Tidak semua perempuan terlalu cerewet dalam penjagaan kulit wajah. Tapi at least mereka haruslah ada rutin basic skincare supaya tak ada la sampai langsung
Tak perlu menggunakan jenama yang mahal-mahal sebab ada juga produk drugstore yang korang boleh cuba. Paling penting, hasilnya sama tip top macam guna produk antarabangsa.
Nak tahu macam korang boleh jaga kulit guna produk drugstore je? Ikuti perkongsian rutin basic skincare oleh Iman Abdul Rahim ini.
Kenal pasti jenis kulit
1. Basuh muka macam biasa. Sama ada guna cleanser atau bilas biasa-biasa je
2. Tunggu satu hingga dua jam. Jangan apply apa-apa dekat muka
3. Check kulit korang
Kalau rasa berminyak, korang jenis kulit berminyak. Kalau rasa kering/ketat, kulit kering dan kalau T-zone je yang berminyak, yang lain kering/normal, maknanya korang mempunyai combination skin.
Next..
Kenal pasti sama ada kulit korang jenis yang sensitif ke, berparut, jerawat, kulit kusam, pores atau dehydration.
So, apa yang korang nak? Kurangkan jerawat? Tingkatkan hidrasi sebab kulit kering sangat? Control minyak? Kurangkan parut? Ini semua korang kena tahu.
Then barulah korang tahu nak guna produk yang sesuai.
Ads
Ini adalah perkongsian yang paling basic saja ya. Kalau kulit tak bermasalah sangat, boleh try!
Rutin pagi
1. Cleanser– Fungsi untuk hilangkan kotoran, debu, minyak pada wajah. Itu saja. Kalau nak hilangkan jerawat atau parut jerawat, better cari serum yang sesuai. Boleh try guna produk gentle low pH cleanser.
2. Moisturizer – Untuk melembabkan kulit. Kalau jenis kulit berminyak, cari yang lightweight ataupun gel texture kalau tak nak kulit berminyak sangat. Sebarang hydrating toner/essence pun boleh juga. Kalau dry skin, cari yang krim.
Ads
3. Sunscreen – Paling penting untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh membuatkan kulit burn, jeragat, pores makin besar atau kanser kulit. Pilih mengikut jenis kulit.
4. Extras – Contohnya nak pakai toner for extra hydration, kalau ada masalah kulit yang lain boleh tambah serum atau spot treatment untuk jerawat. Semua ni hanya tambahan saja, jika perlu.
Rutin malam
1. Oil-based cleanser – Buat double cleansing method, pakai oil based dan water based. Pilih oil cleanser yang sesuai dengan kulit.
Ads
2. Cleanser – Sama macam rutin pagi, bersihkan muka. dan boleh gunakan produk yang sama. Cari yang gentle low pH cleanser.
3. Moisturizer – Sama juga, boleh guna saja produk yang sama macam rutin pagi, cari yang sesuai dengan kulit korang.
4. Extras – Kalau waktu malam tiba-tiba nak scrub muka ke, pakai masks (clay mask/sheet mask/sleeping mask) atau spot treatment, semua terpulang kepada masalah kulit korang.
Cuma sekali lagi nak diingatkan, sebelum guna apa-apa produk skincare, korang buat patch test dulu okay?
Ramai yang memandang sinis bila individu bertubuh besar menyatakan hasrat ingin menurunkan berat badan. Bagi mereka, individu ini hanya hangat-hangat tahi ayam sebab dah sebati dengan ‘makanan’, mana mungkin mampu tahan nafsu makan.
Oleh itu, seorang pengguna Facebook iaitu saudara Mohd Noor Saari Putranor baru-baru ini telah berkongsi tip diet yang dia praktikkan sehingga mencapai berat yang diingini.
Bagi Mohd Noor Bin Saari atau lebih dikenali dengan nama panggilan Noah , dia memilih untuk melakukan diet secara sihat dan bukannya mengambil jalan mudah dengan menggunakan ubat-ubatan untuk kurus. Lelaki ini pernah mencecah berat sehingga 98 kg pada Ramadan tahun lepas dan sememangnya setiap kali menjelang bulan puasa dia akan cuak umpama kucing mendengar guruh kerana dia tahu beratnya akan naik kaw-kaw.
