Untuk pengetahuan pembaca Remaja, di India masih lagi terdapat segelintir masyarakat yang berpegang teguh kepada sistem kasta. Dan ada sesetengah percaya kepada konsep ‘pembunuhan terhormat’ atau honor killing semata-mata mahu menjaga maruah keluarga.
Percaya atau tidak walau pun kedengaran lapuk, perkara perihal kasta dilihat sebagai satu isu sensitif bagi sesetengah masyarakat di sana. Misalnya, wanita yang berasal daripada kasta yang lebih tinggi dilarang berkahwin dengan lelaki berkasta rendah.
Peristiwa honor killing ini terjadi kepada seorang wanita yang berpendidikan tinggi, Kausalya. Suaminya, Shankar dibunuh dan dia cedera akibat serangan yang berlaku pada 13 Mac 2016 di siang hari bersaksikan ramai orang awam ketika mereka berdua berada berdekatan stesen bas bandar Udumalaipet.
Kausalya bersama Shankar ketika hari perkahwinan mereka. Kredit foto: Huff Post
Kausalya dan Shankar berkahwin pada tahun 2015 selepas mereka saling mengenali ketika sama-sama menyambung pengajian di sebuah kolej kejuruteraan di Pollachi. Namun perkahwinan itu hanya bertahan 10 bulan sahaja apabila pasangan ini diserang oleh keluarga Kausalya.
Kausalya berasal dari kasta Thevar manakala Shankar pula dari kasta paling rendah iaitu Dalit. Perbezaan ini mencetus kemarahan keluarga Kausalya yang bersama malu kerana anak perempuan mereka berkahwin dengan lelaki yang berasal dari kasta paling rendah.
Ads
Pembunuhan Shankar akan menjadi kes pertama dari Tamil Nadu yang memasuki Biro Rekod Jenayah Kebangsaan yang disenaraikan sebagai pembunuhan terhormat pada tahun itu. Ekoran indsiden menyayat hati ini,
Menerima anugerah atas keberanian dan juga perjuangan untuk masyarakat tertindas. Kredit foto: JFW Online
Pada Disember 2017, Mahkamah Sesyen Tiruppur telah menjatuhkan penghakiman penting yang menyifatkan pembunuhan atas nama kehormatan adalah kejam dan menjatuhkan hukuman mati kepada tertuduh utama Chinnasamy yang merupakan bapa kepada Kausalya, bersama lima yang lain. Dua lagi masing-masing diberi hukuman penjara tempoh dua kali hayat dan hukuman penjara tempoh lima tahun. Ibu Kausalya pula, Annalakshmi dan tiga yang lain dibebaskan.
Walaupun begitu keputusan ini telah berubah dan ia mengejutkan banyak pihak. Pada 22 Jun 2020, Mahkamah Tinggi Madras membatalkan keputusan mahkamah sesyen dan membebaskan Chinnasamy dan dua yang lain. Hukuman mati ke atas pembunuh upahan diringankan kepada penjara 25 tahun. Mahkamah Tinggi telah menyalahkan pihak pendakwaan kerana gagal membuktikan konspirasi dalam kes tersebut.
Kini pada usia 28 tahun, Kausalya sudah pun berkahwin sekali lagi pada tahun 2018. Walaupun sudah berkahwin dengan lelaki lain, namun dia tidak pernah berhenti dalam usahanya membawa kesedaran untuk menghapuskan sistem kasta yang telah diamalkan. Bahkan semasa upacara perkahwinan, Kausalya dan suami barunya berikrar untuk meneruskan perjuangan mereka menentang diskriminasi kasta. Suami barunya, Sakhti berasal dari kasta yang sama sepertinya.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telah pun diumumkan semalam dan apa yang menarik perhatian media adalah apabila anak seorang pemandu lori sampah telah dianugerahkan Pelajar Terbaik STPM 2019 bagi kategori bawah 40 (B40).
Nuraini Jalaluddin merupakan penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak mempunyai keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional (PNGK) 4.00 dan 5A.
