“Still Want To Blame Rape Victim?” Yuna Tampil Dengan Pendirian Ini

Share

Nama Fyn Jamal kembali menjadi bulan ramai, apabila lantang bersuara memberikan pendapat peribadinya di laman sosial berkaitan kes rogol. Penyanyi itu membangkitkan isu jenayah rogol dan beberapa status nya di laman sosial hingga mencetuskan kemarahan netizen yang mendakwa ia agak mengelirukan.

Semuanya gara-gara luahan dan pandangan Fynn Jamal berhubung isu rogol.

Menerusi tinjauan di Twitter, hampir sebahagian netizen tidak berpuas hati dengan pendapat yang dilontarkan.

Ini antara pendapat yang ditulis Fynn Jamal di Instagram Story.

Netizen meminta pandangan Fynn Jamal mengenai isu rogol dalam sering terjadi dalam kalangan remaja terutamanya wanita yang menjadi mangsa. Fynn Jamal bagaimanapun menerusi IG Stories respon kepada soalan tersebut.

Pada pandangannya, tindakan wanita yang memuat naik gambar cantik dan comel di media sosial boleh mengundang kepada nafsu lelaki.

“Saya tidak salahkan mangsa, saya salahkan punca yang jadinya rogol itu.

“Jika anda jadi punca rogol itu berlaku, maka itu anda lah. If tiada, maka bukan berpunca dari anda.

“Sebab perempuan pakai tudung tapi bergambar macam kucing musim mengawan. Jadi orang lain pakai tudung yang kena,” katanya.

Namun, menariknya penyanyi bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai atau lebih mesra disapa Yuna turut memberikan respon berkaitan isu ini. Yuna Zarai juga menzahirkan pendiriannya di laman Twitter miliknya selepas isu ini semakin hangat diperkatakan oleh netizen.

Tambah Yuna, kes rogol di Malaysia pada tahun 2005 hingga 2014 mencatatkan sebanyak 28,741 tapi hanya 4514 kes didakwa. Lagi menyedihkan cuma 2.7% iaitu 765 kes sahaja yang didapati bersalah. Yang lainnya bebas begitu sahaja.

Mangsa rogol sudah tentu akan berdepan dengan trauma dan stigma masyarakat terhadap kehidupan mereka. Yuna turut mendoakan supaya mangsa rogol diberikan kekuatan untuk harungi kehidupan.

Yuna turut menegaskan sekiranya sebahagian masyarakat menunding jari kepada golongan wanita yang didakwa menjadi punca kes ini, mereka perlu meneliti kes rogol yang melibatkan kanak-kanak terlebih dahulu. Yuna juga menegaskan untuk tidak salahkan mangsa rogol sewenang-wenangnya.

So apa pendapat korang tantang perkara ini?

Published by
Ruziana Zainal