Nama Anna Jobling kini meniti dibibir-bibir peminat dunia hiburan. Bukan hanya di Malaysia, bahkan bintangnya turut bersinar di negara seberang. Lakonannya dalam drama Melur Untuk Firdaus benar-benar mencipta fenomena, jadi tidak hairanlah jika dirinya menjadi rebutan banyak jenama terkenal untuk berkolaborasi.
Terbaharu, pemenang tempat keempat Dewi Remaja 2018/19 ini telah dipilih untuk menghiasi kempen fesyen jenama tempatan terkenal iaitu Alia Bastamam bagi koleksi ready-to-wear mampu milik iaitu ALIA B sempena Aidilfitri yang bakal tiba nanti.
Menjenguk ke laman Instagram Anna, dia memuat naik video dirinya menggayakan busana-busana tersebut dengan kapsyen berbunyi, “Playing a different character for the multi-faceted forever.”
Ads
Koleksi yang dinamakan Forever ini menawarkan seleksi pakaian yang lengkap untuk musim perayaan dan untuk digayakan pada masa hadapan. Pilihan Baju Kurung yang dimodenkan ini disuntik dengan estetika resort Alia dalam siluet lilitan dan sarung yang mudah, serta pemilihan fabrik yang memberikan suasana keagungan yang sederhana.
Ads
Di dalam kempen fesyen tersebut, gadis berusia 23 tahun ini melakonkan watak dalam ensembel pakaian penuh sofistikated serta karya ultra-feminin yang ‘beralun’ dengan setiap pergerakannya.
Ads
Selain Anna, bekas atlet gimnastik negara, Farah Ann turut menghiasi kempen fesyen ini. Melihat kepada keseluruhan koleksi, apa yang menarik adalah rekaan-rekaan cukup versatile dan tidak tertakluk kepada siluet tradisi semata-mata.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anna Sueangam-iam ketika ini mungkin sedang berada di berada di New Orleans, Louisiana. Teman sebilik Lesley Cheam, Miss Universe Malaysia ini mengagumkan semua dengan gayanya yang versatil, personalitinya yang menarik dan kemahiran komunikasi yang baik.
Dalam kekalutan sesi pendaftaran dan suai kenal yang baru bermula hari ini. Pertubuhan Miss Universe Thailand, telah mendedahkan pakaian kebangsaan yang indah yang akan digayakan Anna pada pertandingan kostum nasional Miss Universe 2022 nanti kepada umum menerusi hantaran Instagram.
Mengambil inspirasi daripada Pesta Songkran yang popular seluruh dunia. Kostum nasional yang diberi nama ‘Songkran Devi’ telah diilhamkan oleh Wanita Songkran 2023 bernama “Kimita Devi”. Ia merupakan salah seorang daripada tujuh puteri dewi Raja Kabilaprom dan menjadi simbol perayaan Songkran.
Corak busana tersebut itu diilhamkan daripada corak air mengalir fabrik tenunan tangan tradisional hasil pembuatan seni kraftangan Thai. Untuk menampilkan sisi kemodenan, pakaian itu dihiasi dengan sulaman, manik, kristal, labuci dan juga botol terbuang. Pakaian ini dilengkapi dengan mangkuk perak yang dibuat oleh tukang besi berpengalaman Thai.
Mangkuk perak merupakan simbol yang digunakan untuk menuang air ke tangan orang tua, menyimbah air semasa perayaan, dan juga untuk kegunaan harian. Ini mempamerkan cara hidup, budaya, tradisi dan kearifan tempatan yang halus dan kreatif
Rekaan kostum nasional ini jelas mencerminkan dan mempamerkan aktiviti membina kerjaya untuk penduduk tempatan dan masyarakat. Tambahan pula, ia mencerminkan kebahagiaan, cinta, kerendahan hati dan keindahan budaya Thai yang diturunkan dari generasi ke generasi.
Walaupun busana ini kelihatan ringkas, namun perincian yang diserlahkan cukup bermakna. Adakah kostum nasional ‘Songkran Devi’ ini mampu bergelar kostum nasional terbaik? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tempat tinggal manusia sudah tentunya di rumah. Tapi korang tahu tak di mana makhluk halus tinggal?
