
Besok dah nak masuk Ramadan. Semua dah shopping kurma dan susu ke??? Jangan lupa amalkan ini ye masa sahur. Sudah pastinya dengan mengamalkan makanan sunnah Rasulullah ini, kita dapat mengekalkan tenaga berpuasa walaupun kali ini suasananya agak berbeza. Memang tahan lapar bila makan kurma tau!
Sekarang ni dah bermacam-macam produk susu komersial di pasaran,sebut je nak jenama apa. Tapi lebih enak dan sedap lagi kalau kita buat sendiri. Paling penting stok pati kurma ni boleh bertahan lama.
CARA BUAT STOCK PATI KURMA
Stock pati kurma untuk sahur. Campur dengan susu & ready untuk minum. Minum ni je pon dah cukup untuk bertahan sampai berbuka. Dalam masa sama boleh kurus. Selamat berpuasa semua.
1) Buang biji & basuh kurma
2) Stim 20min
3) Blend sampai hancur
4) Simpan dlm bekas & boleh letak dlm fridge
5) Campurkan 2 sudu pati kurma & susu (any susu yang sedap di tekak masing-masing). Ready untuk minum. Boleh jugak campur madu, badam, kismis etc.
Mudah betul cara nak buat stok pati kurma ni. Selamat mencuba dan selamat berpuasa!
Sumber: Nadiah Latfi
Lelaki Ini Kongsi Bahaya Ambil Makanan ‘Ekstra Pedas’ & Tak Jaga Waktu Makan

Isi Kandungan
Toggle
Trend makanan ekstra pedas kini semakin popular. Bukan makanan Korea sahaja yang mempunyai perisa pedas terlampau seperti ramen, malah makanan fast food juga galak memperkenalkan menu ekstra pedas.
Penulis tahu ramai yang menggemarinya. Tetapi tahukah korang apa yang bakal terjadi kepada perut sekiranya ia tidak dikawal?
Jangan cakap kami tak warning. Ikuti perkongsian saudara Naufal di akaun Twitter-nya mengenai implikasi makanan ekstra pedas yang selalu diambilnya.
*
01
Ramai yang memahami konsep pedih ulu hati dan ramai juga yang memandang remeh terhadapnya. “Alah, sekejap je ni. Lepas beberapa jam, redalah sakit itu.”
Namun Naufal menahan rasa sakit itu lebih dari dua minggu. Apabila berjumpa dengan doktor, mereka hanya berpendapat ia adalah sakit gastrik biasa.

02
Naufal kemudian pergi ke pusat perubatan KPJ untuk menjalankan prosedur Endoscopy (masukkan kamera ke dalam perut mengikut mulut). Walaupun ia dijadualkan dalam tempoh beberapa hari, Naufal memintanya untuk dipercepatkan kerana tidak tahan lagi.
Setelah berpuasa selama 15 jam, dia memasuki bilik rawatan. Naufal diberikan ubat bius dalam tekak dan ubat penenang.
Prosedur yang dilakukan juga baginya mudah dan sekejap saja.


03
Pelaburan RM3,500 untuk rawatan ini (kerana Naufal tidak mempunyai insuran) memberikan hasil apabila doktor mengesahkan ususnya radang dan injap ususnya sedikit longgar. Oleh sebab itu, kandungan asid di dalam perut naik semula dan itulah punca rasa pedih ulu hati.

04
Puncanya adalah disebabkan Naufal gemar mengambil makanan terlebih pedas. Kemudian dia akan mengambilnya sehingga terlebih kenyang. Naufal juga tidak mengikut jadual makan yang sepatutnya seperti sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Main bedal je, dalam bahasa mudah.
Bukan itu saja, dia juga gemar untuk terus baring selepas makan.

05
Atas nasihat doktor, Naufal perlu elakkan makanan pedas, bercuka, air gas dan makanan ringkan. Dia juga perlu mengurangkan jumlah makanan, sebaliknya amalkan pemakanan kerap.

