“Still Tak Nak Stop Pelancong China Masuk Malaysia?” Gadis Ini Kongsi Pengalaman “Ngeri” 1 Flight Dengan Warga Wuhan

Share

Cepat sungguh wabak Corona ini merebak ke seluruh negara!

Disebabkan penularan wabak coronavirus ataupun dikenali sebagai 2019-nCoV, rakyat Malaysia rata-ratanya sangat berharap agar pelancong dari negara China dihalang untuk terus memasuki negara ini.

Bertambah membimbangkan, Malaysia turut tidak terkecuali dan dilaporkan terdapat beberapa orang mangsa yang disahkan positif wabak coronavirus ini.

Beberapa buah negara juga dilaporkan, telah mengambil langkah berjaga-jaga, dengan menghantar pulang pelancong-pelangcong dari negara China ke tempat asal mereka. Dapat dilihat kesan 2019-nCoV ini adalah sangat serius dan sukar untuk dikawal.

Sebentar tadi seorang pengguna laman sesawang twitter dengan nama Ika mustafa @ikaMstafa telah berkongsi pengalaman ngerinya menaiki satu flight dengan warga Wuhan.

Menurut gadis malang ini, beliau menaiki penerbangan semalam dari Haikuo,China balik ke Malaysia. Dan dalam penerbangan tersebut turut ada panumpang batuk dan selsema teruk. Yang mengejutkan pelancong tersebut dari Wuhan, tempat punca wabak Corona yang membimbangkan satu dunia ini.

Suspek Virus Corona

Hari ini apabila saya bangun terus demam panas, muntah-muntah, batuk dan suara tak ada.

Tanpa membuang masa beliau terus pergi ke klinik terus kena refer Hospital Sungai Buloh, terus ke tempat isolation

Terus Dikuarantin

Check bp 149/90, terus kena bawa pergi wad isolation. Dan tak boleh ada contact dah dengan orang luar. Namun, 

esok malam baru tahu result bahawa positif atau negatif Corona virus ini.

Apapun penulis doakan agar gadis ini terhindar dari wabak berbahaya ini. Dan nasihat penulis, tak payah la korang nak travel-travel masa ni. Takut la ramai dah mati angkara wabak ni.

 

Published by
Nana