Kredit Foto : Wedlocx.co

 

Alhamdulillah.

 

Setelah segala spekulasi yang berterbangan sejak akhir tahun lalu, akhirnya selebriti dan usahawan, Neelofa selamat diijab kabulkan kepada pasangannya, pendakwah Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, 26 kira-kira jam 11,30 pagi tadi.

Pada majlis yang telah disempurnakan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor itu, Neelofa menerima mas kahwin sebentuk cincin dan beberapa hantaran yang wajib saja.

“Syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT. InsyaAllah,” kata mereka.

Tidak Tolak Zuriat Awal, Dewi Neelofa Selamat Diijab Kabulkan Kepada PU Riz

Ads

Kredit Foto : Wedlocx.co.

 

Serba Putih

Kerjasama yang pernah berputik di antara keluarga Neelofa dengan pereka majlis Reka Teemor untuk majlis pernikahan Mohd Aqief dan Noor Nabila terus terjalin. Sekali lagi, Reka Teemor dipilih keluarga mereka untuk merealisasikan impian dekorasi Neelofa-PU Riz pula.

Biarpun berdepan sedikit kekangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) sejak hujung tahun lalu, segalanya berjaya dilaksanakan dalam masa sebulan saja.

Ads

Tidak Tolak Zuriat Awal, Dewi Neelofa Selamat Diijab Kabulkan Kepada PU Riz

Tema putih melambangkan kesecuian ikatan yang dibina oleh Neelofa dan PU Riz sejak mendalami diri masing-masing pada tahun 2019.

Kata Neelofa, “Kami sebenarnya mula berjumpa pada tahun 2017 dan pertama kali bekerjasama pada tahun 2018.

Ads

“Hanya setahun selepas itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing. Dia (Haris) merupakan seorang yang baik, lemah lembut dan matang. Dia juga seorang pendengar yang baik yang selalu cuba membantu bila saya berdepan kesukaran atau sebarang masalah. Banyak perkara boleh kami bincangkan dan itu membuatkan saya selesa.

“Sebagai persediaan untuk menjadi isteri ini, saya kerap bertanya kepada ibu dan rakan terdekat. Saya juga berkesempatan menghadiri kelas khusus persediaan memasuki alam rumah tangga dan banyakkan membaca.”

Tidak Tolak Zuriat Awal, Dewi Neelofa Selamat Diijab Kabulkan Kepada PU Riz

 

Soal Zuriat

Biarpun sedang sibuk dengan pelbagai urusan melibatkan perniagaannya, Neelofa tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan zuriat pada masa yang terdekat.

“Soal zuriat, saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki pada masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka,” tuntas Dewi Remaja 2009/2010 ini.

Semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa mekar diiringi doa semua yang mengenali mereka. Bukan mudah untuk Neelofa dan PU Riz tiba ke saat ijab kabul ini dan REMAJA harap agar keluarga baharu ini terus diberkati serta dirahmati olehNya.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI