Suami Elizabeth Tan Tak Kisah Komen Lelaki Gatal Di Instagram Isterinya

Share

 

Lebih dua bulan sudah pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan, 28 mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup bersama jejaka pilihannya, Ding Siew Jim, 30.

Keputusan untuk menamatkan zaman bujang itu diambil tanpa menghebahkan kepada khalayak mahupun penggiat media; lalu mengejutkan ramai pihak.

Tidak banyak yang kita ketahui mengenai peribadi Siew Jim atau bagaimanakah kehidupan Lizzy sendiri setelah berkahwin.

Lalu, menerusi satu hantaran video di Instagram semalam, Lizzy dan suaminya telah menjawab 15 soalan cepumas yang selalu diajukan oleh para peminat Lizzy.

ARTIKEL BERKAITAN“Kahwin Ke Tak, Lizzy Masih Sama..” Majlis Elizabeth Tan Dihadiri 10 Orang Saja – REMAJA

Antaranya termasuklah kisah bagaimana mereka bertemu buat kali pertama di sebuah bar pada tahun 2014 setelah diperkenalkan oleh rakan ‘mutual’. Hanya setelah tiga tahun berlalu, Lizzy dan Siew Jim bertaut semula menerusi Facebook.

Sebelum mendirikan rumah tangga Mac lalu, mereka terlebih dahulu saling mengenali hati budi masing-masing semasa Siew Jim masih bertugas di Sabah. Kongsi Lizzy, “Kami mudah berbual mengenai falsafah, personaliti.. dan dari situlah ia bermula.

“Dia menerima Lizzy seadanya termasuk kelemahan saya dan itulah makna cinta. Saya boleh menjadi diri sendiri di sisinya. Kadangkala adalah juga perkara yang dia tegur, tapi semua itu untuk menjadikan saya seorang yang lebih baik.”

Sambung Lizzy, kehidupan selepas mendirikan rumah tangga tidak banyak bezanya dengan sebelum ini. Buat masa ini, mereka tidak menetap di sebuah kediaman yang sama dan hanya bertemu sekerap satu ke dua kali seminggu. Ini kerana Lizzy dn Siew Jim masing-masing menetap bersama ibu sendiri.

“Kami pendiam dan ringkas orangnya. Majlis perkahwinan pun dilakukan seringkas mungkin kerana itulah diri kami dan of course, disebabkan kekangan Covid-19. Hanya keluarga dan kawan rapat saja yang ada. Why do you need so many people at your wedding

?” ujarnya.

 

Tidak Mudah Cemburu

Menerusi akaun Instagram, Elizabeth Tan seperti mempunyai tarikan magnet terhadapa followers dalam kalangan lelaki.

Tidak kisahlah apa saja muat naik sama ada foto mahupun video masakan sekalipun, pastinya akan muncul segerombolan komen-komen berbaur lucah daripada lelaki. Lebih mengejutkan apabila ada yang hadir daripada yang sudah bergelar suami orang!

Biarpun tidak manis melihat komen sebegitu mengaburi content yang dimuat naik oleh Lizzy, Siew Jim mengakui dia tidak kisah dengan komen sebegitu rupa.

“Saya bagi saja korang untuk komen apa saja, lucah ke.. saya tak kisah (ketawa).

“Jujurnya, 0 peratus (tidak cemburu langsung). Jika korang rasakan lelak-lelaki itu tidak sensitif (kerana Lizzy sudah bergelar isteri), kami lagilah tidak sensitif.

“Kadangkala kami mengatakan perkara-perkara yang lebih ‘jahat’ kepada diri masing-masing. (ketawa).

“Saya pun bukanlah seorang yang mudah cemburu. Berlandaskan pengalaman lampau, saya rasakan perasaan cemburu hanya akan membawakan aura negativiti,” ulas doktor yang sedang berehat sebelum menyambung semula tugasannya akhir tahun ini.”

Perkara itu dipersetujui oleh Lizzy yang turut sama tidak terkesan dengan komen-komen lucah tersebut.

“Apa yang Lizzy utamakan adalah korang masih menyokong dan mengikuti kerjaya Lizzy dalam apa-apa bentuk. Tapi kadangkala, Lizzy pun harapkan Jim adalah sedikit perasaan cemburu (ketawa),” katanya.

Serius, sweet sangat bila menonton mereka berdua.

Terdahulu, kami pernah meminta Lizzy untuk react kepada parodi yang dilakukan oleh peminatnya bagi klip video Police Entry.

 

Published by
FZ