Tiada pasangan yang tak pernah bergaduh atau alami salah faham walaupun sekali. Keadaan ini sebenarnya normal dan sihat untuk setiap pasangan. Orang tua kata gaduh tandanya sayang, betul tak?
ARTIKEL BERKAITAN : Rizky Billar & Lesti Kejora Menikah, 300K Orang Tonton Resepsi Di Instagram! – REMAJA
Tapi bila pergaduhan tersebut menjadi teruk ia digelar keganasan rumah tangga. Ia bukan sesuatu yang perlu didiamkan. Terbaru, berita kurang menyenangkan datang dari rumah tangga pasangan selebriti, Lesti Kejora dan Rizky Billar menjadi perhatian netizen. Rabu lalu, Lesti Kejora diketahui membuat laporan polis berkaitan Kekerasan Dalam Rumah Tangga atau KDRT.
Mengikut KOMPAS.com, dakwaan keganasan rumah tangga melibatkan Lesti Kejora dan Rizky Billar segera menjadi perhatian ramai pihak. Hal ini kerana, kedua-duanya diketahui sering menunjukkan kemesraan dan keharmonian bersama dalam pelbagai majlis. Bukan itu sahaja, menerusi laman sosial, pasangan suami isteri itu juga diketahui sering memuat naik detik-detik bersama di media sosial.
Buat Laporan Keganasan Rumah Tangga
Lesti Kejora yang ditemani peguam bela, membuat laporan berkaitan dakwaan keganasan rumah tangga yang dilakukan suaminya, Rizky Billar.
Sementara Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Jakarta Selatan, Nurma Dewi turut menyatakan bahawa menurut apa yang didakwa Lesti, suaminya adalah pelaku yang dimaksudkan. Dewi juga menyebut bahawa bukti dalam bentuk bedah siasat akan dilakukan bagi menjadi fakta sokongan terhadap laporan yang dilakukan.
“Kalau menurut saudari Lesti, adalah KDRT yang dialaminya. Menurut beliau adalah suaminya pelakunya,” ujarnya.
Dicekik Dan Dicampak
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya, Endra Zulpan, individu yang dilaporkan cuba menolak mangsa ke atas katil selain mencekik lehernya. Bukan itu sahaja, Endra Zulpan turut memberitahu Lesti Kejora menerima lebih banyak keganasan fizikal.
“Orang yang dilaporkan cuba menarik tangan mangsa ke arah bilik air dan mencampakkan mangsa ke lantai dan berulang kali. Sehinggakan tangan kanan, dan kini leher serta badannya berasa sakit. Disebabkan kejadian ini mangsa berasa sakit, ” katanya.
Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik jela untuk pasangan romantis ini. Moga hal ini diselesaikan dengan baik. Untuk info, Lesti Kejora dan Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
BACA : #GirlPower: Kaya Menerusi Dangdut Walaupun Berhijab, Siapa Lesty Kejora? – REMAJA
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.