Kredit foto: Harian Metro
Gadis yang berusia 20 tahun ini menjelaskan bahawa dengan mempunyai pelajaran sahaja dapat mengubah nasib keluarga mereka ke arah yang lebih baik.
“Ayah saya telah memandu trak sampah selama 33 tahun dan akan bersara bulan depan, saya harap dia dapat berehat dan menikmati usia tua selepas ini,” jelasnya kepada Harian Metro.
Tidak kiralah sama ada kita hidup dalam serba kekurangan atau pun tidak, paling penting adalah usaha dan semangat untuk berjaya dalam bidang akademik.
Sekali lagi kami ucapkan tahniah buat Nuraini Jalaluddin. Semoga kamu lebih cemerlang dalam meneruskan peringkat akademik yang lebih tinggi.
Media sosial perlu berubah mengikut peredaran zaman dan tabiat pengguna. Ada Sahaja content menarik yang mereka buat untuk kebaikan netizen!
Terbaru, menurut Twitter, mereka sedang menguji ciri baharu yang bertujuan mengehadkan perkongsian artikel oleh pengguna yang belum membacanya.
Ciri terbabit yang menanyakan kepada pengguna adakah mereka telah membaca artikel sebelum mereka tweet semula, ia bertujuan untuk melambatkan penyebaran maklumat yang tidak disahkan dan tidak sahih.
Oleh tu Twitter pagi ini mengumumkan ujian yang membenarkan ciapan semula (retweet) sesebuah artikel hanya selepas ianya dibaca.
Sharing an article can spark conversation, so you may want to read it before you Tweet it.
To help promote informed discussion, we’re testing a new prompt on Android –– when you Retweet an article that you haven’t opened on Twitter, we may ask if you’d like to open it first.
Ujian akan diberikan secara rawak kepada pengguna aplikasi Android pada waktu ini. Twitter akan dapat mengesan pautan telah ditekan di dalam aplikasi terlebih dahulu. Selepas ini dilakukan barulah pengguna dibenarkan untuk menciap semula ciapan asal.
Sebelum ini Twitter buat pertama kalinya memberikan amaran ciapan Donald Trump mengandungi maklumat yang salah. Sesuatu yang tidak berani mereka lakukan sebelum ini.
Jika dahulu media sosial menjadi medan merapatkan silaturahim ia kini menjadi alat yang mencincangnya semula kerana pendapat yang berbeza. Ujian yang dilakukan ini adalah menarik tetapi mungkin akan melecehkan proses menciap semula. Adakah ia perlu demi kebaikan bersama? Ini ialah soalan falsafah yang tak mampu kami jawab.
So korang sokong tak perubahan yang ingin Twitter lakukan ini?
Pernah tak korang dengar muzik yang bunyinya seakan berlegar-legar di telinga atau seperti sangat dekat dan jelas dengan pendengaran korang?
Ya dengan kecanggihan teknologi hari ini, satu lagi karya muzik dinaik taraf kepada 8D Audio iaitu korang boleh mendengar muzik daripada directions yang berbeza-beza. Kesannya sangat memukau dan lebih realistik.
Rata-ratanya sudah bercakap tentang 8D Audio ini di media sosial dan ada yang berpendapat bahawa ianya adalah muzik 3D. Agak keterlaluan untuk mengklasifikasikannya sebagai 8D kerana muziknya hanya mempunyai 3 dimensi. Jika kita menentukan asal koordinat di pusat kepala pendengar, hanya memerlukan tiga nombor untuk menentukan kedudukan asal bunyi tersebut.
Okay tak kisahlah 3D ke 8D, yang penting korang kena dengar sendiri untuk merasai pengalaman muzik sebenar. Cewah!
Tak caya? Ok dengarlah sendiri.. Tapi korang kena dengar guna earphone atau headphone ya. Barulah effectnya terasa. Hiks!
Selamat mendengar.
Perghh, memang layan la! Kalau nak lebih lagi korang search je di YouTube..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meskipun bergelut dengan masalah pendengaran sejak kecil, ia tidak menjadi penghalang buat Lee Wan Lin iaitu pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Ave Maria...