Stokin RM 2.40 Dipakai PM Curi Perhatian Warganet

Share

Sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia yang ke-10, beliau terus menjadi perhatian warganet dalam mentadbir dan menguruskan negara dengan lebih baik.

Malah, apa sahaja yang digayakan oleh beliau dalam melakukan tugasan ‘hakiki’ sebagai PM turut menjadi bualan orang ramai di media sosial.

Terbaharu, stokin yang dipakai pengurusi Pakatan Harapan (PH) itu ketika menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mencuri perhatian warganet.

ARTIKEL BERKAITAN: Dresscode Anwar Ibrahim Jadi Tumpuan, Pemuda Twitter Kupas Penampilannya Tanpa Tali Leher

“Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan menerima patik mengadap pagi tadi.

“Semoga Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Daulat Tuanku,” coretnya di Instagram.

Beberapa foto stokin beliau mula menjadi bualan rata-rata warganet di platform Twitter kerana dipercayai dari jenama biasa yang dijual dengan harga RM2.40 sahaja.

Tinjauan REMAJA mendapati, rata-rata masyarakat Malaysia teruja kerana Ahli Parlimen Tambun itu tidak memilih untuk memakai pakaian berjenama mewah sahaja.

Malah, ada juga yang netizen yang mahu membeli stokin yang sama kerana mahu mengikut gaya Perdana Menteri.

Selain itu, rata-ratanya turut cuba untuk menahan diri mereka untuk mengagumi sikap merendah diri pemimpin tersebut untuk mengelakkan dilabel sebagai ‘pentaksub’.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO:  Instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim

Published by
Fath