
Tahukah korang bahawa satu pain darah yang mengandungi kira-kira 450 ml darah boleh menyelamatkan tiga nyawa? Mungkin ramai yang tidak tahu tentang fakta ini dan kerana itu juga pentingnya aktiviti menderma darah bagi mendapatkan bekalan secukupnya.
Menurut Pusat Darah Negara, permintaan darah untuk pesakit adalah berterusan dan bulan Ramadan juga hampir tiba. Stok kumpulan darah O sudah diparas RENDAH. Penderma darah diminta untuk hadir menderma darah dengan KADAR SEGERA.

Setiap hari, ada pesakit yang memerlukan transfusi darah. Pesakit talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan, bayi pra-matang yang menghidap anemia, pesakit yang menjalankan pembedahan major, pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, ibu bersalin yang mengalami pendarahan semasa bersalin dan mangsa kemalangan adalah antara pesakit yang memerlukan bantuan transfusi darah.

Jadi pada mereka yang berkelayakan untuk menderma darah, jangan lupa kepada pesakit-pesakit ini, jalankan tanggungjawab sosial korang hari ini. Layari www.pdn.gov.my untuk maklumat lanjut berkaitan dengan lokasi pendermaan darah yang berhampiran.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
https://www.youtube.com/watch?v=9DQhaU6VfAM
Menteri Besar Negeri Sembilan Pun Pandu Lalu Di A&W Seremban

Jika di Lembah Klang, penduduknya sudah terbiasa dengan operasi pandu lalu di restroan A&W bagi layanan yang lebih mudah, pantas dan on-the-go.
Tapi buat penduduk di negeri lain, kemudahan itu kadangkala tidak ada di kawasan mereka dan segala tempahan makanan terpaksa dilakukan di kaunter. Semua itu ingin diubah secara perlahan-lahan oleh francais restoran A&W.
Baru-baru ini, ia telah meraikan pembukaan Pandu Lalu A&W di cawangan Seremban yang diberikan nafas baharu demi keselesaan penduduk Seremban.
Pembukaan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun itu dirai secara meriah memandangkan cawangan itu telahpun wujud di sana sejak tahun 1978 lagi. Dengan pembaharuan dan penggunaan konsep retro ini, ia membuatkan pengunjung lebih berselera ketika berada di sana.
Cawangan yang berhadapan dengan Tasik Seremban ini juga dijangka akan menarik ramai remaja di kawasan itu untuk mengabadikan foto serta video di hadapannya. *Hhm lagu retro apa agakanya yang bersesuaian dengan content korang nanti ya?*
Tambah menarik adalah apabila A&W Seremban juga mengumumkan bahawa mereka kini menawarkan jenama kopi terkenal, Jamaica Blue di cawangan tersebut. Sekaligus, ia menjadi cawangan pertama A&W tempatan yang digabungkan dengan jenama Jamaica Blue.

Pengunjung Pandu Lalu di sini akan ditawarkan pelbagai seleksi Kopi Jamaica Blue oleh pasukan barista A&W. Kata Menteri Besarnya, pengenalan konsep baharu ini pastinya akan menambah daya tarik Seremban sebagai bandaraya peneraju di Malaysia yang menjadi pilihan pelbagai lagi syarikat untuk mencetuskan idea baharu pada masa akan datang.
“Seremban sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanannya.
“Saya tahu ramai yang sanggup balik hari untuk datang ke sini dari seluruh pelusuk negeri hanya untuk menikmati keenakan makanan di sini. Kini A&W menambah lagi kepada kepelbagaian makanan yang ditawarkan dengan menu lagenda mereka.
“Saya ingin menyeru organisasi dan perniagaan-perniagaan lain di Seremban dan Negeri Sembilan – terutama premis makanan dan minuman untuk menggunakan strategi keusahawanan yang inovatif dan kreatif bagi menjadikan bandar dan daerah ini sebagai syurga makanan yang terkenal,” katanya sewaktu pelancaran tersebut.
Pembukaan Pandu-Lalu A&W Seremban yang dihidupkan semula ini hanyalah permulaan sebelum francais itu memperkenalkan lebih banyak idea baharu di cawangan lain. Dengar cerita, A&W mensasarkan pembukaan lebih 150 cawangan di seluruh Malaysia menjelang 2025!
Tahniah A&W dan all the best dengan misinya itu.
Foto : Ihsan A&W Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru Jadi Siswazah, Pewaris Takhta Belanda Diminta Pulang. Bimbang Isu Keselamatan

