Korang pernah dengar tak tentang kasta?
Untuk pengetahuan pembaca Remaja, di India masih lagi terdapat segelintir masyarakat yang berpegang teguh kepada sistem kasta. Dan ada sesetengah percaya kepada konsep ‘pembunuhan terhormat’ atau honor killing semata-mata mahu menjaga maruah keluarga.
Percaya atau tidak walau pun kedengaran lapuk, perkara perihal kasta dilihat sebagai satu isu sensitif bagi sesetengah masyarakat di sana. Misalnya, wanita yang berasal daripada kasta yang lebih tinggi dilarang berkahwin dengan lelaki berkasta rendah.
Peristiwa honor killing ini terjadi kepada seorang wanita yang berpendidikan tinggi, Kausalya. Suaminya, Shankar dibunuh dan dia cedera akibat serangan yang berlaku pada 13 Mac 2016 di siang hari bersaksikan ramai orang awam ketika mereka berdua berada berdekatan stesen bas bandar Udumalaipet.
Kausalya dan Shankar berkahwin pada tahun 2015 selepas mereka saling mengenali ketika sama-sama menyambung pengajian di sebuah kolej kejuruteraan di Pollachi. Namun perkahwinan itu hanya bertahan 10 bulan sahaja apabila pasangan ini diserang oleh keluarga Kausalya.
Kausalya berasal dari kasta Thevar manakala Shankar pula dari kasta paling rendah iaitu Dalit. Perbezaan ini mencetus kemarahan keluarga Kausalya yang bersama malu kerana anak perempuan mereka berkahwin dengan lelaki yang berasal dari kasta paling rendah.
Pembunuhan Shankar akan menjadi kes pertama dari Tamil Nadu yang memasuki Biro Rekod Jenayah Kebangsaan yang disenaraikan sebagai pembunuhan terhormat pada tahun itu. Ekoran indsiden menyayat hati ini,
Pada Disember 2017, Mahkamah Sesyen Tiruppur telah menjatuhkan penghakiman penting yang menyifatkan pembunuhan atas nama kehormatan adalah kejam dan menjatuhkan hukuman mati kepada tertuduh utama Chinnasamy yang merupakan bapa kepada Kausalya, bersama lima yang lain. Dua lagi masing-masing diberi hukuman penjara tempoh dua kali hayat dan hukuman penjara tempoh lima tahun. Ibu Kausalya pula, Annalakshmi dan tiga yang lain dibebaskan.
Walaupun begitu keputusan ini telah berubah dan ia mengejutkan banyak pihak. Pada 22 Jun 2020, Mahkamah Tinggi Madras membatalkan keputusan mahkamah sesyen dan membebaskan Chinnasamy dan dua yang lain. Hukuman mati ke atas pembunuh upahan diringankan kepada penjara 25 tahun. Mahkamah Tinggi telah menyalahkan pihak pendakwaan kerana gagal membuktikan konspirasi dalam kes tersebut.
Kini pada usia 28 tahun, Kausalya sudah pun berkahwin sekali lagi pada tahun 2018. Walaupun sudah berkahwin dengan lelaki lain, namun dia tidak pernah berhenti dalam usahanya membawa kesedaran untuk menghapuskan sistem kasta yang telah diamalkan. Bahkan semasa upacara perkahwinan, Kausalya dan suami barunya berikrar untuk meneruskan perjuangan mereka menentang diskriminasi kasta. Suami barunya, Sakhti berasal dari kasta yang sama sepertinya.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: The Hindu, Times of India