Pelumba berusia 33 tahun yang terkenal dengan jolokan “The Pocket Rocketman” berada dalam kelas tersendiri apabila muncul kembali sebagai Raja Pecut Dunia.
Berita gembira ini turut di sampaikan menerusi satu ciapan di Twitter rasmi Azizulhasni sendiri.
“Kembali ke puncak dunia.
“Nombor 1 untuk pecut individu. Nombor 2 untuk Keirin,” kongsi beliau.
Sementara itu, Menteri Belia Dan Sukan Reezal Merican Naina Merican tidak melepaskan peluang turut mengucapkan tahniah buatnya.
Jelas beliau, Azizulhasni sememangnya layak menghuni tempat pertama kedudukan dunia itu.
Tahniah Azizul.
Moga terus maju jaya dan semoga ini menjadi pemangkin semangat buat atlet negara lain terutamanya atlet muda untuk terus mengharumkan nama negara.