Stres Jerawat ‘Asik’ Naik Sahaja? Ini Cara Mudah Merawat Hanya Gunakan Daun Pudina

Share

Jerawat adalah penyakit kulit biasa yang terjadi kira-kira 85% dalam hidup seseorang.

Apabila ia kerap berada di muka dan sukar menemui cara mudah menghilangkan jerawat, ia boleh menyebabkan seseorang berasa kecewa dan kurang berkeyakinan untuk tampil di khalayak ramai.

Walaupun terdapat banyak ubat jerawat semula jadi di luar sana, namun hanya segelintir saja yang terbukti secara saintifik untuk membantu. Bagaimanapun, tahukah anda daun pudina dapat membantu juga merawat masalah jerawat?

ARTIKEL BERKAITAN: Hilangkan Parut Jerawat Tanpa Modal Besar, ‘Auto Flawless’ Pagi Raya!

Ya, selain mempunyai banyak kegunaannya selain terkenal dalam masakan dan minuman, daun pudina juga digunakan dalam dunia kecantikan sebagai satu bahan untuk mencantikkan kulit wajah, terutama dalam merawat masalah berkenaan.

Selain mudah didapati, daun pudina juga bagus digunakan sebagai bahan mujarab. Ini Remaja kongsikan caranya:

  • Mudah sahaja, hanya tumbuk daun pudina dengan lesung batu.
  • Setelah lumat, lumurkan bahan tersebut di wajah terutama di kawasan yang berjerawat.
  • Biarkan ia meresap selama 20 minit sebelum bilas muka anda dengan air sejuk.
  • Lakukan dua kali seminggu untuk kesan menakjubkan.

Dah siap! Senang kan? Selamat mencuba….

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath