Stres Handphone Dirampas Bapa, Remaja Ambil Keputusan Terjun Dari Jambatan

Share

 

Ini namanya tak sayang nyawa weh..

 

Tidak dinafikan, permainan video di telefon pintar mampu membuatkan seseorang jadi leka dan lalai.

Lebih parah jika anda tidak boleh berhenti sekaligus mendatangkan kesan buruk pada diri sendiri. Secara peribadi, REMAJA tidak begitu terkejut apabila mendapat tahu bahawa banyak kes kematian yang berlaku berpunca daripada ketagihan terhadap permainan video.

Terbaru, akibat tertekan setelah ditegur oleh bapa kerana kerap bermain mobile game,

seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan nekad untuk terjun dari overpass atau laluan atas jalan raya di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dekat susur Berjaya Hills Bukit Tinggi!

Ye...kejadian ini berlaku di Malaysia dan bukannya di luar negara.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong iaitu Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung percubaan membunuh diri itu pada jam 2.12 petang Selasa semalam dan serta-merta mengarahkan sepasukan polis dari Balai Polis Bukit Tinggi untuk ke lokasi.

Sebaik saja tiba, polis mendapati gadis itu masih duduk di tebing jambatan dan beberapa anggota lain yang telah tiba cuba memujuknya untuk bertenang.

Bomba dihubungi untuk datang ke lokasi bagi memasang jaring di bawah jambatan sebagai persediaan sekiranya remaja itu bertindak terjun dari tebing jambatan.

Ketika dia sedang leka memandang ke arah lain, Ketua Balai Polis Bukit Tinggi, Sarjan Mejar Maznan Omar, yang berada berdekatan mengambil kesempatan untuk terus berlari dan menarik remaja itu dari belakang serta menahannya daripada memanjat semula tebing jambatan berkenaan.

Beberapa individu yang lain segera datang menghulurkan bantuan dan memeriksa keadaan remaja itu sebelum dia dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapat rawatan lanjut.

Siasatan awal mendapati mangsa mengalami tekanan setelah ditegur bapanya kerana sering bermain game

di telefon pintar. Dan disebabkan ketagihannya bermain game, telefon tersebut dirampas oleh bapanya.

Remaja itu juga dimaklumkan mengalami kemurungan dan masih dalam tempoh rawatan. Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Tak kisahlah jika korang sedikit obses dengan permainan digital, keselamatan diri harus sentiasa diutamakan!

Sumber:  Info Roadblock JPJ/POLIS

Published by
Nana