Jika sebelum ini, Puteri Belanda iaitu Puteri Catharina-Amalia merupakan kerabat diraja pertama yang menolak elaun perbelanjaan kerana dia merasakan dia masih belum memiliki tugas rasmi yang membolehkan dia layak menerima wang tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN : Ditabal Sebagai Bakal Ratu Belanda Pada Usia 10 Tahun, Catharina-Amalia Tolak Elaun Bernilai RM8 Juta Demi Bantu Rakyat

Terkini, pewaris takhta Belanda yang baru memulakan pengajian pada peringkat siswazah di Universiti Amsterdam diminta pulang. Hal ini disebabkan isu keselamatan Puteri Amalia kerana takut diculik oleh mafia.
Polis Belanda meminta Puteri Amalia meninggalkan pengajiannya di Amsterdam dan kembali ke istana Huis Ten Bosch. Baru beberapa minggu berada di ibu kota, dia dikhuatiri berada dalam bahaya. Dilaporkan oleh De Telegraaf, berita tersebar bahawa kumpulan mafia sedang merancang senario untuk penculikan diraja berusia 18 tahun itu.

Berita itu tersebar ketika Raja Willem-Alexander dan Ratu Maxima dari Belanda berada di London untuk pengebumian Ratu Elizabeth II. Ketika itu, keselamatan bakal ratu Belanda dikatakan terancam kerana sekumpulan mafia dari Maghribi sedang mengejarnya. Kumpulan itu sendiri dikatakan terlibat dalam pengedaran dadah di Eropah.
Namun, sehingga kini masih belum diketahui sama ada Puteri Amalia akan melanjutkan pelajaran dalam jurusan di Fakulti Politik, Psikologi, Undang-undang dan Ekonomi Universiti Amsterdam. Mengikut laporan juga berkemungkinan puteri akan belajar dari rumah dan meninggalkan kehidupan sebagai siswazah seperti pelajar universiti yang lain.

Bakal Ratu ini sememangnya terkenal dengan latar belakangnya yang ‘berjiwa rakyat’. Sejak kecil, puteri hidup seperti kebanyakan kanak-kanak serta berhasrat untuk memasuki universiti seperti remaja lain.
Begitulah kehidupan sebagai pewaris takhta, walau nampak selalu indah dan sempurna tapi bahaya juga ye.
BACA : Puteri Mako, Puteri Diraja Jepun Yang Akan Dilucutkan Hak Sebagai Kerabat Kerana Sebuah Perkahwinan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baca Surah An-Nur Ayat 33-34 Untuk Elak Diri Dari Perbuatan Zina

Perbuatan zina pada hari ini sudah dianggap perkara yang biasa dan sifat malu untuk menghindarinya adalah terlalu nipis. Perbuatan berdosa besar ini tidak mengira peringkat usia seperti remaja, dewasa, orang tua, gambaran ini menunjukkan saat hampirnya berlaku kiamat adalah semakin dekat dan kedudukan manusia semakin lalai daripada mengingati Allah SWT.
Zina adalah salah satu dosa besar, setelah syirik dan membunuh. Hal ini diterangkan dalam surat Al Furqon ayat 68 yang artinya,
“Dan orang-orang yang tidak menyembah Rabb yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya Dia mendapat (pembalasan) dosa(nya),”
REMAJA sebelum ini pernah menemuramah Penolong Pendaftar Nikah, Rujuk dan Cerai Jabatan Agama Islam Wilayah, Ustaz Khuzaimi Ibrahim yang bertugas di Masjid Sungai Penchala mengenai ayat al-Quran yang mampu menjadi pelindung diri seorang wanita selain boleh diamalkan oleh ibu bapa kepada anak perempuan mereka daripada terjerumus ke lembah zina.
Menurut Ustaz Khuzaimi, antara pelindung yang boleh dibacakan ialah Surah An Nur ayat 33-34.

“Apa yang perlu dibuat ialah bacalah SURAH AL FATIHAH, DIIIKUTI SURAH AN-NUR AYAT 33-34.

Antara yang boleh gadis amalkan dan mengelak terjebak zina, bacalah surah An Nur ayat 33-34.
“Apa yang perlu kita buat ialah bacalah SURAH AL FATIHAH, DIIIKUTI SURAH AN-NUR AYAT 33-34″
“Ayat 33 surah An Nur menyebut “ Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian); dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu.
Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah – sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka – Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Manakala ayat 34 pula menyebut “Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Remaja dan anak gadis boleh la amalkan surah ini dan ibu bapa juga boleh amalkan surah ini kepada anak-anak. Insya Allah ia akan menjauhkan anak-anak perempuan ke perbuatan zina.
Ternyata al-Quran adalah panduan lengkap kita dan hanya perlu amalkan dengan sebaik mungkin. Insya Allah.
Sumber Asal : Almaswa