Suara Misteri Muncul Di Gunung China, Warga Kota Percaya Bunyi Naga Menderam

Share

Di Malaysia kita sering menyaksikan tarian naga ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina diiringi gendang dan tarian. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, naga digambarkan seakan ular gergasi yang panjang, bersisik dan berkaki empat. Naga melambangkan kekuatan, kewibawaan dan mampu membawa tuah khususnya dalam mengawal air, hujan dan banjir malah naga juga simbol kekayaan.

Tidak hairanlah warga China di daerah Guizhou berpusu memanjat bukit di Desa Xiushui sebaik tersebar bunyi misteri dipercayai naga menderam untuk mendengar sendiri kejadian pelik dan misteri ini. Di sebalik rasa teruja itu, mereka bagaimana pun agak menggeletar kerana bimbang naga tersebut “terjaga” dan mungkin ada malapetaka berlaku.

Disebabkan warga kota berpusu-pusu memanjat bukit untuk mendengar gauman naga itu, pihak berkuasa telah membuat sekatan jalan dari warga desa berpusu-pusu mendaki bukit berkenaan.

Berita mempercayai bahawa naga mengderam itu mengakibatkan pasukan penyelidik memasuki bukit berkenaan dan melarang warga kota dari terus mengeruminya. Bunyi pelik dan misteri ini mula tersebar selepas beberapa orang petani mendengar mereka mula mendengar suara aneh pada 20 Jun lalu. Sejak berita itu tersebar, bukit berkenaan terus dikunjungi ramai orang hingga menjadi sesak.

Dalam satu rakaman video menyaksikan penduduk setempat duduk berkumpul di bukit berkenaan dan berteriak “Dia” menderam. “Dia” menderam. Malah video itu juga tersebar luas sehingga masyarakat percaya ia suara naga. Ada juga warga net percaya ia suara harimau. (layari youtube : Sound Of Dragon)

Pakar zoologi percaya ia bunyi suara burung buttonguail

Bagaimana pun di sebalik misteri yang dikecohkan di sana, pakar zoologi percaya suara itu sebenarnya berasal dari sejenis burung kecil yang disebut buttonquail berkaki kuning. Kawanan burung kecil ini kerana ‘menyanyi’ ketika musum mengawan mereka. Nyanyian spesis betina dapat didengari sejauh 100 meter jauhnya.


Pendapat pakar zoologi ini diakui oleh beberapa penduduk desa yang melihat burung-burung itu saat mereka berkicau.

Seorang guru, Liu Fugiong dalam satu temuramah dengan Pear Video berkata, dia mendengar burung-burung itu berdengung dua atau tiga kali berulang setiap enam atau tujuh minit. Suara itu sangat kuat. Saya fikir ia cukup aneh.

“Belasan penduduk desa mengikut suara itu ke lading jagung dan mendapati seekor burung kuning dengan ekor yang sangat pendek,” katanya seperti disiarkan oleh Daily Mail.

Dalam pada itu, Ran Jingcheng ketua pusat perlindungan haiwan liar daerah berkenaan mengatakan warga desa di daerah ini ada mendengar suara yang sama sebelumnya. Tapi mereka tidak terlalu memikirkannya. Terkini pihak polis sudah menahan empat orang warganya kerana menyebarkan desas desus yang mendakwa ia adalah suara naga.

Published by
Almaswa Haji Che Ros