Stunning! Gaya 7 Selebriti Di Paris Fashion Week, Dari Kim Kardashian Hingga Jisoo BLACKPINK

Share

Melihat selebriti bergaya sakan di Paris Fashion Week, timbul pula rasa cemburu bila ramai diantara mereka yang berpeluang menghadirkan diri ke salah sebuah pertunjukan fesyen paling dinanti setiap tahun.

ARTIKEL BERKAITAN : 2 Lagi Model Malaysia Pikat Perhatian Di Minggu Fesyen Antarabangsa

Barisan selebriti yang hadir juga bukan calang-calang orangnya. Jom lihat fesyen mereka di Minggu Fesyen Paris 2022.

Jennie Kim Nakal & Seksi Dengan Monokrom 

Instagram.com/fashionweek

Jennie Kim, yang merupakan duta rumah lagenda Perancis Chanel, duduk di barisan hadapan di Chanel Womenswear Fall/Winter 2022. Untuk musim ini, Jennie memakai serba hitam yang diilhamkan oleh budak sekolah yang menampilkan jaket puffer velor dengan skirt mikro dipadankan dengan crop top tweed.

Dia menyerlahkan penampilannya dengan rantai leher berlapis, stokin putih bereben, sandal platform dan beg mini, semuanya dari Chanel. Dandanan rambut pula dibuat tocang dan solekan ringkas dan bersih.

Rihanna 

Instagram.com/fashionweek

Rihanna, yang tengah sarat mengandung dan menantikan kelahiranya juga tidak mahu kalah. Manakan tidak, berpakaian serba hitam, penyanyi Umbrella itu kelihatan memukau dengan pakaian dalam hitam ketika menghadiri pertunjukan fesyen Dior di Minggu Fesyen Paris 2022.

Rupa-rupanya style bad girl ini masih onz untuk Rihanna. Untuk melengkapkan penampilan, dia memakai kalung double layer

Jung Ho Yeon tampil memukau dengan busana winter

Instagram.com/fashionweek

Pelakon Squid Game, Jung Ho Yeon turut memeriahkan Minggu Fesyen Paris 2022. Tampil dipembukaan Minggu Fesyen Paris 2022, dia memakai pakaian daripada jenama ‘Louis Vuitton’ pada edisi musim luruh dan musim sejuk 2022.

Sebagai duta global Louis Vuitton, Jung Ho Yeon muncul dengan blaus kuning air, jaket kulit coklat, seluar berjalur dan tali leher bercorak bunga. Pakaian Jung Ho Yeon adalah rekaan pereka terkenal Nicolas Ghesquiere yang mengetengahkan sisi maskulin.

Zendaya tampil dengan busana serba pink

Instagram.com/fashionweek

Menghadiri Minggu Fesyen Paris 2022, Zendaya kelihatan amazing

dalam pakaian serba merah jambu. Memakai blazer fuchsia dan seluar kombo jenama Maison Valentino, kali ini dia kelihatan feminin dan berwarna-warni. Untuk melengkapkan penampilan, dia memakai sarung tangan, beg dan kasut platform dengan warna yang sama.

Gayanya agak unik, bukan?

Gigi Hadid tampil sederhana dengan dress soft pink

Instagram.com/fashionweek

Tidak ketinggalan, supermodel Gigi Hadid turut muncul di acara Minggu Fesyen Paris 2022. Memakai gaun merah jambu lembut jenama Corpeni di pentas peragaan, penampilannya kali ini cukup ringkas.

Walaupun simple, penampilan tetap memukau seperti biasa. Tidak memerlukan banyak aksesori, Gigi Hadid hanya memakai beg mini dengan motif sebagai pelengkap penampilannya.

Kim Kardashian tampil wow dengan catsuit

Instagram.com/fashionweek

Bukan Kim Kardashian jika tidak berekperimentasi dengan fesyen, gaya fesyen yang unik sentiasa mencuri perhatian. Menghadiri Minggu Fesyen Paris 2022, Kim memakai sut kuning yang fit di badan. Pakaian kucing ini diperbuat daripada pita pelekat yang mengandungi logo Balenciaga.

Sebagai pelengkap penampilannya, dia menggabungkan catsuit dengan cermin mata hitam dan beg Balenciaga, Hourglass yang juga direka sama persis dengan catsuit yang dipakainya.

Jisoo tampil manis dengan korean style

Instagram.com/fashionweek

Gaya fesyen Jisoo yang turut mencuri perhatian di Minggu Fesyen Paris. Ahli kumpulan gadis Korea ini tampil dengan gaun kotak-kotak kuning jenama Dior. Pakaian digabungkan dengan kemeja putih dan tali leher hitam dalam gaya Korea. Untuk mencantikkan penampilannya, dia memakai kasut tumit dan beg yang sama warna. Simple kan!

Jadi, mana satu fesyen paling wow pilihan korang?

BACA LAGI : Dilahirkan OKU, Kanak-Kanak Ini Cipta Sejarah ‘Catwalk’ Guna Kaki Palsu Di Pentas Fesyen Paris

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana