Stor Merchandise YG Entertainment Ini Lokasi Wajib Baharu Jika Ke Seoul

Share

 

Agaknya, bilalah kita boleh berkunjung ke sini?

 

Tatkala kita semua masih tidak boleh ‘terbang’ ke luar negara disebabkan situasi pandemik negara yang masih membimbangkan, syarikat label hiburan popular dari Korea Selatan, YG Entertainment membuatkan kita semua merasa lebih ‘kepingin’ untuk mengunjungi negara tersebut.

Ini kerana YG baru saja membuka stor baharu yang dicipta khas buat para peminat dunia K-Pop.

Tidak kiralah jika korang merupakan peminat tegar grup Big Bang, Blackpink, Winner, iKON, Treasure, AKMU & SECHSKIES ataupun tidak, REMAJA jamin korang pasti ingin ke sini kerana – well because it is

YG!
Sumber Foto : Instagram @thesamee_official .

Stor baharu yang terletak di kejiranan Hapjeong dekat daerah Mapo, Seoul ini bernama the SameE dan ia sudah mula dibuka sejak 1 Jun 2021.

Hanya bertentangan dengan bangunan pejabat baharu YG Entertainment, the SameE menyediakan pelbagai jenis merchandise bertemakan grup K-pop di bawah kelolaan YG.

Sumber Foto : Instagram @thesamee_official .
Sumber Foto : Instagram @thesamee_official .
Sumber Foto : Instagram @thesamee_official .

Terpapar tagline di salah sebuah dinding stor berbunyi, “Fans are the artist’s alter ego”. Di sini, pengunjung digalakkan membeli barangan selebriti K-pop yang mereka gemari.

Tinjauan REMAJA terhadap akaun instagram @thesamee_official mendapati senarai merchandise yang dijual adalah cukup pelbagai.

Ini termasuklah album, majalah, poskad, pakaian, light stick dan macam-macam lagi. Malah pada minggu lalu, the sameE baru memuat naik foto karpet yang cukup comel!

Senang cerita, kalau korang berkunjung ke sini pada masa akan datang, pastikan korang sudah menyediakan bajet siap-siap. Jika tidak, meloponglah jawabnya. Hehe..

Selain daripada stor merchandise, the SameE juga mengoperasikan sebuah kafe, kawasan pameran dan majlis.

Sumber Foto : Instagram @thesamee_official .
Sumber Foto : Instagram @thesamee_official .

Apa pendapat korang, adakah the SameE bakal menjadi lokasi kunjungan wajib korang jika ke Seoul nanti?

Dalam pada itu, REMAJA pernah melaporkan mengenai tindakan peminat K-pop yang selalu menganggu ketenteraman pintu masuk di bangunan Big Hit Entertainment yang menempatkan BTS.

ARTIKEL BERKAITAN : Big Hit Entertainment Berharap Peminat BTS BERHENTI Datang Ke Pejabat Mereka – REMAJA

Published by
FZ