06
Naufal juga berkongsi bahawa dia pergi mencari cara rawatan alternatif selepas itu seperti perubatan tradisional, terapi dan melakukan bekam.
*
Menerusi perkongsian ini juga, beberapa warga Twitter berkongsi pengalaman mereka yang pernah merasai rasa sakit mirip yang dirasai oleh Naufal.
Walaupun ia adalah simptom gastrik dan apendiks, namun rasa sakit yang dirasai mirip Naufal.
There you go guys. Bukanlah kami ingin melarang sesiapa daripada mengambil makanan ekstra pedas, ever. Namun, pandai-pandailah tentukan kuantitinya. Jangan disebabkan beberapa suapan yang sedap, korang terlantar di wad hospital sudahlah.
Sumber: TWITTER @naufalantezemm
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK
Jennie & Jackson Wang Terajui Senarai Artis Korea Di Met Gala 2023, Tapi Mana Jimin BTS?

Minggu pertama dalam bulan Mei kembali lagi bagi tahun ini and that can only mean one thing and one thing ONLY..
Acara MET GALA!
Perhimpunan fesyenista yang terdiri daripada warga majalah Vogue Amerika Syarikat, selebriti paling berstail dan berpengaruh serta pereka-pereka fesyen terkemuka ini amatlah dinanti-nantikan pada setiap tahun. Ia berikutan tema fesyen berbeza yang memberikan cabaran menarik untuk pereka fesyen menampilkan busana-busana menarik rekaan mereka dan tahun ini juga tidak jauh bezanya.
Tema pada acara 2023 adalah ‘Karl Lagerfeld: A Line of Beauty” yang mendedikasikan penghormatan kepada mendiang Karl Lagerfeld yang merupakan bekas pengarah kreatif jenama Chanel, Fendi, Karl Lagerfeld dan seorang ikon fesyen secara amnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ikon Fesyen Karl Lagerfeld Meninggal Pada Usia 85, Dunia Beri Penghormatan – REMAJA

Menariknya bagi edisi kali ini, semakin ramai barisan selebriti dari Korea Selatan yang menerima jemputan. Jika pada tahun 2021, Rose Blackpink dan CL telah menerima penghormatan untuk berjalan di karpet merah Muzium Metropolitan New York itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Asia : Rosé & CL Catat Sejarah Hadir Ke MET Gala 2021 – REMAJA
Tahun ini, tiba giliran beberapa lagi nama-nama besar dunia hiburan K-pop. Menerajui barisan selebriti berkenaan ialah ahli kumpulan Blackpink, Kim Jennie.
Kemunculan pempengaruh rasmi jenama Chanel ini telahpun dijangkakan sejak tema pameran pada tahun ini diumumkan beberapa bulan lalu. Ini kerana Jennie ialah segelintir daripada pempengaruh generasi terakhir yang sempat bekerjasama dengan Karl Lagerfeld sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

Jennie menyarungkan gaun pendek vintaj yang dipilih daripada koleksi arkib tahun 1990 dan dirinya kelihatan cukup chic dengan dandanan rambut retro ke belakang dan tata rias minimal persis gadis Perancis.
Turut berjalan di karpet merah MET Gala pada tahun ini ialah Jackson Wang daripada kumpulan Got7 dalam persalinan serba hitam lengkap dengan kaca mata serta sarung tangan kulit hitam.

Selain mereka berdua, pelakon Song Hye Kyo yang baharu memperolehi anugerah Pelakon Wanita Terbaik bagi peranan beliau dalam drama The Glory juga telah menerima jemputan.
Namun, beliau memilih untuk menggayakan set blaus dan skirt labuh rona ‘blush’ jenama Fendi dan ia telah ditata gayakan oleh Kim Jones.