Ramai yang kata rumah kosong atau lama ditinggalkan antara tempat disukai oleh makhluk halus ini. Selain itu biasanya mereka membentuk komuniti di muara sungai, kuala laut, gunung-ganang, hutan tebal, tanah perkuburan termasuklah di pokok-pokok besar.
Muara sungai menjadi tempat kesukaan makhluk halus menetap – Gambar sumber internet
Tahu tak, ada lima spesis pokok menjadi kegemaran makhluk misteri ini “melepak” atau bertenggek. Awas bila lalu di tepinya. Cuba semak pokok manakah yang berdekatan dengan tempat tinggal korang dan pernah tak alami kejadian misteri bila lalu di bawahnya?
Bacakan juga perkongsian dari Pak Din, 79 tahun yang pernah mendirikan rumah di bawah pokok pulai selama enam tahun hingga lekat gelarannya dengan panggilan Pak Din Pulai. Beliau yang juga seorang penggali kubur di Bukit Kerinchi C2, Pantai Dalam berkongsi mengenai spesis-spesis pokok yang sering menjadi tumpuan makhluk halus menenggek.
Pokok Pulai
Pokok Pulai yang tumbuh di tanah perkuburan Islam Bukit Kerinchi C2
Pokok ini boleh hidup lebih dari 100 tahun. Yang ada di tanah perkuburan tempatnya menggali sekarang sebanyak tiga batang dan berusia lebih 100 tahun. Kiranya sejarah Pantai Dalam lebih kurang sama dengan “nyawa” pokok pulai ini.
Ada lubang yang kekal misteri di pangkalnya. Lubang itu mampu tembus pandang dari arah hadapan, seperti dikorek di batangnya yang tegak tinggi. Bila pembakaran sampah dilakukan, asapnya naik hingga ke puncak. Misterikan!
Lubang di pangkal pokok pulai ini mencetuskan pertanyaan- Pak Din
Tidak seperti pokok lain perlu ditanam, pokok pulai tidak tumbuh sembarangan tempat ya. Dalam hutan tak ada sama sekali. Ia banyak dijumpai di tanah-tanah perkuburan sahaja.
Dengan ketinggian lebih 30 kaki hingga pihak Bomba pernah menolak untuk menebangnya, kata Pak Din, ada orang kampung pernah terlibat kuda putih terbang melintasi puncak pokok ini.
“Saya tak diberi keizinan melihat. Tapi kalau mereka menipu, tipulah juga saya. Tapi seperti dihebohkan, begitulah,” katanya yang punya banyak pengalaman hidup.
Kalau pokok beringin menjadi lokasi hantu suka bertenggek, pokok pulai ini khabarnya hanya disukai jin Islam sahaja.
“Pernah satu kejadian zaman dahulu, ada anak jiran yang mahu membuang air kecil di pangkal pokok. Namun dia terpandang lelaki tua berjanggut panjang di hadapannya. Ada juga mereka terjumpa lelaki berserban. Kata orang mereka itu jin islam dan tak suka pada kekotoran. Sebab itulah bila ada yang ingin buang air besar atau kecil di pangkalnya, makhluk ini memunculkan diri.
Sama seperti spesis pokok lain, pokok pulai akan berdaun, berbuah dan berbunga.
“Bila daun gugur, maka pokok akan mulai berbuah diikuti berbunga. Burung-burung suka makan buahnya yang panjang-panjang itu. Buahnya kelihatan seperti kacang botol nipis,” katanya sambil menunjukkan pangkal pokok yang tembus pandang itu.
Pokok Beringin
Sebagai orang lama yang punyai banyak pengalaman ditambah tugasnya sebagai penggali kubur, kata Pak Din, pokok beringin sangat disukai oleh spesis hantu Pontianak. Kata orang, akar-akar pokok beringin ini menjadi “mainan buaian” kepada Cik Ponti ini yang menanti untuk menyakat orang yang lalu lalang di kawasan sekitarnya.
Cik Ponti sukakan menetap di pokok Beringin – Gambar sumber internet
Pokok beringin memang banyak ditanam di negara kita. Paling banyak di tepi Muzium Negara di ibu kota kerana ia mampu meneduhkan kawasan. Ada yang besar tetapi banyak juga telah ditut untuk mencantikkan kawasan di tepi-tepi jalan.
