Setelah memilih untuk menarik diri daripada mewakili Malaysia sebagai pemain perseorangan lelaki badminton negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 beberapa minggu lalu, Lee Zii Jia turun ke Gimnasium Metropolitan Tokyo dengan bebanan pada bahunya.
Tentunya, harapan menggunung diletakkan ke atas bahu Zii Jia oleh peminat di Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia BWF yang sedang berlangsung di Jepun pada ketika ini.
Begitupun sebentar tadi, langkah pemain berusia 24 tahun itu terhenti setakat di pusingan ketiga sahaja selepas dia tewas kepada pemain bukan pilihan dari Chin, Zhao Jun Peng.
Sebagai pilihan kelima kejohanan, aksi Zii Jia pada malam ini seakan serba ttidak kena apabila akur melepaskan set pertama 21-19. Pada set kedua pula, Zii Jia bangkit dengan keputusan 21-11 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan. Zii Jia sekali lagi mensia-siakan beberapa peluang bernilai terutamanya semasa mendahului set 14-10 sebelum tewas 21-19 kepada lawan. Ia sekaligus bermaksud impian melihatnya beraksi di pusingan suku akhir tidak kesampaian.
Rata-rata peminat badminton negara merasa hampa dengan keputusan tersebut memandangkan segala masa dan komitmen Zii Jia selama beberapa minggu ini telah difokuskan kepada kejohanan dunia.
Menerusi ruangan komen di video saluran Astro Arena dekat YouTube, ramai menunding ke arah kesilapan ‘false error’ yang acapkali dilakukannya.
Ads
“Kekalahan yang peling sebab pemenang hanya disebabkan kurang unforced error sahaja.”
“Geramnya mistake mudah-mudah.”
“Kalau tengok boleh menang muda, tapi banyak buat silap.”
Malah, ada juga yang bertindak melontak kata-kata berbaur sinikal.
Ads
“Jika bermain hanya untuk diri sendiri, bukan untuk negara..”
“Konon tak nak masuk Sukan Komanwel sebab nak tumpu perhatian pada kejohanan dunia. Tapi hampa.”
Terdahulu semalam, Zii Jia sewaktu ditemui oleh pemberita Malaysia di sana berkata ketiadaannya dalam skuad badminton di Sukan Komanwel adalah demi betul-betul mempersiapkan diri bagi saingan di Jepun ini. “Semua tahu Malaysia belum pernah mempunyai juara dunia dan saya mahu jadi yang pertama memenanginya,” katanya.
Ads
Begitupun mungkin belum rezeki Malaysia dan Lee Zii Jia untuk membawa pulang gelaran juara dunia tersebut.
Apapun, REMAJA berharap agar peminat sukan badminton tempatan akan terus teguh berdiri di belakang Zii Jia dan ahli pasukan yang lain dengan sokongan tidak berbelah bahagi untuk kejohanan lain yang akan datang.
Jangan mudah putus asa Zii Jia untuk mengejar gelaran tersebut buat negara!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kedengaran mengejutkan tetapi inilah realiti yang berlaku di Maryland, Amerika Syarikat.
Pakar pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Maryland telah berjaya melakukan pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik kepada manusia minggu lalu.
Ini merupakan prosedur pertama seumpamanya. Pesakit yang menerima jantung haiwan berkenaan adalah penduduk Mayland yang berusia 57 tahun, David Bennet.
David Bennet (berbaju putih) bersama keluarganya.
Sebelum itu David telah disahkan menghidap penyakit jantung yang boleh membawa maut. Menurut pasukan perubatan yang memantau keadaan lelaki itu, David tiada pilihan lain melainkan menerima prosedur tersebut kerana tubuhnya tidak mampu menerima proses pemindahan jantung yang kebiasaan dilakukan.
“Ia sama ada mati atau melakukan pemindahan ini. Saya mahu hidup. Saya tahu keputusan ini merupakan satu keputusan yang tidak pasti, tetapi ini adalah pilihan terakhir saya. Saya tidak sabar untuk bangun dari katil selepas saya pulih,” ujar Bennett dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh Pusat Perubatan Universiti Maryland.
Jadi bagaimana prosedur ini dilakukan?
Menurut penyelidik, prosedur itu memerlukan 10 suntingan gen unik pada jantung babi bagi mengelakkan penolakan organ itu sebaik sahaja dipindahkan ke dalam tubuh manusia.
Suntingan ini termasuk memadamkan empat gen haiwan yang bertanggungjawab untuk penolakan pengantaraan antibodi terhadap organ babi oleh manusia dan kemudianya memasukkan enam gen manusia ke dalam jujukan genom untuk penerimaan imun.
