Jerawat adalah penyakit kulit biasa yang terjadi kira-kira 85% dalam hidup seseorang.
Apabila ia kerap berada di muka dan sukar menemui cara mudah menghilangkan jerawat, ia boleh menyebabkan seseorang berasa kecewa dan kurang berkeyakinan untuk tampil di khalayak ramai.
Walaupun terdapat banyak ubat jerawat semula jadi di luar sana, namun hanya segelintir saja yang terbukti secara saintifik untuk membantu. Bagaimanapun, tahukah anda daun pudina dapat membantu juga merawat masalah jerawat?
Ya, selain mempunyai banyak kegunaannya selain terkenal dalam masakan dan minuman, daun pudina juga digunakan dalam dunia kecantikan sebagai satu bahan untuk mencantikkan kulit wajah, terutama dalam merawat masalah berkenaan.
Ads
Selain mudah didapati, daun pudina juga bagus digunakan sebagai bahan mujarab. Ini Remaja kongsikan caranya:
Ads
Mudah sahaja, hanya tumbuk daun pudina dengan lesung batu.
Setelah lumat, lumurkan bahan tersebut di wajah terutama di kawasan yang berjerawat.
Biarkan ia meresap selama 20 minit sebelum bilas muka anda dengan air sejuk.
Lakukan dua kali seminggu untuk kesan menakjubkan.
Dah siap! Senang kan? Selamat mencuba….
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun 2023 menyaksikan warna hitam menjadi pilihan tema paling popular untuk Hari Raya Aidilfitri di negara ini. Bukan hanya selebriti, sebahagian besar masyarakat juga memilih pakaian berwarna gelap pada hari pertama lebaran.
Menjelang tahun 2024, dijangka warna gelap akan kembali menjadi trend dan menyemarakkan lagi suasana sambutan Aidilfitri pada tahun hadapan.
Warna yang dijangka akan popular adalah jingga gelap dan merah bata.
Pereka fesyen dan pengasas bersama Thalia, Muhd. Firdaus Ahmad Kamal, menyatakan bahwa kedua-dua warna itu sudah diminati sejak awal tahun.
Namun, populariti warna tersebut semakin meningkat ketika pelakon Intan Najuwa memilih jingga gelap sebagai pakaian resepsi pada hari bahagianya pada 18 Ogos lalu.
Suri hati kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, terlihat anggun dengan sentuhan kurung songket berwarna itu.
“Majlis perkahwinan Intan Najuwa secara tidak langsung meningkatkan minat rakyat Malaysia terhadap warna ini. Jika 2023, hitam menjadi warna pilihan ramai, tetapi pada 2024, pola itu dijangka beralih kepada jingga gelap dan merah bata,” katanya.
Muhd. Firdaus Ahmad Kamal juga menyatakan bahawa warna jingga gelap tidak sesuai dipakai oleh lelaki Malaysia yang berkulit sawo matang, karena penggunaannya akan membuat mereka terlihat lebih gelap.
Rona itu lebih menonjol apabila dipakai oleh wanita dan lelaki berkulit cerah.
“Jujurnya, bukan semua jenis oren sesuai dengan kulit sawo matang orang Melayu dan rakyat Malaysia. Oleh itu, saya menasihatkan wanita untuk mempertimbangkan faktor kulit suami dan anak lelaki mereka sebelum memilih warna ini sebagai pakaian Aidilfitri 2024,” katanya.
Firdaus menyatakan bahawa rona merah bata lebih cocok untuk digayakan oleh kaum Adam berbanding jingga gelap.
Sejak dua tahun lalu, warna-warna pastel sudah kurang diminati oleh pengguna. Trend itu tidak lagi menjadi pilihan, sama ada untuk musim perayaan, majlis formal, atau pakaian sehari-hari.
Jadi apa pilihan korang untuk raya tahun hadapan? Team pastel or warna gelap & bold?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Utusan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua orang boleh memiliki impian, namun jika tidak berusaha, impian hanya akan tinggal impian. Apabila berjaya direalisasikannya pasti kepuasan yang dikecapi berlipat kali ganda. Inilah perumpamaan yang sesuai diungkapkan kepada juara terbaharu Miss Grand Krung Thep Mahanakhon atau Miss Grand Bangkok 2022 ini.
Berusia 27 tahun, Engfa Waraha telah berjaya mengalahkan 21 peserta yang lain untuk merebut gelaran berprestij itu. Seperti yang pageant lovers tahu, pertandingan Miss Grand antara pertandingan ratu cantik yang menjadi perhatian saban tahun biarpun ia merupakan satu platform yang baru sahaja ditubuhkan pada 2013.
Pada malam kemenangannya itu, wanita cantik ini telah mengayakan gaun labuh potongan duyung berleher toga dalam perincian kemilau yang memukau. Dapat dilihat ketika sesi soal jawab yang dia perlu lalui, Engfa begitu lancar dan bernas dalam memberi jawapan.
Sejurus kemenangannya, dia memuat naik naik gambar di Instagram dan memanjat rasa syukur dengan pemilihannya sebagai Miss Grand Bangkok yang baru. Ujarnya, “Terima kasih kepada semua juri yang memilih. Apa yang anda lihat malam ini saya pasti tidak akan mengecewakan anda semua.
“Saya akan memperbaiki diri saya agar menjadi lebih baik dan menghormati gelaran Miss Grand Bangkok yang telah diberikan kepada saya dan menjadi wakil yang sempurna semampu saya nanti. Terima kasih juga saya ucapkan kepada para pekerja yang menjaga kami dari lockdown sehingalah malam finale.
“Saya sangat gembira kerana berjaya melangkah ke hadapan, walau apa juga rintangan yang dilalui kita harus bersedia. Terima kasih kepada ibu, peminat, kawan-kawan dan adik beradik yang menjadi tenaga positif untuk saya. Kalian banyak memberikan kekuatan untuk saya berjuang dan memajukan diri untuk melakukan yang terbaik malam ini.”
Dari seorang yang pemalu kerana penampilan diri, Engfa tidak berdiam diri sebaliknya dia pernah melalui prosedur kecantikan untuk mencantikkan lagi dirinya. Memetik laporan dari laman sesawang sebuah hospital kecantikan, ID Hospital, wanita ini menjalani beberapa pembedahan untuk menjadikan wajahnya lebih menarik ketika berusia 23 tahun.
Antara prosedur yang dijalaninya adalah proses barbie line rhinoplasty untuk memancung dan mengecilkan hidung, V3 lift dan accusculpt untuk menjadikan wajah lebih runcing serta pembedahan bagi mencantikkan bentuk payudara. Selepas menjaalani pembedahan ini, dia tampil lebih yakin.
Sebelum bergelar ratu cantik, Enfa pernah menyertai pertandingan The Voice Thailand musim ketujuh dan berjaya mendapat tempat di bawah coach Joey Boy. Walaupun begitu dia tersingkir pada peringkat knockouts.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...