Stres Masalah Rambut Kusut, Amalkan 5 Cara Mudah Ini

Share

Rambut yang panjang memang selalunya sukar diurus. Kusut dan gugur memang menjadi fenomena biasa buat gadis berambut panjang. Tetapi jangan risau, REMAJA ada beberapa cara untuk menangani masalah rambut kusut khas untuk si gadis manis.

1. Basuh rambut

Elakkan daripada sering menyikat rambut. Ini kerana ia akan menyebabkan rambut korang semakin rapuh dan mudah gugur. Sebaiknya gunakan teknik keramas rambut menggunakan jari jemari berbanding menggunakan sikat rambut.

2. Jangan sikat sewaktu rambut basah

Jika korang seorang yang mementingkan kekemasan rambut, elakkan daripada menyikat sewaktu rambut sedang basah atau baru dicuci. Ini kerana, sewaktu rambut basah atau selepas di cuci liang rambut korang akan terbuka dan menyebabkan mudah terputus dari akarnya.

Jadi, sebaiknya biarkan hingga rambut benar-benar kering kemudian baru sikat rambut menggunakan sikat berbentuk berus.

3. Jangan lupa pakai serum

Selain membasuh rambut dan memakai perapi rambut, ada kalanya korang juga perlu membiasakan diri menggunakan serum untuk menyihatkan lagi rambut dan mengekalkan kelembapan agar tidak kering dan menggerbang.

4. Amalkan sikat rambut sebelum tidur  

Sebelum tidur, ambil sikat berbentuk berus kemudian sikat rambut dengan perlahan. Untuk kesan yang lebih baik, urut lembut di kawasan kulit kepala bagi melancarkan peredaran darah di kawasan kepala dan kulit kepala. Lakukan amalan ini sekurang-kurangnya dua hari sekali.

5. Gunting bahagian yang rosak

Jika mempunyai masalah ‘kusut’ di bahagian hujung rambut, itu tandanya rambut korang memang kering dan benar-benar rosak. Jalan penyelesaiannya gunting atau trimkan sahaja hujung rambut yang tidak sihat tu. Jangan risau! Rambut baru yang lebih sihat pasti akan tumbuh kembali.

Published by
Noor Ain Norman