Sekarang, berat Noah sudah pun 76kg, ternyata dengan usaha yang dilakukan tanpa mengira penat dan erti putus ada dia kini memakai baju saiz M. Walapun sibuk di pejabat dengan tugasnya sebagai Pembantu Juruukur Bahan Kanan di Perbadanan Putrajaya dan menjadi suami serta ayah kepada 7 orang cahaya mata.
Lihat saja progress yang ditunjukkan daripada gambar before dan after, memang boleh jadi inspirasi buat korang yang nak menurunkan berat badan juga.
Diet Tak Ambil Gula
“Diet yang saya amalkan adalah potong terus pengambilan gula iaitu tidak mengambil langsung gula…. tak kira apa jenis gula sekalipun.. samada gula putih..merah..melaka dan lain2..”,ujar lelaki ini.
Menu Yang Diamalkan
Sarapan Pagi : telur ayam kampung 2 biji dan kurma 2 biji boleh tahan sehingga tengah hari
Tengah hari : ikan dan sayuran
Malam: oat dan buah buahan
Saya tidak mengambil nasi dah hampir 3 bulan lebih.. kini berat turun hampir 20kg
Senaman Jangan Dilupa
“Pada mulanya saya berlari dalam jarak 3km. Kemudian tambah jarak sedikit demi sedikit. Kini saya sudah boleh lari sehingga 10km. Tapi setiap hari saya akan buat sit up dan push up. Sekurang-kurangnya 30 kali waktu pagi, tengahari dan malam sehingga cukup 100kali”.
Tip Motivasi
Kini Noah gembira bukan hanya kerana dirinya semakin kelihatan muda remaja. Namun keluarganya juga kini peka terhadap kesihatan tubuh badan. Dia juga berterima kasih pada keluarga kerana sentiasa memberinya sokongan untuk menurunkan berat badan dan amalkan gaya hidup yang sihat.
“Saya selalu ingatkan diri sendiri bahawa saya ada anak-anak yang ramai dan wajib kekal sihat supaya dapat menjaga mereka dengan baik. Bagaimana hidup dalam keluarga besar.
Mungkin jika arwah mak masih hidup, dia pasti akan senyum dan bangga melihat perubahan saya sekarang. Sebab dulu dia selalu perli, risau dan ingatkan saya yang perut sudah semakin galak membesar. Takut sangat katanya. Isteri yang tercinta juga sangat sporting dan banyak memberikan sokongan serta inspirasi. Dialah wanita yang melahirkan anak-anak saya yang seramai 7 orang itu. Bila sudah turun berat badan, anak-anak juga semakin peka dengan kesihatan dan sudah tak berani nak minta makan fast food sebab mereka tahu abahnya dah tak makan”.
Nasihatnya kepada individu yang bertubuh besar, kita boleh turunkan berat badan sedikit demi sedikit kalau kita betul-betul nak. Jadi, jangan putus asa dan jangan berhenti. Moga perkongsian Noah dan boleh dijadikan inspirasi buat korang yang dalam perancangan untuk kurangkan berat badan tu.
Musim Istiadat Konvokesyen di beberapa buah institusi kini meriah dilangsungkan bagi menyambut kejayaan para graduan yang telah bertungkus-lumus mengejar kejayaan dalam bidang pendidikan mengikut minat masing-masing.
Tentunya bagi meraikan hari istimewa ini, para graduan enggan ketinggalan mendapatkan busana pakaian baharu untuk diperagakan di bawah jubah konvokesyen.
Namun, bagi graduan bernama Liane Melve Grace yang berasal dari Sabah ini, momen beliau naik ke pentas di Istiadat Konvokesyen ke-100 Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi makna tersendiri apabila gadis itu memilih busana bermotifkan etnik yang dijahit oleh ibunya sendiri.
Graduan UiTM, Liane Melve Grace.
‘Sumandak’ berusia 24 tahun itu berkongsi bahawa bussana yang diinspirasikan daripada etnik bangsa Murut itu dihasilkan oleh ibunya dalam masa tiga hari sahaja. Wow!
“Kebiasaannya, ibu saya akan mengambil masa seminggu untuk siapkan satu helai gaun. Namun, dia siapkan gaun ini hanya dalam tiga hari saja, khas untuk saya pakai pada Istiadat Konvokesyen hari ini,” kata Liane yang juga pernah bergelar finalis pertandingan Unduk Ngadau 2024 mewakili daerah Tenom.
Anak Perantau Yang Bangga Dengan Asal-Usulnya
Bercakap mengenai pengalaman Liane di Semenanjung sewaktu bergelar pelajar, katanya, memang ada perbezaan bahasa dan budaya. Dirinya memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan semua itu, namun dia tidak sesekali melupakan jati diri sebagai seorang gadis kelahiran Sabah.
Sebagai contoh, Liane yang kini sudahpun bekerja masih melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti menguruskan kelas belajar Bahasa Murut bersama komuniti setempat. Ia bertujuan untuk menarik minat remaja lain yang ingin mempelajari bahasa Sabah.
“Saya merupakan salah seorang pejuang bangsa Murut di Sabah. Jika ditanya adakah saya berbangga untuk menjadi bangsa Murut atau tidak, saya sebenarnya amat berbangga dengan asal-usul saya.
“Saya tidak kisah andai kata kalau naik kapal terbang perlu bawa ini berat-berat (busana tradisional untuk Istiadat Konvokesyen). Yang penting, saya hendak tunjuk kepada orang luar bahawa saya berasal dari bangsa Murut,” ulasnya lagi.
Tahniah Liane!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kali terakhir Malaysia mengirimkan wakilnya ke pentas Miss Supranational adalah pada tahun 2018. Ketika itu negara diwakili oleh gadis berdarah India, Sanjna Suri yang berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok 25 terbaik daripada 72 peserta keseluruhan yang menyertai pertandingan itu.
Kini untuk tahun 2022, akhirnya takhta yang dipegang oleh Sanjna Suri selama empat tahun berpindah tangan kepada gadis cantik dan manis, Melisha Lin. Dia bakal mewakili Malaysia ke Poland untuk merebut mahkota pertandingan berprestij ini.
Bukanlah asing dalam dunia ratu cantik tempatan, Melisha dipilih dari kalangan mereka yang menghantar pernyertaan dan disenarai pendek sebagai finalis top 2 bersama seorang lagi peserta, Vinthiya Vasu. Mahkota Miss Supranational Malaysia 2022 menjadi miliknya, apabila dia memperoleh keputusan undian paling tinggi.
Kemenangan gadis dengan ketinggian 177cm ini diumumkan pada 14 Mei 2022 oleh Dr. Sean Wong yang merupakan pemegang francais pertandingan itu bagi Malaysia menerusi siaran langsung Facebook syarikatnya hyperlive.tv.
Menurut Dr Sean Wong lagi, organisasinya telah memilih dua peserta terbaik dan memberikan rakyat Malaysia kesempatan untuk mengundi siapakah peserta yang paling mereka mahukan sebagai Miss Supranational Malaysia yang baharu.
Walaupun kemenangan Melisha Lin diumumkan secara dalam talian, satu majlis eksklusif akan diadakan pada bulan Jun akan datang untuk memahkotakannya. Dalam hantaran yang dimuat naik oleh Dr Sean Wong di laman Instagramnya, majlis tersebut akan diadakan di butik perhiasan kemas, Ceres Jewels Kuala Lumpur.
Berusia 24 tahun, Melisha merupakan graduan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran daripada University of Greenwich. Sebelum ini dia pernah menyertai pertandingan Suprastarsearch 2021 dan bergelar finalis.
Pencapaian terbaik Malaysia dalam pertandingan Miss Supranational adalah pada tahun 2015 menerusi perwakilan Tanisha Demour Kaur, ketika itu dia berjaya menjadi peserta 10 terbaik. Adakah Melisha akan mengulangi sejarah ini? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kitak rasa manas sik rah sekelilin bandar Miri?Haa, panas bukan sebarang panas tetapi panas disebabkan kehangatan muzik yang bakal melanda Miri tidak lama lagi!Kota...