Stunning! Anna Jobling Tampil Menawan Dalam Kempen Fesyen Jenama Terkenal

Share

Nama Anna Jobling kini meniti dibibir-bibir peminat dunia hiburan. Bukan hanya di Malaysia, bahkan bintangnya turut bersinar di negara seberang. Lakonannya dalam drama Melur Untuk Firdaus benar-benar mencipta fenomena, jadi tidak hairanlah jika dirinya menjadi rebutan banyak jenama terkenal untuk berkolaborasi.

Terbaharu, pemenang tempat keempat Dewi Remaja 2018/19 ini telah dipilih untuk menghiasi kempen fesyen jenama tempatan terkenal iaitu Alia Bastamam bagi koleksi ready-to-wear

mampu milik iaitu ALIA B sempena Aidilfitri yang bakal tiba nanti.

BACA JUGA: Che Puan Syamim Farid Bergelar ‘Wajah’ Jenama Terkenal. Amal Diet Ketat Untuk Cantik

Menjenguk ke laman Instagram Anna, dia memuat naik video dirinya menggayakan busana-busana tersebut dengan kapsyen berbunyi, “Playing a different character for the multi-faceted forever.”

Koleksi yang dinamakan Forever ini menawarkan seleksi pakaian yang lengkap untuk musim perayaan dan untuk digayakan pada masa hadapan. Pilihan Baju Kurung yang dimodenkan ini disuntik dengan estetika resort Alia dalam siluet lilitan dan sarung yang mudah, serta pemilihan fabrik yang memberikan suasana keagungan yang sederhana.

Di dalam kempen fesyen tersebut, gadis berusia 23 tahun ini melakonkan watak dalam ensembel pakaian penuh sofistikated serta karya ultra-feminin yang ‘beralun’ dengan setiap pergerakannya.

Selain Anna, bekas atlet gimnastik negara, Farah Ann turut menghiasi kempen fesyen ini. Melihat kepada keseluruhan koleksi, apa yang menarik adalah rekaan-rekaan cukup versatile dan tidak tertakluk kepada siluet tradisi semata-mata.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen