menyebabkan badan lemah dan kurus. Kini berat saya hanya 40 kilogram” katanya.

Meskipun berdepan masalah kesihatan yang agak teruk, namun Elyana masih kuat dan ceria menjalani kehidupan bersama suami serta anak-anak tercinta.

Tapi, mesti ramai lagi yang tertanya-tanya apa itu kanser limfoma?

Okay, untuk mengetahuan korang kanser limfoma bermula dari sel darah putih yang dipanggil lymphocytes iaitu sel darah putih yang mengalir ke tubuh menerusi bendalir yang dipanggil limfa. Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.

Sumber Gambar : SehatQ

Berikut kami jelaskan beberapa perkara tentang kanser limfoma yang mungkin lebih mudah untuk anda fahami.

1. Simptom kanser limfoma

  • Berpeluh pada waktu malam
  • Demam
  • Berat badan turun mendadak
  • Kurang selera makan
  • Letih

2. Merupakan kanser darah

3. Banyak terjadi kepada golongan muda

4. Individu berumur antara 15 hingga 30 tahun mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat HL.

5. 5 daripada rakyat Malaysia menghidap kanser ini dan 60% daripadanya adalah lelaki.

6. Apabila limfa membengkak, lymphocytes yang tidak normal membentuk sel tumor.

7. Terdapat dua jenis limfoma iaitu HL dan Limfoma Bukan-Hodgkin (NHL).

8. Kanser limfoma akan kembali berulang menyerang tubuh dalam tempoh 12 bulan selepas dirawat.

9. Berisiko untuk hidup kurang dari setahun.

 

Sumber : Kosmo Online , UTUSAN, Instagram

Published by
Nana