ARTIKEL BERKAITAN: Single? Tak Ada Masalah! Song Hye-kyo Kini Pelakon Wanita Dengan Bayaran Paling Lumayan – REMAJA
Antara tiga paduan gaya ini, mana satu yang paling korang rasa memberikan impak menakjubkan di acara MET Gala 2023?
Kena scammed ke ARMY?
Cuma yang tak enaknya adalah mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa ahli BTS, Jimin juga bakal menghadirkan diri pada hari ini.
Tunggu punya tunggu, tidak muncul jua empunya badannya!
Rata-rata ARMY tidak berpuas hati terhadap mereka yang memulakan khabar angin tersebut dan memberikan harapan palsu. Hehe..
jimin waking up to news that hes at the met gala pic.twitter.com/1aXA3Le8qH
— seeing yoongi (@kkugimin) May 1, 2023
Armys waiting for Jimin’s arrival at the #MetGala pic.twitter.com/6Y6zMVTCpH
— K⁷ (@tksovers) May 1, 2023
WOW OMG JIMIN AT THE #MetGala
MET GALA JIMIN
JIMIN AT THE MET GALA #JIMIN #JiminNo1Hot100 #Jimin_FACE #JiminXTiffanyAndCo #JIMINATMETGALA #MetGala #MetGala2023 #JiminxTiffanyLandmark #BTSJIMIN #metgala #Jimin_LikeCrazy pic.twitter.com/NRrgypvKwp— Ayat🎓JK⁹⁷ D_DAY 🥢❤️🔥 (@7btskook) May 1, 2023
Sabarlah ya ARMY, tunggu sahajalah tahun hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Bersihkan Mekap Dengan Betul!” Sarah Suhairi Serik Kena Jangkitan Mata

Tahun baru 2021 mungkin bukanlah tarikh yang ingin diingati oleh penyanyi Entah Apa, Sarah Suhairi.
Ini berikutan jangkitan kuman pada mata sebelah kanan yang terpaksa dihadapi Sarah sehingga memaksanya mendapatkan rawatan pakar.
Akui Sarah, jangkitan tersebut besar kemungkinan berpunca daripada sisa solekan. Ini selepas doktor mendapati kelopak mata kanannya mempunyai kelenjar berminyak tersumbat. Akibatnya, nanah yang berada di dalam kelopak mata itu perlu dibuang.

Selepas seminggu setengah berehat, keadaan mata Sarah kini dikatakan sudah baik sepenuhnya.
Katanya kepada rakan media di Harian Metro, kejadian ini mengajarnya agar lebih berhati-hati apabila mengenakan solekan pada masa akan datang dan tentunya tidak sesekali malas membersihkan solekan.
“Alhamdulillah, mata saya yang mengalami jangkitan kuman dan bernanah sudah okay. Untuk sesiapa yang suka bersolek, bersihkan semua bahagian di muka dengan betul.
“Selain bersolek, punca jangkitan kuman juga boleh didapati dari persekitaran. Jadi sesiapa yang aktif dalam apa saja sukan, pastikan muka dicuci sebersihnya,” pesan Sarah.

Untuk pengetahuan, sekiranya korang tidak membersihkan wajah daripada segala solekan pada wajah, liang pori boleh tersumbat dan menjadi punca kepada wajah berjerawat.
Sisa solekan juga memerangkap partikel kotor ke dalam kulit dan mengakibatkan keradangan dan kemerahan pada wajah. Sebab itulah apabila korang melihat wajah di cermin pada keesokan harinya, you are in for a shock!
ARTIKEL BERKAITAN : Makeup Remover Paling Best Untuk Korang Cuba
Menurut pakar yang pernah ditemuramah REMAJA sebelum ini, sekiranya benar seseorang itu letih dan ingin melelapkan mata, paling tidak pun dia perlu menanggalkan solekan pada bahagian mata dan sekitarnya.
Ini kerana bahagian kulit mata kita lebih nipis daripada kertas dan merupakan bahagian kulit ternipis pada wajah. Bersihkan pembayang mata, penggaris mata, maskara dan segala solekan sebelum terlelap.
Jika tidak, itulah punca kepada jangkitan seperti yang dihadapi oleh Sarah Suhairi.