Stres Bila Bintik Kecil Tumbuh Dalam Mulut, Doktor Ini Kongsi 11 Punca Ulser

Share

Ulser mulut merupakan salah satu penyakit yang ‘boleh bawa gaduh’ sebab kalau sebiji sahaja pun tumbuh, dia punya sakit jangan cerita!

Waktu itulah korang tak boleh nak cakap, makan dan gelak sekali pun. Confirm pernah rasa kan?

Selama ini mungkin korang hanya tahu ulser mulut adalah bintik-bintik kecil berwarna putih yang tumbuh dalam mulut dan sangat menyakitkan. Tapi, adakah korang tahu punca dan sebab kenapa ia boleh berlaku?

Satu perkongsian telah dibuat oleh Dr Rahim di laman Facebook, tentang serba sedikit info yang mungkin boleh beri manfaat kepada kita semua.

Menurutnya, ulser dalam rongga mulut kerap berlaku pada usia 10 tahun ke aras dan berbentuk tompokan bulat kecil kira-kira 2 hingga 5mm berwarna putih atau kuning pucat seperti nanah. Ia boleh tumbuh berulang kali sama ada sebiji, dua atau lebih.

Foto: Sinar Harian

Kesakitan ini boleh berkurangan selepas tiga atau empat hari tapi mengambil masa 7 hingga 14 hari untuk sembuh dengan sendiri. Ia tidak meninggalkan parut, tidak berjangkit. Sekejap ada, sekejap tak ada. Macam chipsmore. Hiks!

Jadi nak tahu apa puncanya? Nah, cuba korang check simptom-simptom yang mungkin pernah korang alaminya sendiri.

1. Kecederaan/tergigit

2. Kurang zat besi, asid folik dan vitamin B12

3. Alahan

4. Jangkitan kulat, virus atau bakteria

5. Kesan sampingan radioterapi & kimoterapi

6. Kecederaan akibat berus gigi atau gigi palsu

7. Perubahan tahap hormon sebelum haid atau menopause

8. Genetik keturunan

9. Stress

10. Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen, aspirin, Alendronate, Nikotik, Kokain dan lain-lain

11. Pesakit Crohn, siflis atau jangkitan HIV

Rawatan orang tua-tua

1. Rajin-rajin minum air masak

2. Letak garam dekat ulcer atau kumur dengan air garam. Sakit gila macam nak jerit. Tapi boleh sembuh dengan cepat

3. Kalau nak sedap sikit, letak garam pada jagung pasar malam tu, makan je. Berkesan tau!

4. Sapu majerin atau ubat gigi je

Foto: wikipedia

Kalau ikut nasihat dan pandangan doktor pula, jika tidak mahu melarat biasanya mereka akan berikan rawatan seperti berikut:

1. Elak makanan pedas/masin, minuman panas/buah-buahan berasid yang boleh menambahkan kesakitan

2. Guna berus gigi yang lembut

3. Guna gigi palsu yang sesuai. Rajin-rajin la cuci gigi palsu tu atau rendam dalam air suam

4. Rajin-rajin berkumur air garam yang cair (saline), listerine untuk cuci mulut. Ia dapat membantu mengurangkan kesakitan dan cepat sembuh

5. Lozenges steroid/defflam boleh kurangkan kesakitan dan bantu ulser untuk sembuh dengan cepat

6. Orabase membantu menutupi ulser dan kurangkan kesakitan

7. Choline Salisilat gel (Bonjela), Oral Aid.. Ada ejen kebas anesthetic lidocaine boleh digunakan

8. Makan pain killer.. Ponstan

9. Antiinflamatory Betamethasone Steroid

10. Makan antibiotik seperti doxycycline bila ada infeksi kuman

Satu lagi pesanan doktor yang korang kena selalu ingat, sentiasa jaga kebersihan mulut dan gigi. Berus gigi selalu. Kanser mulut kadang-kadang bermula dengan ulser mulut yang lambat sembuh.

Jadi, sekiranya berlaku lebih dari tiga minggu tanpa penyembuhan, berbeza saiz dan tumbuh mengganas, cepat-cepat jumpa doktor okay?

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman