Stok Darah A Sangat Kritikal, KKM Seru Masyarakat Tampil Menderma

Share

Tahukah anda menderma darah dapat menyelamatkan mereka yang memerlukan.

Sebelum ini, terdapat beberapa hospital yang menjelaskan bahawa bekalan darah berkurangan dengan ketara . Terdapat banyak kegunaan darah antaranya menyelamatkan nyawa semasa pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, pesakit jantung, penyakit hati, hemophilia dan lain-lain.

Dengan menderma darah, mungkin kita  mampu menyelamatkan nyawa seseorang kerana hospital sentiasa kekurangan darah dan disebabkan itulah pentingnya buat kita semua, sekiranya layak dan dibenarkan untuk menderma darah, patut menderma darah setiap 3 bulan. Jadi, untuk korang yang masih sihat dan layak untuk menderma, tidak salah sekiranya kita bantu orang yang memerlukan.

Terbaru, KKM menyeru orang ramai untuk tampil menderma darah. Terbaru, Pusat Darah Negara memaklumkan platelet darah jenis A diperlukan.

Sumber : Facebok KKM

Status stok bekalan platelet A di Pusat Darah Negara semain berkurangan. Dengan jangka hayat hanya selama 5 hari, komponen platelet memerlukan pendermaan yang berterusan supaya status bekalan kumpulan darah ini sentiasa optimum.

Komponen platelet amat penting dalam perawatan pesakit seperti wanita bersalin yang kehilangan darah, mangsa kemalangan jalan raya dan juga kes-kes pembedahan.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus menderma darah di Pusat Pendermaan Darah Statik PDN atau lokasi yang berhampiran.

Untuk info PENDERMA DARAH dapat mengurangkan kalori di dalam badan.

Seriuslah?

Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 kalori dalam badan seseorang dalam satu sesi; membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti.

Namun begitu, menderma darah ada hadnya di mana penderma hanya boleh menderma sekali dalam tiga bulan, bergantung kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi penderma.

Malah, kos rawatan percuma juga akan diberi kepada penderma darah tegar mengikut kepada berapa kali pendermaan dilakukan. Biasanya bagi yang pertama kali, kos rawatan ini akan tamat tempoh 4 bulan dari kali terakhir menderma. Tapi kalau sudah menderma 50 kali ke atas, percuma bagi tempoh 10 tahun di kelas pertama dan percuma seumur hidup di kelas dua dari tarikh akhir menderma.

Sumber : Facebook KKM

Published by
Nana