Nak kenal pokok ini pun mudah saja. Akarnya kelihatan berjuntai-juntai hingga ke tanah. Nak tanam pun mudah, ambil dahannya sedikit, cucuk di tanah. Biarkan begitu saja. Selepas tu, pokok ini akan membesar dengan sendiri tanpa perlu dibaja. Tapi kalau korang takut terserempak Cik Ponti menyanyi-nyanyi, abaikan sajalah tanaman ini ya.
Pokok Ara
Spesis pokok ini disebut juga sebagai ficus merupakan genus untuk kira-kira 800 spesis pokok berkayu, pokok renek dan pokok menjalar dalam family Moraceae.
Tahu tak, pokok ara ini biasa jadi tempat pemujaan orang nak minta nombor ekor, tempat buang saka, pemujaan dan banyak lagi. Tak tahulah kalau ada yang cuba buang anak di sini.
Pokok Ara menjadi “penginapan tetap” makhluk halus- Gambar sumber internet
Sebab itulah, hantu jenis langsuir, Pontianak dan hantu tinggi sering menjadikan pokok Ara sebagai rumah mereka
Pokok Bunga Cempaka
Michelia alba atau lebih dikenali dengan nama Cempaka putih adalah sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter. Cempaka memiliki tiga spesis dengan warna bunga yang berbeza iaitu warna putih, warna kuning dan warna merah. Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.
Ini bunga cempaka putih yang menarik kehadiran tuan puteri jelita
Pokok bunga Cempaka ini biasanya dikaitkan dengan kehadiran tuan puteri yang cantik jelita, Tuan Puteri Cempaka Sari yang berpakaian serba putih labuh menutup kaki. Kehadirannya dapat dikesan dengan bau semerbak wangi. Jadi kalau terhidu, kompom bulu roma tegak berdiri.
Pokok cempaka kuning yang tumbuh meliar di hutan
Pokok Harum Sundal Malam
Awas jangan terpedaya dengan wanita berwajah cantik, berambut panjang hingga ke pinggang. Senyumannya manis sangat memikat hati. Tapi kalau pandang ke bawah, anda akan dapati, tubuhnya di awang-awangan tanpa kaki. Itulah Cik Pontianak yang suka mendekati Pokok Harum Sundal Malam.
Bunga harum sundal malam yang wangi menarik perhatian Cik Ponti – pix sumber internet
So hati-hatilah ya. Bukan nak takut-takutkan tapi kena terserempak, paling penting jangan lupa sebut nama Allah!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Patut la kening orang India semuanya cantik macam dicacah tatu, rupanya 6,000 tahun lalu dorang dah praktik!
Bulu Kening ni boleh dikatakan menjadi faktor paling utama untuk menyerlahkan penampilan korang tiap hari. Apalah gunanya solekan tebal sekalipun kalau bahagian bulu kening tak diberikan keutamaan betul tak?
Sama ada kamu membentuknya dengan mencabut sendiri, mencukurnya, menggunakan kaedah waxing atau juga threading. Teknik threading kening ini antara teknik tradisional dalam membuang bulu wajah berlebihan (yang bersifat sementara) dengan hanya menggunakan benang kapas dan pergerakan tangan.
Teknik Tradisi Wanita India Sejak 6,000 Tahun Lalu
Tahu tak teknik threading bulu kening ini dah digunakan oleh wanita India sejak 6,000 tahun yang lalu lagi, kemudian teknik ini tersebar ke negara di timur tengah sehinggalah ke negara-negara barat yang lain. Teknik threading sejak zaman kuno ini masih diguna pakai sehingga hari ini.
.
7 Manfaat Teknik Threading Kening
Kulit kurang mengalami masalah iritasi (cara ini sesuai bagi yang miliki kulit jenis sensitif dan normal)
Kurang mengalami masalah kemerahan pada kulit
Potongan lebih tepat hingga mampu mencabut akar bulu kening
Tidak memerlukan masa yang lama untuk threading kening
Kening kekal rapi dan tahan lama sehingga 2-3 minggu sebelum bulu kening tumbuh baru
Kos perkhidmatan threading kening murah dalam RM5 – RM10
Kening jadi lebih kemas dan rapi
Try la, confirm kening kamu nanti kelihatan macam artis Bollywood nanti!
Meski kini menghampiri usia 50 tahun, pelakon Marissa Yasmin tetap tampil awet muda dan sering menerima pujian ramai. Namun bagi pelakon berusia 48 tahun...