Dr. Bartley P. Griffith bersama David Bennet.
“Ini adalah pembedahan penting dan membawa kita selangkah lebih dekat untuk menyelesaikan krisis kekurangan organ. Jumlah penderma jantung tidak mencukupi untuk memenuhi senarai panjang mereka yang berada dalam senarai penerima berpotensi,” ujar Dr Bartley P. Griffith, yang memindahkan jantung babi ke dalam pesakit melalui pembedahan.
Seorang lagi doktor pakar yang terlibat yang merupakaan salah seorang pakar terkemuka dunia dalam pemindahan organ haiwan, iaitu Dr.Muhammad M Mohiuddin mengucap rasa gembira dan syukur atas kejayaan tersebut. Katanya, “Prosedur ini merupakan prosedur yang berjaya memberikan maklumat berharga untuk membantu komuniti perubatan memperbaiki kaedah yang berpotensi menyelamatkan nyawa bagi pesakit pada masa hadapan.”
Dr.Muhammad M Mohiuddin (kanan bertopi rona gelap) ketika dalam bilik pembedahan.
Kejayaan pasukan Pusat Perubatan Universiti Maryland ini menjadi satu cara baru untuk membantu penderita penyakit jantung di seluruh dunia.
Untuk rekod, pembedahan ini turut diluluskan secara kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sangat perlu dilaksanakan dikala kes baru Covid-19 yang kian meningkat hari demi hari. Namun, bukan semua bernasib baik dapat berkerja dari rumah malah ada juga yang terpaksa berhenti berniaga di kala PKP disebabkan kebanyakan sektor ekonomi ditutup.
Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan perutusan khas mengenai bantuan-bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Ini antara perutusan yang disampaikan:
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 akan menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tambahan sebanyak RM500 lagi.
Selain itu, isi rumah yang berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 pula akan menerima kadar RM300, manakala bagi golongan bujang pula, sebanyak RM100 akan diberikan.
Bantuan yang menelan kos sebanyak RM2.1 bilion ini akan dimasukkan ke akaun penerima pada akhir Jun nanti.
Moratorium secara automatik
Golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, anda diberikan pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama enam bulan.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, inisiatif ini akan dilaksanakan segera bermula bulan Jun yang akan memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga 30 bilion ini.
“Industri perbankan akan mula memberikan maklumat terperinci berkaitan dengan ini bermula esok,” katanya menerusi perutusan khas mengenai Bantuan PKP 3.0.
Alhamdulillah, ada juga bantuan daripada kerajaan di waktu PKP 3.0 ni.
Sumber: RTM
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Persengketaan antara tentera Iran dan Amerika Syarikat (AS) membuatkan Malaysia Airlines mengelak daripada menggunakan laluan udara Iraq bagi penerbangan dua hala untuk destinasi London, Jeddah dan Madinah.
Hal ini terjadi susulan Iran melancarkan tembakan roket ke atas dua pangkalan tentera rentetan insiden pembunuhan Panglima Tentera Iran, Qasem Soleimani dalam serangan tengah malam di Iraq yang diluluskan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
.
Menurut Berita Harian, Malaysia Airlines sedang aktif menjalankan pengawasan menerusi sistem pengawasan penerbangan dan dibantu pelbagai laporan pentaksiran termasuk keselamatan global.
Semua pesawat turut dilengkapi Komunikasi Satelit (SATCOM) bagi berkomunikasi secara terus bagi sebarang maklumat kritikal dan tindakan, termasuk mengatur semua laluan.
Kalau korang yang mungkin tak tahu, Soleimani mengetuai sayap luar negara Pengawal Revolusi dianggap sebagai tokoh kedua paling berpengaruh selepas Khamenei.
.
Disebabkan itu kumpulan pro-Iran meningkatkan ancaman ke atas aset AS dengan peluru berpandu dan memberi amaran kepada tentera Iraq, sebahagian daripada kemarahan berikutan pembunuhan Soleimani.
Rentetan itu, Trump memberi amaran AS menyasarkan 52 lokasi di Iran dan akan menyerang dengan amat pantas dan amat keras jika republik itu menyerang rakyat atau aset AS.
Ish, takut pula bila mendengar cerita serang menyerang ni. Sama-sama kita doakan agar semoga semuanya kembali baik seperti biasa dan tiada individu yang tidak bersalah terkorban dalam persengketaan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hey football lovers!Oh, kami tidak bermaksud all you boys yang gemarkan sukan bola sepak. Sebaliknya, kami tahu ramai peminat bola sepak yang terdiri daripada...