Kita mungkin tidak pernah bertemu muadzin yang suaranya amat merdu dan nyaring hingga kedengaran ke seluruh pelusuk kota Madinah iaitu Bilal bin Rabah.

Diceritakan Bilal bin Rabah merupakan orang berkulit hitam dari Habsyah (Ethiopia) yang memeluk agama Islam ketika masih menjadi budak. Dia merupakan salah satu sahabat Nabi yang dipilih untuk mengumandangkan azan pada zamannya.

Peristiwa tersebut terjadi pada tahun pertama Hijriah.

Ketika dia mula-mula memeluk agama Islam, Bilal terus-terusan disiksa setiap hari oleh majikannya dan menyuruhnya meninggalkan Islam. Kerana keengganannya, dia dia seksa oleh majikannya.

Abu Bakar menemukan Bilal bin Rabah di bawah terik matahari. Saat itu, dia sedang menerima hukuman dari majikannya bernama Umayyah di tengah padang pasir yang sangat panas dan lehernya pun diikat.

Ads

Bilal ditelentangkan menghadap matahari dan dadanya ditindih dengan batu yang sangat besar sehingga membuat nafas Bilal terasa sesak. Namun Bilal kemudian dibeli oleh Abu Bakar dan kemudian dipilih sebagai muadzin kerana dia memiliki suara yang indah.

Selain itu Bilal mempunyai suara keras sehingga dapat menjangkau jarak jauh sekalipun. Bilal menjadi muadzin pertama yang mengumandangkan azan di kota Madinah.

SubhanAllah Laungan Azan Lelaki Ini Nadanya Seasli Bilal bin Rabah, Rugi Tak Dengar

Ads

Namun di akhir hayat Rasulullah, Bilal tidak lagi mengalunakan azan kerana terlalu bersedih atas kewafatan Baginda. Selepas kewafatan Rasulullah, hanya dua kali Bilal mengalun azan sehingga seluruh penduduk Madinah keluar dan menangis bersamanya kerana mereka rindukan suara tersebut.

Bagi generasi hari ini, kita mungkin tidak berpeluang mendengar suara asli Bilal bin Rabah namun seorang Syekh Hisyam Atthiyary dikatakan dapat mengalunkan azan menyamai aslinya azan yang sanadnya bersambung sampai ke Muazzin Bilal bin Robah.

Ads

Alhamdulillah, memang merdu alunan azannya. Biar Bilal bin Rabah sudah tiada tetapi sanad guru ke guru akhirnya kita di masa kini dapat mendengar alunan asli Bilal bin Rabah. Betapa bertuahnya kita!

Tonton video di bawah.

Sumber : FB KALAM MAJNUN

https://www.facebook.com/KalamMajnun/videos/1978115528937272/

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI